Menggodek-godek bekas DVD sambil buang DVD2 yg rosak, aku terjumpa cerita ni. Cover DVD pun dah buat aku excited nak tengok sebab aku suka cerita yang epic hostorical movies. Especially ada kaitan dengan ancient Rome.
First time tengok cerita yang takde langsung watak heroin!! semua lelaki belaka. Not to mentioned watak utama dia Channing Tatum yang dulunya menjadi pujaan ramai budak2 gedik sekolah aku dulu. Aku tak. hehe
Jalan cerita mula-mula tak paham, tapi lepas mendalami (cehh2) part tengah2 tu baru la paham.
Mengisahkan tentang seorang Komando (Marcus) pada zaman 140 selepas masihi yang ingin mengembalikan nama baik family dia dengan mencari semula Eagle Emas kepunyaan kerajaan Rome yang hilang selama 20 tahun.
(Eagle emas tu hilang sewaktu dalam perjalanan ke Britain 20 tahun lepas, dibawah pimpinan ayah Marcus. Yang misterinya, pasukan tentera yang pergi bersama ayah Marcus ni pun hilang tanpa ada kesan. Disebabkan itu, nama keluarga Marcus ni kena cop tak baik la sebab gagal memegang amanat raja Rome. Marcus yang ketika itu kecil, hanya dapat melihat ayahnya sebelum ayahnya hilang bersama pasukan rome. Disebabkan itu, dia berusaha menempatkan diri dia dalam pasukan tentera untuk berkhidmat kpd kerajaan rome atas ingin mengembalikan nama baik family)
Usaha Marcus berhasil, dan dia berjaya menjadi komando Rome pada awal usia 20-an dan menang dlm peperangan antara rome dan puak celtic di scotland. Peperangan yang menjulang namanya sebagai komando terhebat bagaimanapun pudar apabila dia cedera parah di kaki dan terpaksa ditamatkan perkhidmatan komandonya--pada ketika itu dia masih belum dapat membersihkan familynya. Dia dihantar pulang ke Rome dan tinggal bersama pakcik. Marcus sedih sebab tak dapat berkhidmat dalam tentera.
Dalam tempoh penyembuhan, Marcus dan pakciknya pergi ke bandar tengok gladiator. Gladiator pada ketika itu melibatkan seorang gladiator dan seorang hamba berbangsa (ape tah). Hamba itu tidak melawan sewaktu dibelasah dengan gladiator dan ini telah menarik perhatian Marcus. Masa hamba tu tak berdaya untuk bangun, si gladiator nak cucuk hamba ni guna pedang, masa tu Marcus bangun dan tunjuk ibu jari sambil jerit "live!!!". Hamba tu tak jadi kena bunuh. Atas dasar kemanusiaan, hamba tu (Esca) diperintahkan menjadi hamba kepada Marcus.
Esca berhutang nyawa dan bagi pisau (dagger) kepunyaan ayah dia kepada Marcus. Esca ckp, dia akan buat semua Marcus suruh dan Marcus boleh bunuh dia kalau dia derhaka. Dalam cerita ni, Marcus dan Esca develop friendship sampailah 1 hari...
Dahh...penat nak taip. nak tau tengok la cite ni :b
0 no comments :):
Post a Comment