RSS

Coretan ramadan



Salam!!! Dah lama rasa tak menjengah blog aku ni. Senyap je kan. Sebenarnya aku tak tau nak mengarut ape kat blog ni sebab aku duduk rumah je, kalau keluar pun teman abah pergi bank, pergi beli barang berbuka puasa dan aku tak beli langsung makanan kat bazar. Abang aku je yg bawak balik kuih2 sebab dia tak sempat nak buka kat rumah. Aku nak makan je masakan mak aku sepanjang cuti ni, nanti dah balik UMK, rindu pulak tak makan. Haha

Ok, 1 lagi aku sibuk dengan blog vet aku tu. Siang malam berupdate bende2 baru. Kalau benda ini buat aku study, insyaAllah aku teruskan :)

Haih, benci la setiap hari bangun lambat lepas subuh tido sampai pukul 10, lepas tu bangun tengok muka kat cermin dan berkata setiap hari.."aku semakin membulat.."

=.='

Mane taknye, hampir setiap hari abang aku bawak balik mcm2 cake..cheese cake, choclate cake, pizza, blueberry cheese cake, strawberry cake....sume makanan dia tapau tempat kerja dia semua aku tibai. Kan best aku aku kurus macam papan boleh makan byk2!! hahaha


Merepek ape ni??

Back to story..aku rasa betul la pepatah orang dulu2..anak perempuan susah nak jaga. Terjadi kat aku sendiri. Alkisahnya, since sekarang tak kaya sebab JPA tak masuk lagi, so apa2 pun aku kene la bodek mak abah aku. Pada mulanya aku cakap dengan mak aku nak beli baju raya je, pastu mak aku pun bawak la pergi butik first lady kat ampang. Masuk2 je kedai, tak sampai 10 min aku dah pilih 2 baju kurung raya. Hehehe. Aku skang ni mencari fesyen baju kurung moden yang macam mak2 datin pakai kat TV tu. haha. Nasib baik pergi cepat, kalau tak, baju kurung yang tinggal sume saiz XXXL. haha

Tak perlu cerita harga berapa..paham2 je la.. ^^


Suasana dalam butik. Ramai gila
ps: gambar diambil masa tunggu turn nak try baju.


Pastu hari berikutnya, dah dapat baju cantik, mulalah menggedik nak beli tudung. Pastu plak tengok kat TV pengacara pakai tudung lawa2, so aku pun bodek2 kat mak..nak tudung shawl. Pastu mak aku bawak pergi butik lagi, aku pun belilah 1 selendang. Pakai kat rumah, first time pakai selendang, abah cakap macam ustazah. hahahaha. Aku try la pakai selendang elok2 wpun tak pandai pakai. Tetibe mak aku cakap, cantik!!! terkejut aku!..keesokan harinya mak aku beli 1 lagi selendang untuk aku..haha


Dah dapat tudung, pastu aku rasa macam tak lengkap je sebab xde kasut raya, so aku pun membodek kasut kat mak. Alasannya, dah masuk third year ade kelas surgery so kne pakai kasut bertutup.ting! mak aku beli kasut untuk aku. Hahaha


Hasilnya, barang aku sahaja, beratus habis. Sebab tu la aku cakap memang anak perempuan ni susah nak jaga. Barang banyak kne sediakan. Tu belum masuk lagi bil2 broadband, bil handphone, tiket firefly abah sponsor. =.='


Terima kasih mak abah..

Pada hari-hari biasa, aku teman abah pergi bank, bayar bil, beli barang-barang rumah, driving, dan study walaupun byk berFB huhu. Kebiasaanya lepas balik terawih, mesti singgah kedai beli kedai beli buah rambutan or pulasan. Pastu balik je, mesti kami makan buah ramai-ramai termasuk kucing aku sekali. Biasanya abah la suapkan buah kat kulip. haha


Kulip suka buah..

Persiapan raya untuk aku adalah mandikan kulip! Family aku tunggu aku balik baru kulip boleh mandi. Alasan sebab aku budak vet jadi aku kena mandikan kulip. Padahal semua malas. Haha. Kulip dah busuk sebab dah berbulan tak mandi pun rilex je abah cium2 eiww


Sebelum kulip mandi: kene inaikan perut.
Asalnya mak aku yg nak kaler rambut, last2 kulip pun kene gak =.=



Kulip lepas mandi. Monyok je


Lepas mandi tido..Tengok perut dia hehe


Masa aku ikut abah beli barang, kami terjumpa 2 ekor kucing yg besar gila @ kucing tauke supermarket tu. Sumpah besar!



Gemuk giler


sekor lagi..

Pantang jumpa kucing, laju je pegang haha. Gambar kat bawah ni pengumuman pencurian yg ditampal depan supermarket tu


Rasa tak logic pulak. Gambar cctv tu tak tunjuk pun tangan dorang yg ambil susu tu.KAN3.Tapi jauh sudut hati aku kesian la kat orang yg curi tu, mesti dia xde duit nak beli susu tepung anak dia. hmm insaf2 nk survive sampai terpaksa mencuri.


Ok, tu je lah setakat ni, lepas ni aku upload gambar raya pula!



ps: nama saya alina binti kulip :)






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment