RSS

Sarcastic?


To tell you the truth,
I can't help being bitchy
I'm so annoy myself at the moment
Things change, within time
as I was passing by

Some couldn't bear with my sarcastic tone
My mouth firing a machine gun
The words coming out sharp more than a samurai sword
I am NOT sorry for what I had said to these 'people'
I purposely do so
Because I knew them for good,
The one that does not learn the ethics
to behave to other people

I do not know how 'nice' I can be
you can judge, you can condemn
You can love, you can hate
I can't growing up just to please all people
I don't create enemies, they come to me
I dont pretend to be somebody that I'm not to be
because I know myself well
Thanks for the past
That taught me life isnt fair sometimes
Thanks for the hardship I went through
that drew this heart to go on life.
My sincere thanks to friends
that enlightened every journey
as the obstacle grows harder
as the path extend more longer
that leads the way
I am still walking every pace
until I find myself on the right tract
to the chosen DESTINY :)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Falsafah ilmu

I am not going to nag too long about what I have done these days. I've been busy myself with assignments, volleyball and my new blog. I love busy life! Tak payah fikir benda lain selain belajar.

Kelas falsafah ilmu best, tapi nota memang tak faham. Ugh, lebih rela ambil pharmacology haha. Dr NoorHisham does know how to make class cluttering and understanding his teaching. He made us think like Aristotle.

Tapi, ada satu falsafah Dr NoorHisham buat aku terfikir. Dalam menuntut ilmu ini katanya, sebenarnya orang yang boleh bercerita apa-apa atau tahu sesuatu benda itu bukan semuanya orang yang berilmu.

"Contohnya, seorang ahli ulama agama Islam bukanlah orang yang berilmu apabila dia hanya mampu mengulas sesuatu perkara hanya menggunakan kepakaran agama sedangkan dia tidak melihat perkara itu dari sudut yang luas. "


Aku setuju dgn statement ini. Bila aku tanya apakah ciri-ciri orang yang berilmu, inilah pendapat beliau;


" Orang yang berilmu ialah orang yang tahu mengenai sesuatu perkara dan boleh mengaitkan perkara tersebut dengan perkara-perkara yang lain dan mempunyai paksi dan sumber yang sahih.."

Kalau Dr hidup sezaman dengan Plato atau Aristotle, mesti nama dia tercatat dalam buku falsafah hari ni. ^^

Moral of the story, menuntut ilmu ini perlulah melalui sumber dan betul supaya tidak berlaku kekeliruan.

Kata beliau lagi;

"Jangan takut buat salah, buat salah adalah perkara biasa setiap manusia lakukan dimana kesalahan ini adalah dalam bentuk proses mencari kebenaran..itulah falsafah"


" Di dalam falsafah tiada betul atau salah, setiap tokoh falsafah yang terkenal atau terkemuka dunia boleh dikritik, kerana kita boleh mempertikaikan ontologi, epistomologi dan aksiologi dari pendapat mereka (tokoh falsafah)"


" Pada masa sekarang, kebanjiran maklumat adalah masalah kepada generasi kini. Masyarakat menjadi keliru untuk menapis maklumat yang mana baik, atau yang mana lebih baik. Maklumat ini bukan ilmu..ianya hanyalah pengetahuan semata sebab tiada asas rujukan yg sahih "


" Di akhir pengajaran falsafah ilmu ini, saya nak kamu faham kenapa perlu belajar ilmu veterinar ini. Bukan hanya untuk mencapai cita-cita sahaja, atau takdir Tuhan untuk ambil kos ini, tetapi kebenaran dan relevennya kenapa kita memilih untuk mengambil kos ini.."


Amat mengagumi Dr NoorHisham. Beliau mampu memberikan jawapan dan pendapat high-class dan membuatkan kita terfikir hakikat kebenaran dalam menuntut ilmu ini.



Ps: Think like Aristotle!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Not a great pretender

I must say I am not a great pretender! I was good at it, but not now anymore. This is like wearing a masquerade to cover all the insanity hide within it. The problem is, whenever I see this person, I just don't know how to act. I tried to be professional, but I can't. My eyes run from meeting his/hers. That makes me not a good player after all.

Hipocrite? Yes..bloody damn right

Bencinya...macam mana nak hilangkan rasa sangka buruk kat orang lain? Buat aku rasa tak tenteram je. Aku pun rasa diri ni macam jahat sebab tak mampu baik dengan semua orang walaupun memang kita tak boleh suka semua orang.

Sebab tu Tuhan tak bagi manusia kuasa yang boleh baca hati semua orang. Kalaulah boleh, habis la dunia ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kejutan!! surprise

Hari ni aku mula masuk kelas. Masuk je terus kena attack dgn Dr Norhisham tanye kenapa semalam tak datang. Macam cikgu sekolah je haha. Aku jawab "baru balik" dia tanya kenapa baru balik. Aku jawab "book tiket lambat" dia tanya kenapa book tiket lambat. Aku jawab "abah yang book" Dia tanya lagi kenapa ayah yang book " Aku cakap "kredit kad dekat dia" bla bla bla last sekali dia cakap jawapan aku susah dia nak terima..ok, penangan ponteng kelas sehari haha

Dr Norhisham ajar falsafah ilmu, soalan dia tadi tu soalan radikal, nak tau punca akar umbi. Blurr jugak la aku masuk kelas dia ni, soalan-soalan dia semua buat kita kena fikir macam Aristotle. Tapi yang best, aku suka Dr Norhisham ni, dia membuatkan semua orang berfikir tentang hakikat kebenaran.


Lepas kelas pegi klinik mintak ubat selesema. Baru time tu aku tau result dah keluar. =.='' Tapi aku check pukul 1 sebab aku ada kelas kenegaraan.

Kenegaraan sgt best. You could see my excited face when Dr Azizul start to talk about nation, history, perundangan and all. Can't wait for the assignment!. That'll brush up my knowledge about Malaysia and refresh the history-the subject I was in love during school


Check result: 3.82 alhamdulillah, tak sangka boleh score. Paling mengejutkan pharmacology aku dpt A. Maintain dean lagi :) Tak sia-sia tutup sebulan FB. Hehehe. Hasil doa mak abah serta kawan-kawan, diri sendiri, serta hasil usaha telah membuahkan hasil. Alhamdulillah, syukur atas segala-galanya, aku berpeluang nak pentas terima anugerah dekan lagi :)

Kepada yang tak dapat dean list or sikit lagi nak dapat, bersabarlah, dengan usaha yang maksimum bukan mustahil untuk memperolehi kejayaan. Dean list, pointer bukan benchmark untuk segala-galanya. Mereka hanya tiket untuk bergerak ke level seterusnya. Apa yang penting usaha dan kemahiran serta minat anda dalam bidang yg diceburi.

Ucapan terima kasih saya khas buat Mak abah yang selalu support dan berdoa untuk aku, lecturer-lecturer, kawan-kawan Probono, Lolot roomate tersayang, dan rakan-rakan yang lain. InsyaAllah kita usaha bersama untuk peperiksaan yang akan datang.


ps: Excited gila! Hehehe.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sebelum balik

Thanks to yesterday, I couldn't update my second blog. Aku bertekad nak update hari-hari tapi blogger.com ada masalah, so tak dapat nak update. =.=''

***************************************
Semalam ikut abang aku jalan-jalan dgn Kak Tini kat Sungai Wang Plaza. Mula-mula aku tak nak ikut sebab hari ni (sabtu) nak jalan-jalan dgn best fren skolah, si Lela. Nanti habis duit. Abang aku insisted suruh ikut pastu dia cakap dia nak belikan aku baju untuk annual dinner aku vetnite nanti.

Buang tebiat ke ape abang aku ni?

So, pe lagi orang dah nak belanja pegi je la kan..hehe

Mula-mula pergi Astro kat Bukit Jalil sebab nak dapat tiket free tengok Maharaja Lawak (idea abang aku) tapi bila sampai sana guard cakap dah habis, so pulang dengan hati yang hampa. Haha. Aku tak berminat pun, tapi 1 family aku suke termasuklah mak aku =.=''


Pastu sampai ke Sungai Wang Plaza, hampir 3 jam cari baju aku, pusing 1 mall, sampai 6.40 ptg. Kelam-kabut solat asar, first time aku rasa tak penat berjalan sebab cari baju shopping. Banyak dress murah-murah, sale sana sini, tak tau nak pilih mana 1.


Ada 1 dress cantik, aku dah try memang cun, pastu aku cakap dgn abang aku nak round tengok kedai lain, pastu bila tak dapat, datang balik kedai ni, last-last ada orang dah beli. Dah la baju tu tinggal 1. Melepas..


Kedai yang sama, cari dress lain. Tapi ade satu salesgirl indon bodoh marah kat aku, sebab aku masuk fitting room tak beratur. Kalau ye pun, cakap la kat customer elok-elok, yang ni cakap marah-marah nasib time tu ramai orang, kalau tak nak je aku speaking kat dia, sedar la sikit awak tu orang mana, nak belagak pulak. Bodoh nye indon!

Satu lagi kes, dress dah pilih, mintak sorang salesgirl ni cari yang baru sebab yang aku pegang tu display, dia cakap baju tu dah habis. Pastu abang aku suruh tanya lagi sorang salesgirl ni, dia cari pastu jumpa, dia bagi kat abang aku, pastu abang aku tunjuk baju tu kat salesgirl yang first tu, pastu salesgirl first tu gaduh dgn kawan dia depan aku, dia cakap dress tu kaler lain, last-last salesgirl first tu kalah, memang baju tu banyak lagi pun.


Kes lain, kak Tini mintak accessories rambut yang baru bukan yang display, dia cakap dah habis.


Apasal la sume pekerja indon kedai tu bodoh dan malas nak cari? Nasib baik baju kedai tu semua cantik-cantik.


Dress aku biasa-biasa je, boleh pakai dinner dan jalan-jalan, aku pun taknak bazir-bazir beli dress tapi tak pakai, duit orang, bukan duit aku.


Tak boleh tunjuk gambar..nanti tak surprise malam vetnite hehe


Tetibe pulak aku rasa sayang dengan abang aku, jarang dia nak belikan aku barang. Hehehe. Tapi tak beli pape pun aku tetap sayang dia, even though we fight a lot. But he will always be a brother to me :)


Hari sebelumnya pegi tengok cerita KONGSI, ni pun abang aku belaja gak. Besok tanyangan (12 mei 2011) tapi hari ni dah beli tiket. Abang aku dapat tiket pkul 9.30 mlm. Itupun 12 mei punya seat semua dah sold out. 1 family pergi dengan Kak Tini. Sebelum tu masuk YAMAHA music sebab parents aku kan minat music. Aku je entah ikut gene sape, hehe


Best piano ni
Dating with a musician is not a bad idea kan? hehe



Moment of truth, harga piano ni boleh bayar JPA aku haha

\

First baru aku tau yang bende ni drum electronic =.=''



Muka abah yang fokus tengok bende2 ni



Bilik guitar


Tengok movie KONGSI best giler!! First time aku terminat Shaheizy Sam, semua watak dia boleh main, sedih, ganas, comel, apa-apalah. Congrates Farid Kamil, movie ni best la. Ada part yang tergantung tapi aku rasa dia nak buat KONGSI 2 kut, Huhuhu


Papepun cuti kali ni best, semua orang belanja aku., makan sedap, naik 2 kilo, mak aku supportive bagi je apa yang aku nak makan. Huhu. Yela lepas ni bulan 8 baru balik rumah.


PS: Chicken Chop KFC tak best la, kecik better beli snack plate. Yang best pasal chicken chop KFC ni, brown sauce dia sedap. ^^


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari makan

First of all, kepada orang yg tanye soalan formspring kat bebaru ni, minta maaf aku lambat reply, aku terlupa password hehe. Ada orang tanya CGPA aku dgn kenapa blog aku tak boleh komen, sorry la, ada sebab kenapa aku tak boleh beri. Personal matters.


*************************************************

Cuti kat rumah tak banyak bende yang aku buat, kononnye masa cuti seminggu ni nak belajar masak, tapi entahla kenapa tak berjaya pun plan aku ni. I'm so doomed at cooking. Semalam mak aku suruh potong timun halus-halus sebab nak bagi jiran laksa penang, tapi last2 kena marah sebab aku potong agak tebal. Sedih tau, mak aku cakap aku tak ada cooking skill. Last-last mak aku yang buat semua.


Bulan 7 ni dah nak buat latihan industri kat ladang ayam or babi (tak pasti) kalau aku ditempatkan dengan group yang pandai masak tak pe lagi, tapi malula weh, aku tak pandai masak. Mintak-mintak tak dapat 1 group dengan budak laki. Paham-paham jelah. Masa latihan industri kt Ulu Lepar pun nasib baik partner aku Yana pandai masak, aku tolong sikit2 je la. Siang ikan pun tak pandai. Apelah teruk aku ni?

Setakat tumis-tumis, goreng tu boleh lagi, yang tak pandai macam buat kari, sambal, etc etc


Lebih suka bakeri sebab bakeri sedap. Mak cakap dia tak suka bakeri lepas lahirkan abang aku. Dia rasa mual kalau cerita bakeri. Kalau nak makan beli je, tak payah buat.


Bila dah tau macam ni, sah confirm aku tak layak berkahwin lagi hahaha XD

Ok, mari tengok makanan kegemaran aku!



Favorite aku kue tiaw ladna. Tapi makan kedai je la



Hingga menjilat jari ^^


Salah satu sebab kenapa tak boleh tinggalkan Malaysia


Kue tiaw sup


Char kue tiaw- makan berpantang




Big Apple donut and donashi..meleleh


Ikan patin tempoyak! Only in Temerloh!


Auntie Anne pretzel ^^


KFC. Sape yang tak suka kan?


Ayam masak merah. Sumpah mak aku buat sedap


Ikan bakar :)


Laksa penang


Laksa johor


Sizzling mee makanan wajib di shopping complex



Ps: Kalau macam ni sampai bila-bila tak kurus haha



Pss; Terliurkah? haha :b



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Munafik

"Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Ada tiga tanda orang munafik; apabila berbicara ia berbohong, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila dipercaya ia berkhianat."

Adalah orang munafik termasuk golongan orang yang tidak mendapat hidayah atau petunjuk dari Allah, sehingga jalan hidupnya yang ditempuhi tidaklah mengandungi nilai-nilai ibadah dan segala amal yang dikerjakan tidak mencari keredhaan Alah.

Orang munafik adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal hatinya engkar. Perbuatan orang munafik disebut Nifak. Mereka ini hanya pada mulutnya sahaja, kemudian dalam perbuatannya sehari-hari nampak baik, tapi hanya tipu helah belaka.

Ertinya segala amal perbuatan yang dikerjakan itu bukan ditegakkan di atas dasar keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah, akan tetapi hanya didasarkan pada perasaan dan hawa nafsunya semata-mata untuk mencari muka, penampilan, mengambil hati dalam masyarakat dan pandangan orang belaka. Segala perbuatan baiknya itu hanya dijadikan tempat berlindung untuk menutupi segala keburukan I’tikad dan niatnya.

Tanda-tanda munafik.
a. Ingin menipu daya Allah.
Firman Allah s.w.t. yang maksudnya : “Dan diantara manusia ada yang mengatakan,’aku beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian,’padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman.Mereka itu hendak menipu Allah berserta orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri,sedang mereka tidak sedar”
[Surah Al Baqarah ayat 8-9]

b. Lebih suka memilih orang kafir sebagai pepimpinnya.
Firman Allah maksudnya:
“…..(iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan disisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah”
[Surah An Nisa’ ayat 139]

c. Tidak mahu diajak berhukum dengan hukum Allah dan RasulNya.
Firman Allah s.w.t. maksudnya :
“Apabila dikatakan kepada mereka (org munafik) :'Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul,' nescaya kamu lihat orang-orang munafiq menghalangi (manusia ) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu”
[Surah An Nisa ayat 61]

d. Malas menegakkan solat, tapi kalau solat suka menunjuk-nunjuk (riak)
Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Dan bila mereka berdiri untuk melaksanakan solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riyak dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka itu menyebut asma Allah, kecuali sedikit sekali .
[Surah An Nisa ayat 142]

e. Berdusta apabila berkata, menyalahi janji dan khianat (pecah amanah)
“Tanda-tanda orang munafik itu ada 3 macam, apabila berkata suka berdusta,apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat”
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ]

Pengaruh munafik bagi kehidupan bermasyarakat.
Dalam sejarah telah banyak membuktikan bahawa umat Islam zaman dulu sering diperdaya oleh orang munafik dan hal itu akan berterus sampai zaman sekarang bahkan zaman yang akan datang dari generasi ke generasi. Oleh kerana itu kita umat Islam dimana saja berada hendaknya berhati-hati terhadap orang munafik yang berhasrat mematahkan semangat juang kita umat Islam, memporak-perandakan kekuatan Islam, memadamkan cahaya Allah ditengah-tengah orang Islam dan selalu kerosakan dan kekacauan dimana-mana.


Ps: Subahanallah, jauhkan aku, keluargaku, rakan-rakanku, pemimpinku dari tanda-tanda ini

Taken from abubasyer.blogspot.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Politik lagi..

Baru sedar yang sebenarnya aku kuat membangkang
Cuma kalau masuk debat mesti kantoi sebab tak pandai susun ayat macam Maman Peserai
Lagipun aku suka shoot, orang takkan suka tone suara aku
Cara cakap macam nak attack orang je, kalau orang yang panas baran dah lama aku kene lempang
The weakest point is that aku takde courage nak cakap terang-terangan. Aku berani membangkang kat belakang je.
Bila nak jadi kuat ni?? tak puas hati cakap je la kan.
Ada point tapi tak berani nak suarakan, sebab takut diattack balik sampai tak ada point nak counter attack orang tuh.

Topic yang aku paling suka kalau bab membangkang ni adalah berkaitan dgn politik dan isu-isu dunia. HEHEhe.. tapi topic yang inilah aku takut nak berdebat. Aku rasa sebagai warga Malaysia yang sudah menginjak umur dewasa PATUT tahu situasi politik negara before making judgement. Sape yang rasa politik ini satu hal yang tak penting, anda SILAP. Anda ada pilihan untuk tidak masuk campur hal politik (yang tak beri faedah pada aku dan anda) tapi anda perlu memahami situasi politik semasa agar jadi seorang warganegara yang prihatin dan bijak membuat pilihan.

Memang semua politik KOTOR dan susah nak percaya. But try to think the consequences, bukan salah parti itu sendiri, masing-masing memperjuangkan prinsip parti mengikut kepentingan individu dan negara, but what matters is the personality of the leaders of the parties itself. Yes, personaliti pemimpin itu sendiri yang menentukan kiblat perjuangan parti masing-masing.


ps: Uh...cakap macam politician pulak. Saya cuma pemerhati politik saja ^^


pss: Sesiapa rasa nak berhujah inbox la fb aku, blog aku tak boleh dikomen..hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berhenti berharap

Kenapa Allah ciptakan perasaan indah antara lelaki dan wanita?

Aku tak mampu menipu diri sendiri, aku sukakan seseorang
Jauh dari nyata aku bukan pemilik hatinya walaupun aku suka dia
Adakah hatinya sudah dimiliki?
Adakah dia masih tercari-cari seorang soul mate?
Yang pasti aku bukanlah insan bertuah itu..
Tapi aku seakan masih menunggu dia
Aku tak mampu jadi seperti dirinya, seorang muslim sejati
Sedangkan diriku banyak kekurangan

Tolong pesan dalam hati supaya berhenti berharap,
Aku tak nak bertepuk sebelah tangan, selepas apa yang pernah aku lalui kerana aku belum mengenali hatinya dan dia belum pernah mengenali hatiku (and never will be)
Aku nak cari seorang lelaki yang baik macam dia, sedap mata memandang
Yang cukup ilmu dunia akhirat untuk bimbing aku
(kalau boleh nak dia la hehe)
Tapi, sedar diri la sikit, aku ni sape je

Aku percaya pada janji Allah
Dia akan kurniakan lelaki yang baik untuk aku
Di saat titipan doa depan Baitulharam, aku percaya setiap kurniaanNya

Berdoalah..



ps: Buat seseorang yang jauh dari mata, tapi dekat di hati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

end of sem 4

Hidup macam vogabond lepas final exam. Best sangat-sangat walaupun banyak duit habis. Aku banyak terhutang budi orang-orang yang banyak menggembirakan hidup aku selama ni. Terutama sekali kepada keluarga kak wan nasrah, yg sangat sangat welcoming aku walaupun kami tak rapat mana pun.Sampaikan laundry aku pun senyap-senyap mama basuh tau2 je dah kering. Bawa pergi jumpa saudara mara dan masakkan macam-macam makanan sampai tengah malam pun kene makan =.=''. Hehe

Tak dilupakan keluarga Paan, yang sanggup masakkan ikan patin tempoyak temerloh. Terima kasih banyak-banyak. Thank you mak cik, pakcik

Akmal dan Paan, bestfriend yang menemani aku cuti ini. Walaupun jeles tak dapat main kat Gambang Waterpark tapi kehadiran korang sudah cukup menemani hari-hari aku :) Teringat time masuk gua yang gelap tu, dahla aku paling penakut, pastu pulak senggugut teruk.

Asma Munshi, bestfriend yang selalu pegang kuat tangan aku selama ni, aku sayang ko!

*****************************

Banyak pengalaman yang aku dapat hasil 'vogabond' ni. Paling menginsafkan aku tengok sepasang suami isteri dalam train tidurkan anak mereka sampai si ayah tak de tempat nak duduk terpaksa duduk dalam surau. Perjalanan 8-9 jam dari kelantan ke pahang selama itulah mereka bertahan dengan budak kecik tu.

Bila tengok macam tu, aku terasa kesian sangat. Mungkin selama ni aku selalu hidup senang tanpa susah, jadi aku rasa sangat-sangat bersyukur dengan apa yang aku ada selama ni, walaupun apa yang aku nak tak selalu dapat.

Terharu melihat kebaikan orang terhadap diri aku. Selama ni, bagi aku kebaikan yang orang lakukan hanyalah untuk mendapatkan apa yang mereka nak tapi aku juga yang silap. Tak semua macam itu, diwaktu susah inilah mereka membantu. InsyaAllah, I'll repay you back one day, every single kind you gave.

Perjalanan ke VRI Ipoh dan Zoo Melaka Alhamdulillah berakhir dengan baik. Tak ada kontroversi yang melanda dan semua orang gembira.

Terlalu banyak untuk ditulis, tengok je la gambar2 yang tak banyak ni, gamba aku banyak kat kamera orang lain haha




Makan char koew tiaw ipoh
langgar pantang makan udang =.=''



♥♥♥



Orang Utan


Lemur, kesian kau kene makan tissue, sorry =.=''

Depan A famosa



Siyes, lawa gila pengantin ni..nak jugak pakai dress ni!

Belakang church St Francis Xavier


I really fascinates this church!



ps: Korang jangan tengok cerita "Seru"!





Kira jari dia!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS