Today is the third week I'm stranded in this hell. Oohh bukan hell, aku suka jugak tempat ni, tapi...
Yelah, mengaku aku suka ladang PD ni!
First and second week masuk farm ditemani oleh supervisor En GG, first time aku tgk anak ayam banyak-banyak agak jakun la jugak. Asyik membelek je anak-anak ayam tu. Dan first time belajar debeaking. Menakutkan sebab bakar mulut chicks guna besi panas pastu besi panas tu hampir kena terkena kat jari. best ^^
macam ni la gaya first time aku pegang anak ayam. ganas kan?
sea of chicks
Kat farm ni, tak banyak kerja sebab semua mesin yang buat. Cuma jaga anak ayam umur sehari sampai 5 hari leceh sikit sebab dorang ni mengada-nagada, sikit2 mati, patsu kena tuka baby drinker and kena bagi vaccine dgn deabeaking.
debeaking. bayangkan perasaan anak2 ayam tu..mesti sakit
Innalillah...
1st time post moterm anak ayam!!
Rumah kami ke ladang jarak kira-kira 2 km, pegi balik 4km (jalan kaki + panas+ bahang), tapi farm ni bagi makan 3 kali sehari, so jangan haraplah dpt turun berat. makin gemuk adelah, ketat kot seluar aku 2 mggu kat sini =.=
Ketua supervisor kami @ manager ladang Dr Liew sgtlah strict. Aku rasa semua pekerja dia takut dengan dia. Tapi dia okey je dgn kami.
Ada satu incident memalukan, aku pakai boots dalam house flock tiba-tiba aku rasa geli semacam sebab boots tu ada lipas, pastu terus aku jerit sampai menangis. Semua pekerja nepal tgk aku. ouishh malu kut.
Blood sampling (wing vein)
Timbang berat ayam (sumpah berat)
jgn kacau telur aku!!
Model ayam jantan Cobb 500
Muka-muka bosan
Meh kena penyepak..
Minggu ketiga masuk hatchery. Mula-mula ingat best sebab kerja dalam factory bukan kena berpanas duduk ladang, tapi sekali kena kerja 12 jam straight. Tahan bau lagi >.<''
Lepas telur dari farm kena fumigation, masuk cold room untuk setting preparation. sejuk oo dalam ni. kena susun telur dalam setter trolley sebelum masuk incubator
trolley ni
Mesin incubation (setter) sumpah weh kalau korang masuk sini mesti korang ternganga. sebab sangat canggih. lepas telur ayam dari farm masuk sini incubate 18 hari, barulah keluar unutk proses candling
Candling- check telur ada anak ayam atau xde. aktiviti pertama kena buat berdiri dari pkul 10 pg sampai 3 ptg. patah pinggang den..berterusan sehingga minggu depan kena buat benda ni. tp sekarang dh ok sebab dah terbiasa. Paling best 2 kumpulan candling terdiri dari pelbagai bangsa berlumba siapkan candling. Dorang kena candle 115200 telur sehari. hahaha sampai pecah2 telur dibuat sebab nak menang. Pekerja-pekerja kat sini semua sporting abis.. telur yang rosak (telur tembelang) boleh pecah kalau candling dan keluar bau yg sgt2 busuk dari babi. seriously! im not kidding. nasib baik tak pernah pecah kat tangan aku. dah abis candling terus masuk hatcher basket dan tunggu anak ayam keluar 3 hari selepas tu
Breakout analysis- check embryo mati stage mana
kusyuk betul..
ta daa!! anak ayam dah keluar. comel dan busuk
Digimon keluar telur
Anak ayam yang lambat menetas.
Masuk kotak anak ayam. pilih yg cntik je
Camni la..1 kotak ada 100 ekor
Lepas masuk kotak anak-anak ayam kena vaccine sebelum masuk lorry. Vaccine subcut pakai mesin yang bunyi macam stepler je tengkuk anak ayam tu
time aku buat vaccine!
aku vaccine hampir 100 kotak yang anak 100 anak ayam sekotak. Hebat tak?? hehe. ade gaklah ayam ayam tu berdarah sebab tersilap vaccine hehe
Gambar-gambar kat bawah contoh anak-anak ayam cacat.
Black button navel
alahai comel budak ni tak sampai hati aku nak ambik gamba dia.. sob sob T.T
Torticollis (kepala senget)
Star-grazer
anak ayam ni bukan saje2 masuk akrobatik tapi memang kepala dia biul cmni sebab salah posisi telur. kesian..boleh masuk gimnastik haha
Anak ayam 3 kaki (xtaw nama scientific dia)
mutated abis budak ni
Anak ayam kaler hitam. 1 in 10000000
sempat aku lukis bende ni
Minggu yang sngguh meletihkan, tapi seronok kerja kat sini. Sebenarnya, ia telah mengubah pandangan aku yg tak semua pekerja kilang esp india tak baik. tapi mereka sangat baik, walaupun mereka tau kami student vet, tapi mereka tak pernah nak sombong, peramah dan siap bagi tunjuk ajar lagi. Hubungan 1 malaysia mereka sgt rapat, sentiasa ketawa bila kerja bersama. takde langsung sempadan jurang berlainan kaum. mereka jugak kuat kerja tak macam kami yang lemau tak sampai 2 jam kerja. haha
Takkan aku jumpa hubungan perpaduan ni kat KL.
Semalam hari paling best, kawan2 praktikal dari melaka dtg melawat kami siap bawak telur puyuh rebus lagi. huhu sayang korang
From Melaka to PD
bergambar dgn remy ishak hahaha
♥♥♥
Lagi seminggu je aku kat sini. Alhamdulillah, result scientific research aku dah dapat dan kena buat scientific paper je. Segala apa yg diajar kt sini harap akan ingat sampai bila-bila. Pengajaran lain yang aku dapat ialah kita kena pahami cara-cara kerja walaupun mencuci supaya orang bawah tak boleh tipu kita bila dah pegang jawatan tinggi. Kita juga perlu sentiasa tegas (bukan kejam) supaya semua pekerja hormat (bukan takut) dan kerja jujur supaya environmen kerja harmoni, macam dlm farm ni.
Ramadan sudah tiba..Hopefully Ramadan kali ini membawa seribu makna dalam hidup aku. Bulan ni lah aku nak memperbanyakkan amalan aku yg susah nak bertambah ni. Hahaha
Selamat berpuasa!!