RSS

minggu 1

Yah! sekarang tengah online kat office di Ladang Sua Betong. Baru kat sini dpt WIFI untuk online dan buat research paper. So, membazir je la tiap2 bulan aku byr broadband tp tak guna pun.


**alamak lupa nk bwk USB nokia tak dpt upload kerja aku kat ladang ni..


Ladang yg aku tgh praktikal ni nama dia FFM Farms Sua Betong terletak kat Mukim Linggi PD. Ladang ni mengeluarkan anak ayam untuk dipelihara kepada penternak ayam komersial. Tapi ladang ni jual anak-anak ayam sahaja, bukan yang kat pasar tu. Nak aku terangkan lebih nanti tak paham, only chicken husbandry dan vet je yg tau. Haha :b

Pada mulanya hati aku bukan di ladang ayam ni, aku lebih minat nak pergi ladang babi, sebab aku tak suka kepada ayam-ayam yg banyak hama, dan leceh. Aku suka haiwan yg sederhana besar macam babi tapi takdir menemukan aku dgn ladang ayam so kena la pergi.

Member praktikal aku: Mira, Asma dan Farah.


Alhamdulillah, kat sini best walaupun 6 hari seminggu kerja. Farm ni sediakan rumah yg lengkap dengan semua peralatan, TV, sofa, mesin basuh, dapur untuk masak, katil queen, dan yang paling best makan 3 kali sehari, jadi terpaksa lupakan harapan nk kurus =.=' dahla mak cik kantin masak sedap2, setiap kali bagi nasi mesti licin. huhu


Sudah genap seminggu aku kat sini, banyak perkara aku belajar pasal ayam. Jangan ingat ayam senang nak jaga, susah jugak, kena control cahaya, control makanan, control humidity macam2 lagi la.


Satu pasal company swasta ni, mereka buat kerja sgt cepat, masa punctual dan semua ada protokol. kalau aku kerja kat ladang ni mesti aku pun jadi pencepat masa juga. Time is money, everything is money.

Penyelia kami seorang doktor vet dan seorang vet assistant. Doktor vet kami sporting abis kami bgtau la dia psl assigment kumpulan dgn scientific research individu yg kami kena buat balik UMK ni, dia cakap assigment kumpulan kami pasal ladang ni copy paste je semua company profile ni dan assigment individu tu dia tolong kami carikan tajuk. Hahaha baiknye doktor ni..vet assiatant kami sporting dan rajin gila, semua kerja org bawah semua dia buat sampaikan off day dia pun dia kerja sebab kena jaga kami yg pugut kat ladang ni..hehe

So, inilah tajuk scientific research aku

Production of laying pullets to different feeding time (5.30 am and 7.30 am)

Simple je..tapi scientific sungguh!


So, aku berharap praktikal kali ni berakhir dengan baik dan segala apa yang kami pelajari akan dapat ingat sampai bila-bila. InsyaAllah..


ps: nk letak gamba..nntila ek



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment