RSS

mari mengundi!

Hari ni ialah hari pilihan raya negeri Sarawak ke-10, waaa apesal la aku sibuk-sibuk ni pasal election padahal tengah final pun tak abis lagi =.=''


Tapi pilihan raya merupakan aktiviti terpenting dalam negara, menjadi tangungjawab semua orang untuk mengundi dan tentukan sape pemimpin masing-masing.

Aku teringin nak mengundi tapi tak cukup umur lagi..maklumlah masih kanak-kanak :b

Aku suka time pilihan raya ni, dulu-dulu kalau musim election, kalau ikot mak pegi kedai makan, mesti dengar orang kiri kanan cite pasal politik, kutuk mengutuk, menangkan parti pilihan masing-masing. Mak abah aku bukannya suke join orang lain, sebab sebab politik boleh gaduh, putus sedara-mara dan sebagainya. Balik rumah baru la dorang cite pasal politik. Aku yang kecik dulu ni pun terpaksa dengar walaupun kekadang tak paham..hehe

So, dari itu la aku develop minat ke arah politik ni, tapi abah tak galakkan..xpela, apa yang kita dapat dari politik ni? menangkan orang atasan je..buang air liur je cite pasal politik, yang senang orang atas gak. Mungkin orang yang suka politik ni dapat kepuasan kut.


Aku dijangka untuk mendaftar sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju yang sekarang ni kerusi dia diduduki oleh YB Wee Chee Keong (betul ke aku eja ni?? lantak lah hehe) dari parti bebas sebab dia dah keluar Pakatan Rakyat.. tuuttttt (xnak cerita lebih nanti ISA buru aku)


lalalalalalalalala~

Aku tak pernah jumpa dia walaupun dia ada wat ceramah depan rumah aku few years ago. Tapi time tu tak berani nak keluar, penyokong ramai giler, tengok dari jauh je la.

Ok, sudah-sudah sambung balik parasite in horse (Trypanosoma equiperdum). Huhu


Ps: Selamat mengundi kpd orang Sarawak (ade ke org Sarawak nak bace blog aku nih? kuang kuang kuang ^^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment