Kenapa tajuk aku ni aidiladha 2004? Sebelum tu, tuan punya blog nak ucapkan selamat menyambut hari raya Haji sempena 17th November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431 hijrah
Berbalik pada tajuk..kenapa Aidiladha 2004??
Aidiladha 2004 membawa 1 kenangan manis dalam hidup aku yang tak mungkin akan dapat lagi lepas ini; Aku beraya haji di Tanah suci.
I was 14teen back then in 2004. So young and immature. Mak dan Abah (mungkin dapat seruan dari Allah swt) nak mengerjakan haji untuk melengkapkan rukun Islam dan they have decided nak bawak aku dan abang pergi sekali. Pada mulanya, aku tak tau sangat pasal haji thingy ni sebab aku time tu agak budak lagi la tak taw pape. Tapi mungkin ini rezeki aku dapat buat haji masa masih muda lagi. So, officially rukun Islam aku dah cukup 4 (lagi 1 tu yg zakat; aku belajar lagi kot..org yang kena zakat kat aku hahaha guro2 ;)
Masih ingat lagi, time kursus haji la yg paling xbest, dah la lama pastu kena pergi tiap2 minggu dan setiap minggu la aku tido kat peha mak. Mak dengan abah je la yg sungguh2 dengar. Ceramah kursus haji yg hampir 2 bulan setiap minggu tu ada gak aku skip. Malas dan tak berapa paham. Pastu lagi sebulan camtu nak pegi sana, kami wat latihan tawaf, sa'i, melontar dan macam-macam lagi kat Putrajaya. I tell you, serious sangat letih dan tak best!
Dapat surat dari tabung Haji; Tarikh berlepas ke sana pada 19 Januari 2004. Time tu berebut dengan abang aku nak baca surat tabung haji sampai gaduh2. Hehe
Kene inject Influenza dan pneumonia; sakit :(
Time nak pegi tu, kami bertolak dari rumah mak lang dan terus berpakaian irham (aku wat Haji Irfad yg kene 11 hari tempoh irham) kaler putih. Time tu ramai yang menghantar kami, siap azan lagi. Ramai sedara aku nangis..sebab mungkin inilah kali terakhir kami jumpa dorang..
Flight Saudi Arabia airlines dari KL ---> Jeddah (9 jam)
selama 9 jam la jugak tahan dari pegi Toilet!! nasib baik tak desperate sangat
Sampai kt Arab terus ke Makkah, bila sampai je sana terus ke hotel, aku 1 bilik dengan mak dan 2 org mak cik ni. Disebabkan aku sorang je budak kat situ, jadi best la sume mak cik2 bagi aku itu ini.
Duduk Mekah dalam 2 minggu cmtu, buat apa yg patut sebelum tnggu wukuf untuk bermalam di muzdalifah. Dalam tempoh 2 minggu ni la banyak Allah banyak menguji aku, dgn pakaian irham dan x bole buat itu ini selama 11 hari termasuk sikat rambut, bayangkanlah betapa susahnya kami. Sehelai rambut yg gugur kalau sikat kena byr 5 Riyal. Dalam tempoh irham, at least sekali je la kena denda, tu pon sbb xtahan dh berapa hari x cuci rambut; gatal kot >.<''
Belajar hidup dengan budaya Arab; makan sedap haha
Bermalam di mudzalifah jugak mencabar, bertolak tengah malam di padang pasir yang tandus pastu aku dan abang pergi kutip batu untuk melontar nanti. Sambil tu, kami kutip anak-anak batu untuk mak cik2 yang x larat. Pahala tu ;)
Tiba di padang arafah untuk wukuf. Time tu la kami dpt lihat selaut manusia yang menuggu bersama pada hari penuh keberkatan besok. Tengah hari tu cuaca sangat panas. VERY HOT. sampai rasa otak menggelegak. Time tu la baru dapat gambaran macam mana dia akhirat kelak. Insaf..doa kat padang Arafah tu sangat panjang. Nak dekat 4 jam aku tadah tangan dengan cuaca panas giler. Tapi pelik, ada jugak mak cik2 ni yang x hiraukan doa pergi toilet dan basuh kain baju... Wallahualam..
Malam kami pergi melontar, time yg afdal adalah pkul 12 tgh hari sebab time tu la setan dok kacau Nabi Ibrahim tp kami pergi tengah malam sebab takut kena pijak dgn org2 obses especially Iran-Turki. Masa kami pergi tu, ada berpuluh2 org indonesia mati dipijak sebab dikepung Turki-Iran yang 3 kali saiz org asia..
Aku baling batu kat 2 tiang ni, tp yang peliknya, ade gak orang yang balik payung, selipar dan botol coke =.=''
Time ni la pulak sesat kat kem orang pakistan on the way balik melontar. kene berpusing jauh nak dekat 5 km..kesian mak cik2 yg ikut family aku. Nasib baik jumpa dengan petugas Tabung Haji dan bawak kami balik kem Malaysia..Alhamdulillah
Kebesokan harinya, nak melontar tiang (xingat) terakhir dan terjumpa seorang wanita indonesia ini. Dia cakap dia x melontar malam sebelumnya sebab demam dan xde sorang pon kawan dia yg nk tolong dia (giler selfish kan?) dan mak aku pon tolong la dia..kami melontar ke tiang terakhir sempurnalah amalan melontar.
Kami terpaksa berkejar balik ke Mekah untuk tawaf wajib without ikut schedule tabung haji sebab time tu aku xdtg period lagi. Kalau period dan x dpt tawaf maka x sempurnalah haji aku dan terpaksa la kene bayar dam..korban sekor lembu. Kamu pon terpaksa balik ke Mekah dengan naik bumbung sebuah kereta Arab sambil (syok giler) dan bertolak ke Mekah. Best giler time tu. 1 perkara ajaib berlaku tp biarlah aku dan family je yang tau..Tapi memang Allah maha besar :)
Sampai Mekah terus buat tawaf dan sempurnalah rukun haji aku..Alhamdulillah. Balik je hotel, memang serious aku terperiod. Hehe
Beberapa hari lepas tu pergi ke Madinah untuk ke Masjid Al-nabawi. Time ucapkan selamat tinggal mekah, tetiba sayu dalam hati. Adakah aku akan ke sini lagi?
Kami stay di Madinah selama 9 hari, dan cuba masuk ke al Raudah walaupun x dapat sebab ramai org, tp tetap puas hati sebab dapat solat disitu..
Now, after 6 years, I still catch a glimpse of myself in Mekah performing Hajj. When I think about that, I was surprise I had done it!! and..I'm still thinking; will I ever go back to this place again?? Adakah aku masih tetamuNya?? I don't know, I dont have the answer, but Allah had it.
Aku sangat bersyukur kerana doa2 ku di sana dimakbulkan.. Alhamdulillah
Aku berjanji padaMu Ya Allah jikalau Kau memberikan lagi peluang buatku untuk menjejakkan kaki di tanah suciMu lagi, aku berjanji aku bersedekah ada fakir miskin di sana untuk mengembirakan hati mereka kerana Kau telah pun memakbulkan permintaan-permintaan ku pada saat aku menitipkan doa-doaku di hadapan rumahmu..Baitulharam. Aku percaya dengan janji-janjiMu, Terima Kasih Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
ps: rindunye nak pegi sana balik..terasa rindu yang teramat-amat :(
0 no comments :):
Post a Comment