RSS

A drop of love







Ps: For my mum, I dont mind spending a fortune just for her. Happy Belated Birthday Mak :)





pss: jgn aku yang pakai suda hehe




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 sifat manusia yang aku menyampah

Ciri-ciri orang yang paling aku menyampah


1. Selalu rasa diri tu betul walaupun terang-terang buat salah

Ni paling aku tak suka! Tolonglah, terimalah kesalahan anda yang seadanya. It is wrong to be right but it is right to be wrong. Susah sangat ke nak turunkan ego?

2. Senang cakap/janji tapi tak buat

Kalau anda betul-betul komited dengan kerja please jangan buat cincai! Quality is important. Aku menyampah kerja dengan orang macam ni. Seriously, orang lain memang akan annoy kalau kerja dengan aku, sebab aku perfectionist, especially kalau jadi ketua, fine memang aku macam ni. Tapi kerja aku pentingkan kualiti. Kalau susah nak buat kerja tu, tolong jangan bagi pengharapan or gatal-gatal beri cadangan. At the end tak jadi, siapa yang sakit hati?? korang jugak kan

3. Tak mahu terima teguran

Maksud lain tak makan saman. Manusia jenis apa ni?? Teguran bukan untuk downkan tapi untuk membantu membina karekter, kalau perbuatan baik kita dipersendakan tu lain cerita lah. Sekali sekala terima teguran orang lain demi membentuk sahsiah diri, kadang kala kia tak sedar diri kita salah, sebab tu ada rakan-rakan tolong ingatkan dan selalu memberi teguran nasihat 1 sama lain. Kalau tak setuju dgn teguran tu tolaklah dgn cara yang baik, bukan attack orang tu! Tu pun nak kena ajar ke?

4. Bermuka-muka

Depan cakap lain belakang cakap lain especially nak minta simpati. Macam &%##%&*.

5. Baran tak bertempat

Go to hell dengan orang macam ni!

6. Mengata belakang.

Semua orang pernah buat ni. Aku pun buat jugak, jadi aku membenci diri sendiri setiap kali aku buat macam ni. Tolong la sesape sepak aku kalau aku over sangat. Aku pun tak mahu jadi macam ni, but I can't help it :(

7. Tuduh menuduh

Bende ni pernah terjadi kat aku, orang ni tuduh benda yang aku SUMPAH DEMI ALLAH aku tak buat. Lepas tu maki guna mak bapak aku. Kalau aku marah dengan seseorang pun MAK BAPAK AKU TAK PERNAH AJAR ANAK DIA MAKI HAMUN MAK BAPAK ORANG LAIN. Pergi M****S la ko!! (Maaf, terpaksa guna bahasa kasar, walaupun hakikatnya aku seorang yang lembut).

8. Talam dua muka

Ada aku kisah kau tak suka aku? Peduli apa aku? Ingat ko baik sangat ke? Cerita kat orang lain cakap aku ni kongkong hidup orang la, itu ini la padahal semua tu tipu belaka. Depan aku berlagak baik/hero pulak. Takpe, aku tak dengar lagi apa yg ko cerita dengan orang lain, tapi Allah maha Mengetahui. Kau fitnah aku sesuatu yang aku tak pernah buat, pastu depan aku puji melambung. Bodoh!

9. Tak kenang budi

Lebih hina dari haiwan, orang berbudi kita berbahasa la. Ingatlah jasa orang yang pernah tolong kita waktu susah senang, dan bila dia ditimpa masalah kita tolong la pulak. Manusia tidak pernah meminta budinya dibayar, tetapi mahu dikenang pun cukuplah. Jangan pula pentingkan diri bila mereka dilanda masalah sedangkan dahulu dia pernah curah budi kat kita. Jangan jadi KAWAN MAKAN KAWAN.

10. Gunakan agama menutup salah

Jangan gunakan tiket agama sebagai landasan untuk tegakkan keSalahan. Eii, menyampah betul dengar, macamlah kita ni 0 knowledge. Anda sendiri boleh bezakan mana kaca atau permata, nafsu dan kehendak, contoh "SAYA BUNUH SI POLAN SEBAB TUHAN SURUH SAYA BUNUH DIA" Adakah kamu yang celik akal ni nak terima alasan dia pastu lepaskan begitu saja? Nak berbicara tentang agama boleh, tapi biarlah pada channel yang betul, sebolehnya tak perlulah, isu agama sensitif, semua orang beragama, semua mahu tegakkan pendirian masing, tetapi jgn guna hujah agama tak kena caranya, kalau semua orang tegakkan pendirian menggunakan agama sampai kiamat pun masalah tak akan selesai. Betul tak?


ps: Ini sekadar renungan kita bersama. Aku tak cakap yang aku tak ada semua sifat ini, bohong la kan, tetapi sekadar peringatan untuk diri sendiri ke arah kebaikan masa akan datnag. Sesiapa yang terasa, pohon maaf atas segalanya, yang ditulis tulus dari hati, tak ada niat untuk TUJUkan kepada sesiapa.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

peringatan buat semua lelaki jgn pilih wanita-wanita ini buat calon korang

1-Wanita Ananah:-
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

2- Wanita Mananah:-
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.

3- Wanita Hananah:-
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4- Wanita Hadaqah:-
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5- Wanita Baraqah: -
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6- Wanita Syadaqah:-
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

semua sebab aku

Aku akui, aku memang agak memilih

Sifat negative yang memang berada dalam diri sejak lahir
Aku bukan sombong, aku kawan dengan semua orang,
I'm fit to everybody, it's just matter of fact whom I desired to friend is the one that I think suitable to be close to me..

Tapi aku rasa bersalah, dulu aku tak pandang pun orang tu,
Orang nak kawan pun aku agak MEMILIH
Orang pernah mintak co*ple pun aku tolak
Bagi aku dia tak serius...macam Mr Desperado
Mungkin masa tu ramai kawan dia couple, dia pun nak jugak kut
Tak pasal-pasal persahabatan kami putus kat situ saja
Tak dengar lagi pasal dia

Recently, ternampak dia kat fb
Lain sungguh..he's not the one I used to see. He changed a LOT
Dah masuk universiti
Tiba-tiba aku rasa bersalah pulak..
Dulu kalau dia mesej, mesti aku malas nak layan
Dengan ayat bunga-bunga dia tu
Adoi, please la.. (dulu la aku cakap)

Sekarang ni masing-masing buat hal sendiri
Dulu agak rapat jugak la, since kawan laki aku tak ramai pun
Bila dia dah masuk U,tetiba aku jadi kagum dengan dia
Walaupun pernah 1 hari aku prejudis dengan dia

AKU NI MEMILIH KE?


*** aku cuba untuk hindarkan perangai ni, tapi susah. Aku hanya sekadar pandang kecelikan minda manusia,bukan melihat celik hatinya***

Bukan aku menyesal tak co*ple dgn dia tapi aku menyesal kenapa aku tak boleh kekalkan friendship itu sebab sikap memilih aku sendiri T.T

Mungkin aku terlalu di dalam comfort zone? Mungkin sebab aku bangga sangat pasal pelajaran sampai orang lain pun aku pandang slek je? Nak kata pandai tak pun tapi berlagak pandai adalah =.=''

Kenapa dengan aku ni???



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I.missed.home.qullip

Last night was my 3rd-time-sleepless nights. The first two because of nyamuk and pijat till I had to change my tilam and last night a pretty exaggerating; stomach ache



Dammit! I can't even walk properly to the toilet due to stomach cramp as if I am a bloating goat and I spend most of hours in the toilet, sampai rasa mau tidur je dalam toilet tu =.='' . I 'visited' to toilet hourly since 3am-until subuh when Lolot woke me up to solat. Apa yang aku makan ek?? same je la dgn Lolot and Asma makan.We shared food together and I'm the only one who got the pain.


Or maybe,lambat makan kut. hehe


I tell you something, I am prone to stomach ache. I don't know why.


Punya tak tahan, later in the morning I went to the clinic to seek Dr Aswan. I seriously need medicine because tomorrow is our last paper and I dont want sakit while sitting for exam. Dah la immunology, =.=''


While during health examination, I've just discovered that I'm having consecutively a low blood pressure. It's been like more than 3 times since the last check. I wonder why?? kalau cakap tak makan tu takkan la sampai asyik turun je. I do eat, sampai sakit perut but my blood doesn't seems to agree..


And Dr Aswan gave me another dehydration salts which I never thought of drinking it.


******************

Tomorrow is the last day of exam. Lepas tu free kejap, and sambung short sem. I can't wait going home!! My mum said she's gonna cook me macam-macam..and I seriously missed home cooking.


And Dear Allah, please ease my day tomorrow... amin :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aina's top phobia




1. Cockroach

Aku benci lipas!! Makhluk yang paling menakutkan dan menggelikan dari harimau or lion.
Seriously aku boleh jerit dan nangis kalau ada orang bagi aku bende ni. Tengok gamba pun geli weyhh!! yekkk



2. Belon

Bende ni pun paling ditakuti especially time birthday orang. Ada cerita disebaliknya kenapa aku takut belon sampai sekarang. Tapi memang super takut especially masa pecah. Pernah 2-3 birthday orang yang terpaksa aku balik awal sebab aku nampak benda ni..So, birthday aku jangan main bende ni kalau xnak aku pengsan



3. Water

Tengok cantik je pantai ni, tapi tengok air tu..Aku memang dari kecik phobia air sebab abang aku pernah tolak aku kat sungai kat kampung walaupun air tu cetek, tapi aku menangis tahap histeria kat sungai tu, last-last abah datang tarik aku pastu simbah dengan air perigi (yg ni sebab apa aku pun tak tau) pastu abang aku kene marah hehe. So, sampai sekarang aku phobia tapi tak la sangat teruk.hehe

Aku pernah mimpi lemas sungai...wooo takut giler :(



4. Math

Subjek math adalah subjek yg tak pernah aku suka since kindergarden! Yup I hate math or pape yang berkaitan dengan math. Kat matrik la paling sengsara sem 2 woii..aku pun tak tau macam mana final sem boleh dapat B sedangkan midterm aku F hehehe..rezeki tu..alhamdulillah...physic dan chemistry yang kira2 tu boleh tahan gak tapi kalau calculus...



5. Broken heart

Tak perlu tanya kenapa...paham-paham sendiri ^^







ps; Jom makan roti canai sardin!





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Brain, please get yourself a rest!

Please, at least, dont overthink too much about things happened around you! Final exam is going to end soon and still I have 1 more paper to go. My biggest vet-enemy; IMMUNOLOGY!!


My brain is getting tired, memorizing and all the stuffs that got in and never came out. Thanks Allah for letting me to went through all the papers; even though it was TOUGH (superlative tough, esp pharmacology and virology), but a single pray from my mum is the strength that accompanied me all the time.

Now, here I am, writing this stuff. Why?? because my brain needs to rest. I don't push myself to study and memorizing (unless last minute hehe) and I have too much silver hair grown on my head **STRESS** and overthinking too much. I can't get rid of it, the harder I tried, the more it's circling my cerebellum.


And thanks to the stress, I ALWAYS IN NEED OF CATHARTIC! I never tried one tough, I trust more on drinking Vitagen but because I learn pharmacology, I always thought of cathartic to help this bowel problem =.=''


Sigh, life can't be beautiful without difficulties right?




Ps: One more paper to go!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bila wanita ITU yang kau pilih


Kenapa??
Kenapa perempuan tu yang kau pilih?
Apa kurangnya aku?? (walaupun aku tau aku byk kurang =.='' )
Walaupun kita hanya pernah jumpe sekali je,
Tapi....
Ahh, kenapa semua lelaki pandang kecantikan?
Kenapa tak pandang hati?
29 April 2011 bakal terlerai sebuah kisah bersejarah,
Bahawa kau bukan lagi berada didalam mimpi ku..

Sobs sobs T.T



So long Prince William...


p/s: Rela kau jadi milik Kate
hahahaha...jelesssss






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday Mak

Hari yg special buat insan tersayang ♥♥♥

18th April 1957 - 18th April 2011


Ni mak saya

Pn Hjh Norani Bt Abd Ghani



Happy spouse :)



Tembamnye aku..waaa


An evening in Paris
(Honeymoon kunun)



Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...aminn

********************************

Walaupun mak suke membebel
Walaupun mak selalu nak menang
Walaupun kita selalu tak sebulu
Walaupun mak tak suke Qullip

Tapi..adik tetap sayang mak T.T


Happy Birthday Mak,
Sory la sebab adik selalu sakitkan hati mak hehe
Semoga Allah merahmatimu selalu
Doakan kejayaan adik kat sini
Nanti adik dah jadi doktor boleh la mak cakap kat semua orang
"Anak aku dah jadi doktor"
mesti bangga hahaha :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku semacam dah agak yg exam Thai kali ni susah.

Sebelum jawab tu memang dah ada instinct
Sebab Bahasa Thai yang aku belajar sem ni TAK PERNAH SUSAH

Tapi exam tadi...memang BAPAKKKK susah!
Aku hanya harapkan carry mark aku 59.4 tu akan tolong kali ni.
=.=''

*********************************
Ya Allah, apa yang harus aku lakukan?
Aku tak nak tengok dia sedih
Dia dah banyak susah, setiap kali dia susah mesti aku ada disisinya
Aku lihat sendiri macam mana dia susah payah membina semula semangat yang runtuh itu
Banyak air mata yang dia mengalirkan kerana orang lain
Kenapa pada waktu ini? kenapa bukan lain hari?
Setiap titik air mata yang dia titiskan itu, setiap titik dia terluka
Walaupun pada luaran dia gagah
Namun hati mana mampu bertahan apabila perasaan dimainkan?
Tidakkah mereka mengerti perasaan naluri seorang wanita?


Pepatah pernah menyebut;

"Jangan menyakiti orang lain kalau tak mahu disakiti
dan jangan mengkhianati orang lain kalau tak mahu dikhianati kelak"


Bersabarlah sayang~ Allah listens every word you sent to Him

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mari mengundi!

Hari ni ialah hari pilihan raya negeri Sarawak ke-10, waaa apesal la aku sibuk-sibuk ni pasal election padahal tengah final pun tak abis lagi =.=''


Tapi pilihan raya merupakan aktiviti terpenting dalam negara, menjadi tangungjawab semua orang untuk mengundi dan tentukan sape pemimpin masing-masing.

Aku teringin nak mengundi tapi tak cukup umur lagi..maklumlah masih kanak-kanak :b

Aku suka time pilihan raya ni, dulu-dulu kalau musim election, kalau ikot mak pegi kedai makan, mesti dengar orang kiri kanan cite pasal politik, kutuk mengutuk, menangkan parti pilihan masing-masing. Mak abah aku bukannya suke join orang lain, sebab sebab politik boleh gaduh, putus sedara-mara dan sebagainya. Balik rumah baru la dorang cite pasal politik. Aku yang kecik dulu ni pun terpaksa dengar walaupun kekadang tak paham..hehe

So, dari itu la aku develop minat ke arah politik ni, tapi abah tak galakkan..xpela, apa yang kita dapat dari politik ni? menangkan orang atasan je..buang air liur je cite pasal politik, yang senang orang atas gak. Mungkin orang yang suka politik ni dapat kepuasan kut.


Aku dijangka untuk mendaftar sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju yang sekarang ni kerusi dia diduduki oleh YB Wee Chee Keong (betul ke aku eja ni?? lantak lah hehe) dari parti bebas sebab dia dah keluar Pakatan Rakyat.. tuuttttt (xnak cerita lebih nanti ISA buru aku)


lalalalalalalalala~

Aku tak pernah jumpa dia walaupun dia ada wat ceramah depan rumah aku few years ago. Tapi time tu tak berani nak keluar, penyokong ramai giler, tengok dari jauh je la.

Ok, sudah-sudah sambung balik parasite in horse (Trypanosoma equiperdum). Huhu


Ps: Selamat mengundi kpd orang Sarawak (ade ke org Sarawak nak bace blog aku nih? kuang kuang kuang ^^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

semoga dipermudahkan urusan

Mak dah tak marah lagi..hehehe..kasih ibu :))



**********************
Semalam adalah paper final pharmacology. Aku hanya boleh ucap alhamdulillah sahaja walaupun aku banyak tembak especially kt soalan objective. Essay pun lebih kurang je. Entah la

If you know me well, Aina Meducci memang seorang yang susah terima kenyataan yang dia tak boleh jawab ataupun tak dapat apa yang dia nak. Ambil masa nak lembutkan hati budak ni. Yup, she thinks forward and hard to accept the true fact.

Tapi aku cuba untuk redha, bukan aku tak percaya langsung, tapi itu adalah character aku yang susah nak ubah. Maybe someday somehow she'll change, when it comes to her true maturity..

For now, I think, I did my best to answer everything that comes in my way, kawan-kawan yang lain pun ramai yang tingtong semalam, tapi dorang kuat, I believed.

Ada lagi 4 paper yang tinggal lepas tu merdeka sementara, tapi tu la kena fikir macam mana nak angkut barang dari umk ni..adoii

Aku berdoa kepadaNya agar mempermudahkan lagi exam aku lepas ni, dan aku tau kali ni cabaran adalah 2 kali ganda sebab ade IMMUNOLOGY!!! waa..harap-haraplah dipermudahkan segalanya-galanya amin..

Kepada kawan-kawan yang tengah final, bersama-samalah kita doa untuk melakukan yang terbaik untuk semua subjek, kepada yang sedih tu, cheer up! hidup ni sekali je, kalau gagal hari ni, insyaAllah hari esok Allah akan berikan kejayaan jugak.


" Sesungguhnya sesiapa yang diuji, maka Allah akan memberikan keredhaan. Barang siapa yang redha, Allah memberikan keredhaan kepadanya, kepada yang berputus asa, Allah tidak akan memberi redha kepadanya"

So good luck everyone :)


********************


ps: Hari ni beli makanan buka puase kat belakang UMK, tukang masaknya org laki. Tetibe aku rasa malu kat laki tu...aku tak pandai masak =.=''

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

im sorry, i didn't mean to..

Malam ni, aku rasa sangat-sangat bersalah. Dahla tengah final exam ni, bertambah dosa pulak aku buat...huhu.


Mak, sory sangat-sangat, adik tak berniat nak tinggikan suara kat mak, tapi adik tension asyik study tak abis-abis, pastu pulak mak membebel pasal balik rumah...seriously, tak berniat nak tinggikan suara, tapi dah terlepas...

Jangan kawan dengan Aina Meducci, dia budak jahat, suke sakitkan hati mak dia...apasal anak orang lain baik dengan mak dorang kenapa aku susah nak jadi baik ni??? Mesti mak aku tengah sakit hati ni..waaaaaaa...






ps: I deserve to be punish as a self-reminder T.T

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Breaking up is hard to do..

Found this song..touch deep down my heart. Lagu tahun 60-an performed by Neil Sedaka. Clip video ni sekadar hiasan je...xde kene mengena dgn lagu pon.hehe



Neil Sedaka- Breaking up is hard to do


" I beg of you, dont say goodbye
cant we give our love just one more time??"

Cair giler kalau ade sesape sudi nyanyi lagu ni kat aku..waaaa :))


ps: lega lepas abis 1 paper final!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tafsiran mimpi

Satu masa pada tahun 2009: Mimpi di patuk lipan bara

Bangun terus call mak, (nangis la jugak), mak cakap mainan tido je, jangan fikir bukan-bukan. Masa tu nak final (study week) aku pun tak tentu arah dgn masalah itu ini..

Ternyata benda tak elok berlaku...


2011

Mimpi datang lagi masa study week ni, kali ni bukan kene patuk mana-mana haiwan, tapi mimpi lemas. Lemas. Traumatic effect dalam kepala :(
Bangun tidur, proceed solat subuh
Pastu study..fikir lagi pasal mimpi tu,
Tengok laptop on atas meja, tau-tau je tekan google
search "Mimpi lemas"
Keluar senarai dalam google
Click 1 page nih, page chat islamic dream translator (wow..macam best)
Pilih kategori mimpi lemas


" Mimpi lemas, akan memperoleh berita gembira"

Aishh..biar betul, mimpi buruk tu.
Tak puas hati pergi google2 lagi
Jumpe 1 blog ni. Si pemilik pun mimpi lemas macam aku. Yang ni dia tulis

" Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat, anda akan memperoleh harta atau ilmu"


Entah la, mimpi kan mainan tidur, jadi tafsiran ni bagi aku tak boleh diambil kira sangat.
Teringat kisah lama pada tahun 2009, aku pun google mimpi pasal lipan bara.
Tafsirannya;

" Mimpi lipan bara akan bergaduh dengan kawan baik sendiri..."


SERIOUSLY BETUL!

Tolonglah, aku sebenarnya susah nak percaya, tapi adakah semua ini kebetulan?








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cubalah untuk setia

Hari ni baca note basal burung walit


" Burung walit hanya berpasangan dengan SEEKOR sahaja seumur hidup dan hanya akan mencari pasangan baru jikalau pasangannya mati.."


Tiba-tiba ni yang keluar dalam kepala aku lepas baca statement kat atas.




Apalah mahumu kasih
Kau pilih diriku di dalam hidupmu
Nyatanya kulihat ini, tak bisa kau cuba untuk setia
Sudah cukuplah sudah, ku memberikan waktu
Kau selalu tak bisa
mencuba untuk setia


Yang selalu ku inginkan
Yang selalu ku nanti
Kau cuba untuk mengerti
apalah erti mencinta
Dan harus kau sedari
Bila ingin bersamaku
Jangan cuba kau ingkari
cubalah untuk setia


Apalah mahumu kasih
Kau pilih diriku di dalam hidupmu
Nyatanya kulihat ini, tak bisa kau cuba untuk setia
Sudah cukuplah sudah, ku memberikan waktu
Kau selalu tak bisa mencuba untuk setia


Yang selalu ku inginkan
Yang selalu ku nanti
Kau cuba untuk mengerti
apalah erti mencinta
Dan harus kau sedari
bila ingin bersamaku
Jangan cuba kau ingkari
cubalah untuk setia


Masihkah aku diinginkan?
Masihkah aku didambakan?
Masih ada waktu untukmu,
bersamamu adakah ku jalani hidup?


Yang selalu ku inginkan
Yang selalu ku nanti
Kau cuba untuk mengerti
apalah erti mencinta
Dan harus kau sedari
bila ingin bersamaku
Jangan cuba kau ingkari
cubalah untuk setia


Dan harus kau sedari
bila ingin bersamaku
Jangan cuba kau ingkari
cubalah untuk setia...


**Tapi aku rasa susah betul nak cari yang betul-betul setia sekarang. Laki ke perempuan sama je. Kalau ada yg setia la kan, it could be one in a million. Aku ni pandai ngomel je, kut2 nanti aku yang susah nak setia hehe... astagfirullah, jauhkan aku!! shooo**

Eh jap, apasal tetibe cakap topic ni?? bukan aku cakap aku tak suke ke???
Okeh2 sambung baca ayam turkey pulak =.=''




ps: Stress tengok nota, dgr lagu Kris Dayanti pulak..hehe

pss: Contohilah seperti burung walit :)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nasihat Ali kepadaku

Ini la jadinya kalau jumpa lecturer tanye soalan, jawapan dibincang, siap ajar lagi, bla bla bla..


The truth is, aku sebenarnya bukan begitu suka kelas immunology ni, disebabkan subjek ni sangat susah nak faham, lagi ade la 2-3 test yg aku terkantoi. Jadi tanggapan aku, immunology ialah subjek yang boleh menjahanamkan result aku (pada mulanya aku fikir macam tu la), Dr Ali pun susah betul nak faham, cakap laju, pastu plak lecture note pulak tak boleh refer selalu sebab of cos kene cari buku rujukan, nak nak pulak kelas immunology yang paling meletihkan sem ni start 4pm-6pm, dengan 1 hari penuh kelas, banyak kali ngantok + tido kelas dia..

Faktor-faktor ni la yang buat aku not favorable when it comes to immunology..

Nak dijadikan cerita, 1 hari Dr Ali nak buat oral test untuk 5% final. Aku la paling gelabah giler sebab banyak subtopic immunology yang aku tak berapa paham, pastu pulak kene terangkan depan dia. Masa oral test tu alhamdulillah soalan aku semua senang tapi sengal la aku tak baca topic depan jadi ade 2-3 soalan yang aku tak boleh nak jawab sebab lupa... Dr Ali tengok aku buat muka kesian, so dia cakap dengan aku sambil tunjuk kertas,

" you find out about this and tell me.."


Jadi minggu ni aku pun pergilah buat research soalan-soalan yang dia tanye aku tu. Memang susah la subjek ni, aku baca beberapa kali pun susah nak paham, final nak dekat. Tapi lepas beberapa jam tengok buku, jumpe jugak apa jawapan kpd soalan tuh


So, tadi aku pergi jmpe Dr Ali demi mengotakan janji aku, dia tengah mark kertas immunology dan dia pun happy la jugak sebab aku pergi jumpa dia dan explain kat dia, pastu dia pun explain lagi immunology kat aku walaupun aku blurr hehe. Tetiba masa tengah discuss tu, aku terlepas 1 bende. Aku cakap dengan dia Immunology la paling susah berbanding subjek lain (of course la aku cakap BI) Semua subjek kene hafal, parasite, virology, pharmacology pastu plak masuk process immunology lagi la payah..Dia berhenti, tengok aku dan here's how it started;


Ali: What is the difference between you and bus driver?

Aku: ... (tak sempat nak jawab pun)

Ali: The difference between you and bus driver is your KNOWLEDGE. The bus driver can also inject a cattle if he's practice and he could be better than you. But you are DIFFERENT. You learn about sciences, and you may know what will happen when the drug being administrated inside the cattle, how the drug function, and it will affect the cattle. But a bus driver only knows how to inject the cattle without knowing on how does the drug is metabolized. YOU can prescribed which drugs is more effective to use in the animal because you learned the action and multiple of drugs in you study...You should have basic science about immunology, pharmacology, epidermiology or else you have NO DIFFERENCE with the bus driver.

Dr ali pun tambah lagi


You will undergo pre-clinical, para-clinical and clinical years, in your final years, you'll have to apply the knowledge you learned during your study year, physiology, anatomy, pharmacology, medicine, all together. During that time, you will enjoy working as clinician, as many vet student will be, with statescope hanging on their neck and lab coat, planning to open a vet clinic one day ...but as you practice more you will find yourself which field is most favorable.


*banyak lagi Dr Ali cakap especially tentang perjalanan hidup dia


Dr Ali buat aku sedar yang tak sepatutnya kia tak perlu mengeluh dengan keadaan sekarang, sebab aku lain dari yang lain, aku bukan bas driver, aku bukan asistant vet, tapi aku bakal seorang DOKTOR VETERINAR.


I choose this path, I choose to be different, I choose to be someone. This is some price I have to pay, to encounter the obstacle awaiting for me!

Thanks Dr Ali! :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

belajar jadi org bersyukur

Last nite agak kecewa la jugak. Balik tidur awal. Aku akui, aku seorang pencemburu chronic. Tapi aku tak cakap dengan orang, aku simpan je dalam hati. Yup, aku memang mencemburui si dia. Tapi disebalik perasaan ini, tersimpan 1 hikmah yang buat aku terfikir adakah aku akan mengulangi apa yang aku capai masa lampau?



Masih dalam proses belajar mencari keredhaan walaupun hati aku agak keras untuk terima kenyataan. Masih juga dalam proses belajar menjadi orang yang bersyukur. Walaupun aku tak dapat seperti mana yang dia dapat, tapi ada perkara yang aku ada tapi dia tak ada. Jadi adil la macam itu.


Tak boleh elakkan peraaan cemburu ini sebab memang trait genetic aku. It gonna takes a little time to let it flow. Kalau boleh aku nak langsung tiada apa-apa perasaan kat orang lain, tak payahla pujuk-pujuk hati yang kadang kadang sedih, kecewa, cemburu. Kadang-kadang aku fikir bagus je jadi macam roomate aku si Tay ni, tak de masalah dengan orang lain, buat hal sendiri. Bukanlah jadi heartless langsung, tapi at some point biarlah aku tak de perasaan pape dengan orang lain asalkan hati sendiri ok.


I'm sorry, I can't . I'm not a super-wonder person that could have everything I want.







ps: Final exam!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bengal cat


Wahhh!!! I seriously gonna pass out if somebody give me this!! huhu . Best la, one the most thing I wanted my whole life is a BENGAL CAT!!!

Exotic giler kucing nih!! Dalam bahasa melayu, kucing ni dikenali sebagai "Kucing hutan or kucing batu" but in english species kucing ni dipanggil Bengal cat or leopard cat berdasarkan patches kat badan kucing ni. Woo kalau nak bela kat Malaysia kucing ni kene dapat lesen dari PERHILITAN. Species kucing ni sangat-sangat protected sebab dah nak dekat pupus. Abah cakap kucing ni dalam hutan sangat liar, garang dan berpotensi untuk ade rabies.


**Wahhh teror la abah cakap pasal rabies dalam kucing. Aku pun baru tau yg rabies boleh kene kat kucing hahaha**

Orang cakap, kucing ni asal famili Harimau (feline), pastu tah ape evolve jadi la harimau dahan saiz kecik sikit dari harimau, pastu jadilah kucing saiz ni.


Hutan origin kucing batu


Tapi aku nak sangat-sangat!! Haritu tengok kat MAHA UPM. Tengok jela, pegang tak bole.
Hmmm


ambik kaw harga dia



Geram giler tengok perut dia yg berspotty-spotty tuh. Kalau mix dgn local breed+bengal mesti anak dorang bercampur separuh bintik pastu bulu pendek. Hahaha


Oh yeah, Aku tak BERAPA suke kucing yang berbulu panjang dan bermula penyek macam kucing exotic nih


teringat cite garfield :b



Tak nak cakap benci, macam hina anugerah tuhan pula. Maksud aku, aku lebih suka kucing bulu pendek dari bulu panjang. Bulu panjang susah nak cium, pastu senang kene selsema.


Nak pegang tapi garang rawrr~



ps: Kalau la Qullip boleh baca blog aku ni, mesti dia sedih..huhu. Don't worry Qullip, you're always in my heart :)) ngee~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My sunshine :D

Hah!! Semua dah lepas, tunggu nak final je ni! 1 more week. Berminggu-minggu test, tangguh, test, sukan, lawatan. Seriously letih aku, lepas dah 1 abis, pastu dtg lagi test. Study week ni pun ade virology oral test assignment lagi 3 kene anta (2 non ruminan production dgn 1 parasite). Macam dah bukan study week je.


Kesian oo jadi budak vet kt UMK ni, xde cuti, belajar je. Bosan giler nk keluar mana-mana pun kene fikir balik ni mesti kena study. Kalau tak termenung je la depan kertas exam tu.

Tapi..disebalik kesulitan yang melanda, ade gak la yang buat aku gembira kat sini. Melayan kesengalan korang sume hahaha..insan-insan terhebat hadir dalam hidup ku di bumi Kelantan :)


Meja bersepah lepas makan..huhu



The Probono.
Kali ni gamba permandangan tak cantik. huhu



Pesanan penaja
Let's be kind to animal :))




Ps: I love you all :)


Final Final Final
Study Study Study
Saya boleh!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS