RSS

mengharap yang terbaik

tadi baru je abg aku check result dia kat internet
result dia boleh tahan la..
tapi...dia nmpak mcm frust je
kesian giler kat abg aku tu
aku tak taw nk ckp pe..
aku tanye dia nak buat ape lepas ni
dia ckp nk keje pastu nk part time degree
bila aku dgr tu, tetiba aku rase sedih plak..
ntah la nape..
mungkin bonding antara kami kut sampai aku pon dpt rase dia sedih

tetibe aku teringat kat final exam aku haritu
and rasa takut gila
serious aku sgt takut sampai g bukak portal UMK tgk result
tak de ape pon..
bodoh kan..
tapi aku rase seriau semacam je lepas tgk result abg aku
kalau aku dapat result lebih kurang cmtu??
mesti aku rasa sgt sgt down
aku mengaku..memang aku jenis x bole terima kekalahan
aku memang susah terima hakikat
hati aku tak kuat mcm org lain
aku tau cara nak nasihat org kalau dorang fail
tapi aku???


kpd abg aku..
xpelah, nak buat cmne
at least ko xdpt teruk sampai kena repeat mcm org len
pasni buat betul2..
anak sulung harapan keluarga
jgn nk harapkan aku...


takut plak bila nak tengok result akan dtg
aku selalu ckp dgn diri sendiri
JANGAN TERLALU SANGAT MENGHARAP YG TERBAIK
kalau x dpt aku jugak yg sedih
aku cuma mampu berdoa agar dpt kekal CGPA 3.00 keatas
dpt or x dpt dekan lain cite
asalkan nanti graduate result yg ade quality..
aku ade lagi 7 sem!!!


wish me luck!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jaga mulut, perbuatan dan hati anda..

Barulah paham apa yang dimaksudkan;



"Kerana mulut badan binasa"

atau

" terlajak kata tak boleh diundur"


Mulut ni kekadang tak boleh control, cakap je and sometimes mulut ni akan terus cakap tak pakai otak! Orang itu adalah aku!!


Bape banyak hati yang sakit hasil daripada mulut yang tak de lesen

Mulut aku la tu


Entah la. Kepada sape yang pernah terasa dengan aku, minta ampun dan maaf. Kekadang bila dah terleser tu, bape hari lepas tu baru teringat pastu mulalah nk sebut astagfirullahalhazim. Especially kat mak aku..T.T I'm sorry..


Semua orang tak sempurna. Aku lah orang tu. Aku selalu ingatkan diri supaya jangan buat something yang orang tak suka. Especially kata-kata itu. Sebab tu lah ade pepatah yang aku dengar dari seorang ahli politik (parti dirahsiakan hehe) time sidang parlimen kat TV;


" Silent is Golden"

Betul. Baik diam je. Tapi mulut ni gatal2 jugak.


Tu pasal mulut. Hati pulak 1 hal. Aku mengaku, aku sangat berkata-kata dalam hati lebih dari mulut. Kalau aku tak suka, aku tak bantah depan2, tapi aku akan bantah dalam hati. Bukan selalu tapi kerap la jugak. Mesti ade jugak diantara korang yang macam tu kan?


Hati ini tak pernah lari daripada tidak menyukai seseorang itu. Even though I tried so hard not to hate that person but I just couldn't,..Ya Allah, jahatnye aku ni.. .T.T

Kawan aku pernah cakap;

"Kalau ada 10 orang dalam dunia ni, mesti ada at least 1/10 orang tak suka dengan kita..dan kita juga begitu, kita tak mampu untuk suka semua orang.."

Betul. Aku setuju


Aku jugak ada sifat dendam. Dendam datang dari benci, dan benci datang dari tak suka, dan tak suka datang dari seseorang itu. Bila aku renung balik, tak elok berdendam, nanti diri sendiri yang sakit. The best thing to do is to forgive and forget. Tapi bukan semudah itu....masa adalah segalanya-galanya. Nak buang jauh-jauh dendam tak boleh, dan aku tak tau bagaimana..


Aku mudah terasa, especially time aku rasa down dan trauma. Aku cepat menangis. Hati aku mudah terluka dengan kata-kata tajam macam pedang. Kenapa, sebab aku ni seorang perempuan. Perasaan aku diperbuat dari air, lemah dan senang putus. Sebab itu Allah jadikan kaum hawa ini kaum yang lembut, dan ideal untuk keluarga. I'm not a woman made from steel.
My soul is made from a soft silk..easy to torn.


Please..don't break my heart


It takes many years to build a trust but takes a second to crush it. Yes..susah nak dapatkan kepercayaan dari orang bila SEKALI je kita buat hal. Tapi alhamdulillah, pernah mengalaminya dan sangat sangat serik kut..heheehe


I am trying to be a sweet doll to everyone, trying to be kind and generous, humble and all the moral values that should be included in your list. Ambil masa semua itu.



I am not perfect*



***********************************


And just I don't know how to build peace from you
My heart seems to find a way to trust you again
after what you've done
I always thought myself is bad, for not-welcoming your present
But I rather be alone
I know we have nothing more to say
For I don't know what to say to you
I always looking at you from the distance
That I'd thought to see something new from you
But I couldn't found any...you seem so far
Let me be frank to you,
It is NOT only me, to have this incompatible feeling towards you
But I felt a glimpse of guilty to carry away this feeling whenever I saw you..
I can't face you and tell what is inside me because I'll know how you will react
God forbid us to hate each other, it is a SINful thing
I am truly sorry...I just don't know how

T.T


ps: Ya Allah..mohon keredhaanMU..






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

almost there...

Few days ago, Abah called me "Doctor". It suddenly slapped me from the reality;



I am going to be a doctor!

Having to said that I still have a long ride to go there, despite I am in the half way on the 'doctory' mission :) My knowledge is just basic and I still need to explore more.


First step to success is to have faith in ourself, before everything else. Sometime susah aku nak percaya yang diri aku boleh buat tapi bila fikir-fikir balik of all these times the thing that do not come in my conscience, but suddenly I've made it!


I am not a immaculate person, I'm just a normal girl who's ability is not beyond everyone else. I am not gifted, but somehow the gift shown in my way because I knew I tried so hard to get it. I am not born genius, for I don't have extra part in the brain like Albert Eistein does but I am sure, the intelligent skill comes from my hard work.


Mak pernah cakap yang aku sebenarnya tak pandai belajar, masa kecik dulu selalu dapat nombor last dalam kelas, belajar tulis nama sendiri pon masa darjah 1, lambat mengeja, math teruk and stuff tapi mak cakap aku rajin belajar (yeke?) especially time high school dulu2. English lagi la bengong time dulu. I learnt to speak english from my good friends in high school. Barulah ade courage nak speaking even though always in incorrect grammars. Hahaha


Time sekolah dulu, aku jenis takut nak mintak abah beli buku rujukan banyak-banyak sebab takut tak dapat result best membazir je beli. So, I am so dependable on the text books sumbangan kerajaan. Hehehe


Time matrik la yang paling tension, teringat nak final sem 1, aku paling tension subject math. Sumpah, aku pernah nangis pagi-pagi sebab terlampau tension sebab soalan yang senang pun terkonfius tak tau nak buat. Sem 2 jgn cakap la..math tu macam tak pernah belajar je. I wonder macam mana aku bole survive time matrik dulu??


Bila dapat result masuk ke UMK, aku sangat2 bersyukur sebab tak pernah sangka aku akan dapat ambil kos vet ni walaupun aku tau cgpa aku agak rendah. Tak nak bagitau..malu kowt :b
Tapi aku akan buktikan, budak sekolah harian biase pun boleh cemerlang setanding dengan budak sekolah asrama!! huhuhu


Ok, pengakuan berani mati..I have no love life YET. How is that?? hehe


Now, I am a vet student in year 2 and going to enter sem 4 and the real doctor studies is begun. More challenges is going to hit me though I am not fully prepared. The sem 3 final result is going to prevails my ability to go on for more tougher subjects. I wished on my birthday cake in front of my classmates; I want to get a dean list this sem, although I knew it is a dream far from reality, I just hope so.



Tak mahu berharap sangat2 takut nanti frust menonggeng,,


Hopefully dipermudahkan segala urusan-urusan..amin :)




p/s: Baru lepas kene membebel dgn mak sebab malas nak sapu rumah.. =.=''

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

untuk renungan

Sometimes
the person that you love the most,
is the person
that you're better
off without..


Kena terima hakikat!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

celcom bongok!

What the hell?? RM150!!!


BONGOK PUNYE CELCOM!!
JUST BECAUSE I online FB on my phone for only 2
bloody days, u charged me RM150!!
seriously, this is not the first time u charged me with unreasonable price
It is all started months ago!
U charged me with extra RM6 for the broadband
(itemizes bill)
but when I want to terminate it, u said
"the service is unavailable!!!"
bongok, each time I call the center, u always replied the same!
" service is not available!!"
so now, cmne ni??
dahla x bagi notice kalau nk charge pon
at least u should have note kalau nk service charge for FB ke, email ke,
yg ni tetibe dtg msg
" ur curent bill till 18th nov 2010 is RM150..."
*
*
*
*
*

shit la..
how do i want to pay it??
dah la duit JPA dah abis
see u tomorrow celcom!!
service paling bongok dlm dunia!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aidiladha 2004

Kenapa tajuk aku ni aidiladha 2004? Sebelum tu, tuan punya blog nak ucapkan selamat menyambut hari raya Haji sempena 17th November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431 hijrah


Berbalik pada tajuk..kenapa Aidiladha 2004??


Aidiladha 2004 membawa 1 kenangan manis dalam hidup aku yang tak mungkin akan dapat lagi lepas ini; Aku beraya haji di Tanah suci.


I was 14teen back then in 2004. So young and immature. Mak dan Abah (mungkin dapat seruan dari Allah swt) nak mengerjakan haji untuk melengkapkan rukun Islam dan they have decided nak bawak aku dan abang pergi sekali. Pada mulanya, aku tak tau sangat pasal haji thingy ni sebab aku time tu agak budak lagi la tak taw pape. Tapi mungkin ini rezeki aku dapat buat haji masa masih muda lagi. So, officially rukun Islam aku dah cukup 4 (lagi 1 tu yg zakat; aku belajar lagi kot..org yang kena zakat kat aku hahaha guro2 ;)


Masih ingat lagi, time kursus haji la yg paling xbest, dah la lama pastu kena pergi tiap2 minggu dan setiap minggu la aku tido kat peha mak. Mak dengan abah je la yg sungguh2 dengar. Ceramah kursus haji yg hampir 2 bulan setiap minggu tu ada gak aku skip. Malas dan tak berapa paham. Pastu lagi sebulan camtu nak pegi sana, kami wat latihan tawaf, sa'i, melontar dan macam-macam lagi kat Putrajaya. I tell you, serious sangat letih dan tak best!


Dapat surat dari tabung Haji; Tarikh berlepas ke sana pada 19 Januari 2004. Time tu berebut dengan abang aku nak baca surat tabung haji sampai gaduh2. Hehe

Kene inject Influenza dan pneumonia; sakit :(

Time nak pegi tu, kami bertolak dari rumah mak lang dan terus berpakaian irham (aku wat Haji Irfad yg kene 11 hari tempoh irham) kaler putih. Time tu ramai yang menghantar kami, siap azan lagi. Ramai sedara aku nangis..sebab mungkin inilah kali terakhir kami jumpa dorang..


Flight Saudi Arabia airlines dari KL ---> Jeddah (9 jam)

selama 9 jam la jugak tahan dari pegi Toilet!! nasib baik tak desperate sangat


Sampai kt Arab terus ke Makkah, bila sampai je sana terus ke hotel, aku 1 bilik dengan mak dan 2 org mak cik ni. Disebabkan aku sorang je budak kat situ, jadi best la sume mak cik2 bagi aku itu ini.


Duduk Mekah dalam 2 minggu cmtu, buat apa yg patut sebelum tnggu wukuf untuk bermalam di muzdalifah. Dalam tempoh 2 minggu ni la banyak Allah banyak menguji aku, dgn pakaian irham dan x bole buat itu ini selama 11 hari termasuk sikat rambut, bayangkanlah betapa susahnya kami. Sehelai rambut yg gugur kalau sikat kena byr 5 Riyal. Dalam tempoh irham, at least sekali je la kena denda, tu pon sbb xtahan dh berapa hari x cuci rambut; gatal kot >.<''

Belajar hidup dengan budaya Arab; makan sedap haha


Bermalam di mudzalifah jugak mencabar, bertolak tengah malam di padang pasir yang tandus pastu aku dan abang pergi kutip batu untuk melontar nanti. Sambil tu, kami kutip anak-anak batu untuk mak cik2 yang x larat. Pahala tu ;)

Tiba di padang arafah untuk wukuf. Time tu la kami dpt lihat selaut manusia yang menuggu bersama pada hari penuh keberkatan besok. Tengah hari tu cuaca sangat panas. VERY HOT. sampai rasa otak menggelegak. Time tu la baru dapat gambaran macam mana dia akhirat kelak. Insaf..doa kat padang Arafah tu sangat panjang. Nak dekat 4 jam aku tadah tangan dengan cuaca panas giler. Tapi pelik, ada jugak mak cik2 ni yang x hiraukan doa pergi toilet dan basuh kain baju... Wallahualam..


Malam kami pergi melontar, time yg afdal adalah pkul 12 tgh hari sebab time tu la setan dok kacau Nabi Ibrahim tp kami pergi tengah malam sebab takut kena pijak dgn org2 obses especially Iran-Turki. Masa kami pergi tu, ada berpuluh2 org indonesia mati dipijak sebab dikepung Turki-Iran yang 3 kali saiz org asia..

Aku baling batu kat 2 tiang ni, tp yang peliknya, ade gak orang yang balik payung, selipar dan botol coke =.=''

Time ni la pulak sesat kat kem orang pakistan on the way balik melontar. kene berpusing jauh nak dekat 5 km..kesian mak cik2 yg ikut family aku. Nasib baik jumpa dengan petugas Tabung Haji dan bawak kami balik kem Malaysia..Alhamdulillah

Kebesokan harinya, nak melontar tiang (xingat) terakhir dan terjumpa seorang wanita indonesia ini. Dia cakap dia x melontar malam sebelumnya sebab demam dan xde sorang pon kawan dia yg nk tolong dia (giler selfish kan?) dan mak aku pon tolong la dia..kami melontar ke tiang terakhir sempurnalah amalan melontar.

Kami terpaksa berkejar balik ke Mekah untuk tawaf wajib without ikut schedule tabung haji sebab time tu aku xdtg period lagi. Kalau period dan x dpt tawaf maka x sempurnalah haji aku dan terpaksa la kene bayar dam..korban sekor lembu. Kamu pon terpaksa balik ke Mekah dengan naik bumbung sebuah kereta Arab sambil (syok giler) dan bertolak ke Mekah. Best giler time tu. 1 perkara ajaib berlaku tp biarlah aku dan family je yang tau..Tapi memang Allah maha besar :)


Sampai Mekah terus buat tawaf dan sempurnalah rukun haji aku..Alhamdulillah. Balik je hotel, memang serious aku terperiod. Hehe


Beberapa hari lepas tu pergi ke Madinah untuk ke Masjid Al-nabawi. Time ucapkan selamat tinggal mekah, tetiba sayu dalam hati. Adakah aku akan ke sini lagi?


Kami stay di Madinah selama 9 hari, dan cuba masuk ke al Raudah walaupun x dapat sebab ramai org, tp tetap puas hati sebab dapat solat disitu..


Now, after 6 years, I still catch a glimpse of myself in Mekah performing Hajj. When I think about that, I was surprise I had done it!! and..I'm still thinking; will I ever go back to this place again?? Adakah aku masih tetamuNya?? I don't know, I dont have the answer, but Allah had it.


Aku sangat bersyukur kerana doa2 ku di sana dimakbulkan.. Alhamdulillah


Aku berjanji padaMu Ya Allah jikalau Kau memberikan lagi peluang buatku untuk menjejakkan kaki di tanah suciMu lagi, aku berjanji aku bersedekah ada fakir miskin di sana untuk mengembirakan hati mereka kerana Kau telah pun memakbulkan permintaan-permintaan ku pada saat aku menitipkan doa-doaku di hadapan rumahmu..Baitulharam. Aku percaya dengan janji-janjiMu, Terima Kasih Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..






ps: rindunye nak pegi sana balik..terasa rindu yang teramat-amat :(







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Air Supply~

Malam ni ade konsert air supply at KLCC Plenary Hall. Kempunan nak tengok dorang since I was a little girl lagi. Mostly lagu2 dorang ade dalam kepala aku. Tapi, aku dapat tau berita ni seminggu sebelum konsert dorang 15th November 2010. Time tengah final plak tu. Check online tiket kat internet, sume dah SOLD OUT.



T.T


And I was thinking; Adakah yang booked tiket tu sume org2 tua yang umor 50-60 or ade yg sebaya dgn aku?


Neway, xde rezeki la tu.Duit pon xde nak beli tiket dorang tu huhu. Bila la aku nak jumpe dorang ni? The lagendary duo tu dah umor 60 (agak tua) and kut2 dorang dah bersara x dpt la aku jumpe dorang wat concert.


Selain kat KL, Air supply akan wat concert kt Penang (16th November 2010) and kat Kuantan (18 November 2010) tp dua2 tempat tu jauh..xnak susahkan abah hantarkan aku kat sane.


Ni lah harga tiket ke concert Love Never Ends Air Supply (jgn terkejut ek)


VIP: RM 303
PS 1: RM 203
PS 2: RM 153
PS 3: RM 103


Mahal giler kan?? aku target yg PS 3 tp dah sold out dah sume tu..VIP tu pun dah sold out. Giler arr

Feels like an idiot looking at the prices
my parents confirm lah x bagi pergi!! especially mak aku..


List lagu-lagu Air Supply yang tak pernah luput dari cerebrum aku

  1. Making love out of nothing at all
  2. Goodbye
  3. I can wait forever
  4. Every woman in the world
  5. Come what may
  6. Here I am ( Just when I thought I was over you)
  7. Someone who believes
  8. Empty Pages
  9. Even the nights are better
  10. The one that you love
  11. I want to give it all
  12. 2 less lonely people in the world
  13. Now and forever
  14. Lonely is the night
  15. Tonite
  16. I can't let go
  17. Dance with me

Byk giler..sumenye aku ingat hehehe


Tibe2 teringat kat roomate aku si lolot tu, aku cakap kalau 1 hari nanti aku kawin, aku nak jemput Air Supply datang nyanyi lagu kawin aku, Lolot bagitau ni;



"Ko kene kawin dgn Tan Sri baru bole bayar Air Supply"


@.@







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bila cinta tidak kesampaian..

currently listening to: sexy naugthy bitchy - Tata Young



Post kali ni berdasarkan sebuah conversation dgn seorang kawan baik aku bebaru ni. Nama dia rahsia, aku letak N jelah.. N, kalau terbaca blog ni, jgn marah ek, ni cuma peringatan saya kepada diri sendiri saja..Ur secret is safe with me hehe


*********************************

Aku : N, citelah ape yg terjadi?

N : N1st time jumpe laki tu time kat bus station
*
*
*
*
*
tapi laki tu sanggup xnaik bas dia sbb N sorang2,
sanggup dia tunggu bas same2 dgn N

Aku : Owhh


N : mase tu xde pape, sbb xkenal pon laki tu
tp x sangka plak kami 1 kelas subjek biostatistik
since tu, kami rapat n slalu kuar mkn sesame..
N dpt rasa 'something'
tp time tu xde pape lagi dgn dia
tp perasaan tu dh ada and dia pon dpt rasa
dia ckp nak declare sem depan
tapi...


Aku: what happened?

N: 1 hari tu, kawan N nmpak dia dgn sorang pompuan ni
beli makanan sahur pkul 4 pagi..kawan N siap rakam video lg bg N tgk
bila tgk tu rasa cemburu la tp bersangka baik la jugak
pastu kol laki tu, tanye dia
dia ckp pompuan tu kawan dia
kawan JE..pastu lega la skit
tapi sejak tu, kami dh jrng msg, kalau papepon, N yg start dulu
dia plak kekadang je..
hati pompuan mana yg x sedap
rindu gile mcm dulu
and
1 hari tu, dia ajak makan..
time tu la, dia luahkan segalanya
dia xnak teruskan hubungan ni..
dia ckp dia takut
dan dia nak kami ni KAWAN je..
N xboleh terima..terus nangis kat situ

*
*
kekadang ternampak laki tu dgn pompuan tu jln sesame
sakit hati gile
*
*
*

Aku: N, taw x...kita mengalami nasib yg sama..bertepuk sebelah tgn

*
*
*
*
tp skang ni, dah xde pape, bila Intan sedar perjalanan masih jauh lagi,
dan mungkin dia bukan ditakdirkan dgn Intan
mmng sgt sakit time tu, tp bila fikir2 balik
Ade sebab kenapa Allah x bg kami bersama
mungkin ada org lain lg berhak memiliki hati ni
skang ni mahu tumpukan study, dan cari masa depan

N: cmne Intan bole tempuhinya?

Aku: mmng ambil masa, tp insyaAllah, hati kene kuat and percaya yg dia bukan milik kita
(time tu nk menitis air mata)

N, if the guy ever comes back to you..would you accept him back?

N: mestilah...N sayang dia..

Aku: N! he left you! kenapa nk terima balik?

N: Intan, N bole terima yg dia bukan dgn N lagi,
tp N takut xbole terima lelaki lain lepas ni dlm hidup N..


Aku: (looked into her eyes deeply)
Kalau ade jodoh, percayalah, xkan kemana laki tu..
hopefully, N dpt jumpe Mr Right..Mungkin Allah mahu menguji N
skang ni study dulu, abiskan degree

*
*
*
*
Paling penting, jgn fikirkan sgt psl dia tu..lelama kita akn dpt lupakan dia jugak

~Conversation ends~

*******************************

One thing I learnt from her and my story
Love is truly sweet but once you stepped into the wrong turn,
you'll taste bitter forever..

Terbaca sebuah artikel kt FB bebaru ni, penulis tu ckp
" Tulang rusuk tidak akan bertukar"
kaum Hawa diciptakan melalui tulang rusuk lelaki
dan wanita yg ditakdirkan hidup bersama lelaki itu,
dari tulang rusuk lelaki itulah wanita itu diciptakan..





ps: A hero's strength is measured by his heart..








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

campus is off!! yeayyy :D


Sangat gembira sampai tak tu nak buat ape. Tu la ko Intan, time final hari tu selalu merungut tension sampai malas nak study sakit kepala. Haha

Here I am, kat dalam bilik di rumah di Setapak, KL updating this blog and it feels like its been ages since the last post.


Issue 1 : Final exam sem 3

Owh, I think I did it well but somehow, rasa tak sedap hati memikirkan especially paper ruminant production (padan muka aku pilih soalan Pearson square method). Huhu ntah ape la result aku nanti..hmmm

Histology... omg, I flunked :(

Bacteriology : Blame on my stupid act. Oh Dr Jasbir please be kind to us

Physiology: mind-twisted, but somehow I did not know if my answers is relevant to the questions given.

Thai: Hahaha..I got out from exam hall 40 minutes earlier after the exam (2 hours) has started...InsyaAllah bole kut ;)


I dont think I will get Dean List
needs a long-life pray for that



Issue 2: weight


Current weight : 60 kg

Thanks to Orange juice and Fish diet!

keep on doing it!


Issue 3 : 2oth Birthday

Ok, aku dah 20 :( Huwaaa~ tak mau la. Nanti dah kene macam orang dewasa dah kalau perangai macam budak2 orang mengata lak..huu~

My birthday celebration was a surprise even though I have not expecting it due to final exams and stuff but My Probono's has made it for me. I birthday celebration is celebrated at the night together with other classmate SDV2 in the lab..I repeat IN THE LAB..hahaha.. I was touched they did a movie maker about me (walaupun sgt memalukan huhuhu) and belikan birthday cake for me. Dorang belikan lampu katak (which I named it Katak Waaa) sebab bila on light, sume orang exclaimed "Waaaa" Hehehe


Sedutan Birthday


My birthday cake : Cik Tan Tan! haha cute
Blueberry cake yg sedap but unfortunately... hehe*



Making a wish : Dean List haha


suasana time birthday


'

Suap cik Asma Munshi :D
ps: ade org buat muka ayu belakang kami haha



hehe

After that we went to Pizza Hut, and makan!! hehe. Dalam ni kene bukak hadiah huhu



Sementara tunggu pizza dtg



Inilah dia katak Waaa

hijau hijau I like ;)



Birthday boy and birthday girl ;)



Huhuhu cheezy pizzza yg sedap dan berkolestrol



melt waa..


Pizza yum yum



ok..after this no more haha


credits to Akmal


Special thanks to Asma Munshi, Akmal Ezat, and Farhan Hanif. You guys own the place in my seldom heart..ececece XD

I got a big hand made birthday card dengan ada poet lagi..huhu nak nangis aku bace...sayang Asma Munshi

And happy birthday jugak kat Akmal Ezat (yg birthday sehari sebelum birthday aku)...aku terharu la haha

I got many prizes too!! Thanks to Siti Shakinna Chu @ lolot, Pammie, Tay, Akmal too.



Roomate tersayang~ ♥



My big Birthday card..
(detail2 rahsia yg xperlu diceritakan hehe)


and more?

I got a pair of pinky sandal...also from Asma Munshi. Thank you babey ♥ ♥ ♥


**************************

I ♥ Probono's. My bffE

Terima kasih kerana menceriakan hari-hari ku sepanjang kita di bumi Kelantan




***************************


Exam dah abis, and I'm gonna spend some quality time with my beloved family before heading to Kluang for 2 weeks practical on Veterinary Instituition..InsyaAllah


Gonna post for more!!


ps: tak pela tak dpt pegi konsert Air Supply kat KL. I'm their die hard fans forever
huhu











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

T.T nak balik!!!

I promise I'll update my blog
I've been busy with finals lately
But I'll be online sooooon after finals
I needed a break
My head is twisted with facts
T.T
I want to go home!!
I want my mum, dad and qullip
I missed them sooooo badly
T.T
I want to send some time with myself
no other people
I'm sooooo tried
T.T
My head is spinning
tomorrow is the last paper
(yeay!!)
But i'll have histology practical after that
=.=''
I need to get rid of Miss J
she's a bloody shit
always distract mt thoughts
T.T
please go away...
I dont need you,
I dont want you...
To the hell with you J!!!
T.T


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

worry

Last nite was the scariest dream ever until I told myself to wake up because I couldn't face it if it's true. I almost cried that nite, wondering why Allah gave me such a dream. Is that a sign?? I woke up and felt a little relieved I am still dreaming, but yet the impact was still in the air. I'm sooooo afraid.



I admit, I'm worry about death, and that is why I'm keep on thinking on it.


Ya Allah..............Jauhkan aku dan keluargaku dari kematian, sesungguhnya aku masih belum menyempurnakan tugasku sebagai seorang anak dan muslim dimuka bumi ini...







rasa mahu menangis je T.T




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apakah sudah saatnya?

Sekarang ku suka mengelamun
Dan juga ku senang bercermin
Mengapa ini...

Malu-malu aku mengakuinya
Kerana aku kini belum dewasa

Berjuta cahaya datang padaku
Menari dengan ku
Nyanyikan lagu tentangnya

Duhai bintang mungkinkah yang ku rasa
Apakah sudah saatnya..
Untuk ku menyukai dirinya

Untuk ku menyukai dirinya

Untuk ku menyukai dirinya

Untuk ku menyukai dirinya

Apakah sudah saatnya?...

************************************************

ps: mesmerized by GG, sekadar selingan ;)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS