RSS

Bukit Kepong- Tragedi pahlawan

Sayu aku baca artikel ni,


"Kami orang-orang polis tidak akan menyerah diri!!Biarlah kami mati di sini!!Bukit Kepong menjadi tanah kubur kami!!"-Sarjan Jamil

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

1 - Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
2 - Keadaan balai polis yang terpencil

Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

Serangan Komunis

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun.
Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.

Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.


Peta Serangan Balai Polis Bukit Kepong

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka. -WIKI


Ps: Jadi renungkanlah, apa perasaan ahli keluarga para pejuang Bukit Kepong apabila sejarah ini dipertikaikan oleh pihak yang mementingkan kepentingan politik? Apa tenangkah roh-roh mereka dalam kubur? Wallahualam


Pss: Aku neutral, apa yang aku rasa betul, aku sokong, apa aku rasa salah, aku tak sokong.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Coretan ramadan



Salam!!! Dah lama rasa tak menjengah blog aku ni. Senyap je kan. Sebenarnya aku tak tau nak mengarut ape kat blog ni sebab aku duduk rumah je, kalau keluar pun teman abah pergi bank, pergi beli barang berbuka puasa dan aku tak beli langsung makanan kat bazar. Abang aku je yg bawak balik kuih2 sebab dia tak sempat nak buka kat rumah. Aku nak makan je masakan mak aku sepanjang cuti ni, nanti dah balik UMK, rindu pulak tak makan. Haha

Ok, 1 lagi aku sibuk dengan blog vet aku tu. Siang malam berupdate bende2 baru. Kalau benda ini buat aku study, insyaAllah aku teruskan :)

Haih, benci la setiap hari bangun lambat lepas subuh tido sampai pukul 10, lepas tu bangun tengok muka kat cermin dan berkata setiap hari.."aku semakin membulat.."

=.='

Mane taknye, hampir setiap hari abang aku bawak balik mcm2 cake..cheese cake, choclate cake, pizza, blueberry cheese cake, strawberry cake....sume makanan dia tapau tempat kerja dia semua aku tibai. Kan best aku aku kurus macam papan boleh makan byk2!! hahaha


Merepek ape ni??

Back to story..aku rasa betul la pepatah orang dulu2..anak perempuan susah nak jaga. Terjadi kat aku sendiri. Alkisahnya, since sekarang tak kaya sebab JPA tak masuk lagi, so apa2 pun aku kene la bodek mak abah aku. Pada mulanya aku cakap dengan mak aku nak beli baju raya je, pastu mak aku pun bawak la pergi butik first lady kat ampang. Masuk2 je kedai, tak sampai 10 min aku dah pilih 2 baju kurung raya. Hehehe. Aku skang ni mencari fesyen baju kurung moden yang macam mak2 datin pakai kat TV tu. haha. Nasib baik pergi cepat, kalau tak, baju kurung yang tinggal sume saiz XXXL. haha

Tak perlu cerita harga berapa..paham2 je la.. ^^


Suasana dalam butik. Ramai gila
ps: gambar diambil masa tunggu turn nak try baju.


Pastu hari berikutnya, dah dapat baju cantik, mulalah menggedik nak beli tudung. Pastu plak tengok kat TV pengacara pakai tudung lawa2, so aku pun bodek2 kat mak..nak tudung shawl. Pastu mak aku bawak pergi butik lagi, aku pun belilah 1 selendang. Pakai kat rumah, first time pakai selendang, abah cakap macam ustazah. hahahaha. Aku try la pakai selendang elok2 wpun tak pandai pakai. Tetibe mak aku cakap, cantik!!! terkejut aku!..keesokan harinya mak aku beli 1 lagi selendang untuk aku..haha


Dah dapat tudung, pastu aku rasa macam tak lengkap je sebab xde kasut raya, so aku pun membodek kasut kat mak. Alasannya, dah masuk third year ade kelas surgery so kne pakai kasut bertutup.ting! mak aku beli kasut untuk aku. Hahaha


Hasilnya, barang aku sahaja, beratus habis. Sebab tu la aku cakap memang anak perempuan ni susah nak jaga. Barang banyak kne sediakan. Tu belum masuk lagi bil2 broadband, bil handphone, tiket firefly abah sponsor. =.='


Terima kasih mak abah..

Pada hari-hari biasa, aku teman abah pergi bank, bayar bil, beli barang-barang rumah, driving, dan study walaupun byk berFB huhu. Kebiasaanya lepas balik terawih, mesti singgah kedai beli kedai beli buah rambutan or pulasan. Pastu balik je, mesti kami makan buah ramai-ramai termasuk kucing aku sekali. Biasanya abah la suapkan buah kat kulip. haha


Kulip suka buah..

Persiapan raya untuk aku adalah mandikan kulip! Family aku tunggu aku balik baru kulip boleh mandi. Alasan sebab aku budak vet jadi aku kena mandikan kulip. Padahal semua malas. Haha. Kulip dah busuk sebab dah berbulan tak mandi pun rilex je abah cium2 eiww


Sebelum kulip mandi: kene inaikan perut.
Asalnya mak aku yg nak kaler rambut, last2 kulip pun kene gak =.=



Kulip lepas mandi. Monyok je


Lepas mandi tido..Tengok perut dia hehe


Masa aku ikut abah beli barang, kami terjumpa 2 ekor kucing yg besar gila @ kucing tauke supermarket tu. Sumpah besar!



Gemuk giler


sekor lagi..

Pantang jumpa kucing, laju je pegang haha. Gambar kat bawah ni pengumuman pencurian yg ditampal depan supermarket tu


Rasa tak logic pulak. Gambar cctv tu tak tunjuk pun tangan dorang yg ambil susu tu.KAN3.Tapi jauh sudut hati aku kesian la kat orang yg curi tu, mesti dia xde duit nak beli susu tepung anak dia. hmm insaf2 nk survive sampai terpaksa mencuri.


Ok, tu je lah setakat ni, lepas ni aku upload gambar raya pula!



ps: nama saya alina binti kulip :)






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

the war has begun

One sunny day..


Ok troops, get the shield on! We're on war!
Roger, sir! EERR..But whose the enemy?
Are you blind??
No
Right, I'll be on the front line, you follow my back, got that?
But sir, I...
Why are you questioning my order?
I DONT SEE OUR ENEMY!! where are they?
It's you...


**************************************************

Enemy yg dimaksudkan adalah diri sendiri. Musuh terbesar dalam hidup kita. Aku ada musuh dalam diri. Musuh yang aku maksudkan adalah sifat-sifat tak elok yang menjadi darah daging dalam hidup ni.

Kenapa sedih je entry ni?

****************************************

Kurang sebulan sebelum aku menempuh 9 september 2011, seakan tak semangat je. Apa je yang aku buat kat rumah ni? korang semua nampak aku..di FB. Haha. Aku memang ada study tapi, berapalah sangat untuk compare apa yang bakal dilalui nanti. Mana semangat aku ni? terbang melayang je bak angin selat tebrau. cehh ayat puitis. Aku malas, malas dan malas. Itulah musuh dalam diri aku sekarang nih..ish

Duduk kat rumah ni, tak ada apa yang aku buat, tau je bangun sahur makan mata tutup, tu pun abah sediakan makan, kalau tak memang tak bangun la aku. sayang abah! walaupun goreng drummet hangus, tapi aku tetap makan demi abah. haha. abah selalu tanya nak makan apa masa sahur, nanti abah buatkan..(sepatutnya aku la yg tanya cmtu kan?) tapi abah rilex je, sediakan makan sahur, mak aku pulak time buka puasa masak..aku??? jeng3...hehehe

Time study, study je la, aku semakin mempergiatkan blog vet untuk bantu kawan2 aku juga. Aku sedar apa yg aku buat ni bukan stakat bagi benefit kat aku, tapi orang lain juga. InsyaAllah, aku mempersilakan rakan2 vet aku untuk buat blog vet masing2, secara tak langsung, masa yg lapang boleh diisi dgn bende2 yg berfaedah (minus fb) hehe


Tapi aku sungguh stress buat masa sekarang sebab banyak benda aku perlu cover tu external exam brlangsung 9 september tu. Tapi aku malas!! aiyak, sbb bukak je buku, mengantuk, lepas tu tido lepas tu menyesal tido. tu la kitaran hidup aku sekarang ni. Lagi aku stress budak2 ni selalu cakap aku pandai, tutup mata boleh jawab. Tolong lah, aku bukan macam tu. Somehow aku tertekan dgn kenyataan mereka ni. Apa yang aku capai itu, adalah hasil usaha aku sendiri, rezeki yg Allah bagi. Aku kenal diri sendiri macam mana, so tolong la, jgn buat kenyataan macam tu, lepas tu bagi semua orang tau. Aku stress T.T. Aku jauh sekali tak pernah anggap aku ni pandai walaupun dah 2 kali dean list. Ada lagi orang yang lebih hebat dari aku, aku ulang semula, ini semua rezeki Allah. Korang boleh puji aku, tapi aku takut pujian melampau itu akan membuat diri ini riak, aku tak nak macam tu.


Next time, tolong...jangan buat lagi T.T




ps: The war has just begun! study intan!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hikayat Putera Shazlan



Anda kenal budak ni?

Kalau tak kenal, meh sini aku kenalkan..nama glamor dia Famie Don, nama sebenar aku tak tau. Budak ni first time keluar TV cerita Bong kat TV9 bersama budak perempuan nama Maisarah. Lepas tu, budak ni popular dalam cerita Hikayat Putera Shazlan kat Astro Ceria lepas tu berlakon cerita Magika dan macam-macam lagi. Budak ni pun pernah menang pelakon kanak-kanak terbaik TV anugerah ape tah, pastu budak ni pernah jadi pengacara program kanak-kanak. Aku tak ingat program apa. Manelah aku lekat kat rumah.hehe

Apasal aku post pasal budak ni?


Hari ni, Astro Prima datang rumah aku untuk shooting drama. Sehari je la. Masa dia orang call mak aku sebab nak pinjam rumah, aku dah terbayangkan Remy Ishak dengan Fauziah Gous (ni sume psl cite Tahajjud Cinta kat tv3 tu), tapi xde. Mereka cakap nak buat program ramadhan cerita "Flamingko .." tak ingat lah dan pelakon dia kanak-kanak. Aku plak, adoi kanak-kanak mestilah bukan Mia Sara tu. Pastu plak aku tak kenal pelakon kanak-kanak (tak popular). Jadi, masa krew2 dtg aku pun duduk je la bilik. Malas nak keluar.


Masa duduk bilik tu, tetiba aku rasa nak keluar sebab nak tengok jugak la dorang shooting mcm mane, tetiba aku nampak budak ni duduk atas kerusi ruang tamu, aku pun ckp dalam hati

"eh macam budak cite Putera Shazlan"


Bukan kot. Pastu aku masukla bilik balik. Masa berbuka puasa tu, krew2 sediakan makanan yg berlambak gila, mak aku pun panggil la suruh berbuka, dan sekali duduk 1 meja dgn krew2 ni, pastu budak tu pun panggil aku " Akak, azan pukul berapa?" aku pun jawab 7.30mlm dgn acuh tak acuhnya. Disebabkan aku terkenal dgn sifat pemalu (emmm...) so aku tak berapa cakap dgn dia sgt. haha


Dipendekkan cerita, lepas tu barulah aku tau budak ni betul belakon cerita hikayat putera shazlan. haha. budak ni berlakon dgn 2 org kawan dia, sorang laki dgn sorang girl. Si Famie ni baru form 1 lg 2 org tu darjah 6. Mcm tak percaya je aku dia berlakon cerita magika tu. haha. Tapi si Famie dgn budak2 lain tu baik, peramah tak sombong. ade je benda nak cerita kat aku

tak dpt dgn remy ishak, dgn Famie pun jadi lah hehe


Mak si Famie yg merangkap manager pun sama gak, peramah gila siap tunjuk fan page kat FB lagi, minta aku vote anak dia jd pelakon kanak-kanak terbaik dgn pengacara kanak-kanak terbaik kat FB. Aku pun join je la, dah mak dia beriya-iya sgt. Pastu mak dia tunjuk video dia nyanyi kat korporat function dlm utube.

comel budak ni. aku suka


budak 2 org ni suka betul dgn Kulip, tp Kulip xske pun dgn dorang haha




abg aku dgn famie


Lepas dah abis shooting, dorang ni pun balik la. sebelum balik, salam siap minta no tefon abg aku lg, entah apa dia nk buat. haha. Krew2 astro bagi mak aku rm200 sebab pinjam rumah 5 jam. berbaloi la. makan pun dorang sponsor. kalau nak berlakon rumah aku lagi, boleh je, nk suruh aku berlakon pun boleh, tapi aku nak berlakon dgn remy ishak je. muahahaha


ps: mood sengal






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

...???...

Stress gila semalam psl nak balik umk ni, aku kene tuka tiket flight oo. kalu check kalau aku tuka tiket kene bayar rm200 pastu kalu beli tiket baru rm122. stress btul dgn firefly ni! ni sume salah aku sebab terburu-buru nak balik, pastu salah fakulti jugak sebab tak bagi tarikh tepat. kejap dgr lain, kejap kata lain. stress tahap dewa sampai sehari aku tak makan...aku makan 3 roti je time buka pose pkul 10 mlm punya merajuk punya pasal last2 abah cakap dia sponsor tiket aku balik.

tapi seriously, aku taknk susahkan mereka lagi sebab ni bukan sekali aku pinjam duit, dah banyak kali ni sume salah JPA bagi lambat masuk duit. kalau dah masuk aku tak kisah yang ni account dalam bank dah -ve 2-3 bulan. Mak aku pulak sakit bebaru ni so setiap kali rawatan kena bayar kena beribu ringgit. bukan rupiah.

parents aku marah jugak la pasal benda ni, wpun harga sratus lebih tiket aku tapi ni bukan sekali aku tuka tiket oo. sekali tukar nak dekat rm300. nak balik naik bas pun aku pun tak berani sorang2, pastu smpai kelantan awal pagi, lgla aku tak nak. sedih la setiap kali mcm ni. pengurusan mcm ***** je!! marah tau aku ni marah!!

ish3, aku benci btul masalah ni. takde mood langsung nak buat kerja pun. aishhhhhhhhhh


***********************************************


harini dah ok sikit kut, mula work on scintific paper, alhamdulillah siap dah. ntah betul ke tak aku pun xtaw, ayat panjang berjela tapi content tak banyak. tak cukup ilmu la. nak tambah lebih kang kantoi tengah jalan. so aku dah tak nak tengok lagi, lepas ni print dan hantar. lantaklah!

************************************************


Mak aku sakit, so aku risau la pape jadi dengan dia. dah la byk tempahan katering dgn show dia kena buat raya ni, kaki dia alhamdulillah surut dari bengkak, tapi kena pantang makan. kalau mak aku kurus dari aku, cnfirm aku lari rumah! hehe tambahan plak abang aku dah kerja kat 2 tempat keja satu yang full time 1 lg part time. dia kerja lebih sebab dia kumpul duit nak kawin dgn kak tini. hohoho. nasib baik bukan aku kawin dulu. good luck along, smoga dapat kawin segera.

external exam balik ni, aku tak target apa2, cukuplah kalau aku cakap aku bersedia atas pagar je. dia tanye bende yg xtaw, cakap je la xtaw. dalam masa 2 tahun setengah ni, ilmu kami bukannya setaraf budak tahun 5 vet, tapi aku cuba sedaya upaya manfaatkan masa yang ada untuk study dan belajar benda baru. banyak pasal vet yang aku tak tau lagi. jadi belajar je la setakat mana yang mampu. bukan bermaksud give up, tapi bertawakal bila sampai masanya :)

apa lagi ek?

puasa kali ni tak banyak bezanya, cuma aku rasa aku dah jadi king kong sebab makan tido. current weight 58kg takkan bertahan sebulan tambah2 nak raya ni. preparation raya pun tak de lagi, baju raya pun tak beli lagi, tunggu pow kat mak aku pegi beli kat butik First Lady kat Ampang. hehe. raya berganti raya pun mcm biasa je celebration, xsemeriah dulu. bagi aku, raya tahun ni dijangka raya paling xbest. sebab mcm2 menunggu balik umk nnti :/

Ok lah, saje nak mengarut lepas siap 1 kerja. presentation next! pastikan kerja berkualiti wpun makan masa yang lama. azam aku balik umk ni nak jadi budak baik yg menjadi contoh para junior muahaha.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The eagle (2011)



Menggodek-godek bekas DVD sambil buang DVD2 yg rosak, aku terjumpa cerita ni. Cover DVD pun dah buat aku excited nak tengok sebab aku suka cerita yang epic hostorical movies. Especially ada kaitan dengan ancient Rome.

First time tengok cerita yang takde langsung watak heroin!! semua lelaki belaka. Not to mentioned watak utama dia Channing Tatum yang dulunya menjadi pujaan ramai budak2 gedik sekolah aku dulu. Aku tak. hehe

Jalan cerita mula-mula tak paham, tapi lepas mendalami (cehh2) part tengah2 tu baru la paham.
Mengisahkan tentang seorang Komando (Marcus) pada zaman 140 selepas masihi yang ingin mengembalikan nama baik family dia dengan mencari semula Eagle Emas kepunyaan kerajaan Rome yang hilang selama 20 tahun.

(Eagle emas tu hilang sewaktu dalam perjalanan ke Britain 20 tahun lepas, dibawah pimpinan ayah Marcus. Yang misterinya, pasukan tentera yang pergi bersama ayah Marcus ni pun hilang tanpa ada kesan. Disebabkan itu, nama keluarga Marcus ni kena cop tak baik la sebab gagal memegang amanat raja Rome. Marcus yang ketika itu kecil, hanya dapat melihat ayahnya sebelum ayahnya hilang bersama pasukan rome. Disebabkan itu, dia berusaha menempatkan diri dia dalam pasukan tentera untuk berkhidmat kpd kerajaan rome atas ingin mengembalikan nama baik family)


Usaha Marcus berhasil, dan dia berjaya menjadi komando Rome pada awal usia 20-an dan menang dlm peperangan antara rome dan puak celtic di scotland. Peperangan yang menjulang namanya sebagai komando terhebat bagaimanapun pudar apabila dia cedera parah di kaki dan terpaksa ditamatkan perkhidmatan komandonya--pada ketika itu dia masih belum dapat membersihkan familynya. Dia dihantar pulang ke Rome dan tinggal bersama pakcik. Marcus sedih sebab tak dapat berkhidmat dalam tentera.


Dalam tempoh penyembuhan, Marcus dan pakciknya pergi ke bandar tengok gladiator. Gladiator pada ketika itu melibatkan seorang gladiator dan seorang hamba berbangsa (ape tah). Hamba itu tidak melawan sewaktu dibelasah dengan gladiator dan ini telah menarik perhatian Marcus. Masa hamba tu tak berdaya untuk bangun, si gladiator nak cucuk hamba ni guna pedang, masa tu Marcus bangun dan tunjuk ibu jari sambil jerit "live!!!". Hamba tu tak jadi kena bunuh. Atas dasar kemanusiaan, hamba tu (Esca) diperintahkan menjadi hamba kepada Marcus.


Esca berhutang nyawa dan bagi pisau (dagger) kepunyaan ayah dia kepada Marcus. Esca ckp, dia akan buat semua Marcus suruh dan Marcus boleh bunuh dia kalau dia derhaka. Dalam cerita ni, Marcus dan Esca develop friendship sampailah 1 hari...


Dahh...penat nak taip. nak tau tengok la cite ni :b

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doomed!

Sometimes tuan punya badan memang sangat sengal buat keputusan terburu-buru. Sometimes je, bukan selalu. Hasilnya, memang habis la aku! >.<

Alkisahnya, parents tanya aku balik UMK berapa hari bulan, aku cakap 5hb sep kut, abah pun suruh aku online website airasia dagn firelfly check ticket balik masa tu. Dengan malasnya, aku pun bukak la...

(Sebenarnya niat nak merajuk sebab parents tak dpt hantar aku balik KB sebab dorang ada tempahan show open house time raya. Haritu janji nak hantar aku balik, last2 dorang cakap nak datang KB bulan 1..aishh tensen!)

Tengok2 tiket, bapakla mahal, kalau bagi duit raya pun mesti xdapat cover tiket flight aku ni. Terfikir nak naik bas tapi paham-paham la mak aku tak bagai balik sorang. So aku pun godek2 la website airasia dgn firefly tuh, tibe2 aku ternampak ticket murah tapi ticket tu on 7hb sep sedangkan 5hb aku dah kena ada kat UMK. aku pun fikir2..

  1. Junior masuk 6hb (mesti fakulti sibuk)
  2. Presentation LI mesti lambat skit (sebab fakulti sibuk)
  3. External exam? (kut minggu depan lepas junior masuk)
  4. Lot balik 8hb (hehehe...boleh la kut balik lambat..hehe)

Sebab tiket murah punye pasal, aku pun click la kat tarikh 7hb tu..(petang pulak tu) pastu detail2 lain suma abah isi. Tau2 je dah tak sampai 5 min secara rasminya dah book firefly balik KB. Aku sebenarnya risau kena marah dekan kalau dia tau aku balik lambat memang mati la kan. Tapi entah la, aku buat dek je.

Tiba2 teringat 1 bende ni..external exam..turn aku bila? ahh sudah

MESTILAH AKU KENE AWAL SEBAB NAMA AKU KAT ATAS IKUT ALPHABET!!

Sekian,,

T.T

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah

Alhamdulillah, sudah abis latihan industri kali ke-2 kat ladang ayam FFM Farms Sua Betong PD. The moment aku melangkah keluar hatchery, aku dah excited giler sebab segala penat aku bakal terbayar.


Hatchery department

Bagi aku farm ni okay, dari management sampailah pekerja, tapi personally aku memang tak suka kerja di industri ayam sebab leceh. Aku ingat jaga ayam senang sebab ayam kecil, tapi terbukti salah, ayam memang salah susah nak jaga. Orang yang kerja kat sini semua kuat-kuat tahan bangun pukul 3-4 pagi kerja sampai petang. Jadi hanya orang rajin je lah boleh kerja kat sini. Bila aku tengok aci india tua-tua kerja kat sini, nak cari duit nak hidup, aku rasa bersyukur sangat sebab nanti aku tak buat semua kerja ni, at least pengalaman kerja berat kat sini boleh jadi iktibar kalau aku kerja satu hari nanti.


Teman-teman LI, Mira, Farah, Asma, terima kasih sebab selalu bersama-sama dengan aku layan perangai aku yang agak mengada-ngada ni, hehe kalau takde korang mesti bosan gila.


Dr Liew, En GG, En Zapri, terima kasih untuk segala tunjuk ajar Farm dan hatchery walaupun kita tak de masa nak buat presentation. Dr Liew siap tawarkan jadi vet kat ladang ni, tapi dalam hati aku, tak nak la kut. hehe

Staf-staf kilang, kak sarina, abg botak, abg kurus, en qayyum terima kasih sebab ajar kami vaksin anak ayam yang beratus ribu tu dan tolong jagakan telur kami untuk scientific research hehe.


Makcik-makcik kantin, terima kasih sebab selalu masakkan kami makanan sedap-sedap, walaupun kami selalu tak habis nasi sebab banyak (kami bukan pekerja ladang mkn banyak) hehe.


Orang2 ofis, kak fauziah, citra dgn kak Jusmah, terima kasih sebab sediakan rumah yang lengkap dengan semua peralatan dan tolong buatkan graph scientific paper aku guna microsoft excel. hehe


Pekerja pekerja kilang yang berbagai bangsa, anda memang terbaik! macam mana aku nak copy kerajinan dorang ni? huhu


Puasa kali ni dirumah, jadi tak payah la nak berdiet. sekian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS