RSS

so long 2010

Tonight is the last day of 2010. And here I am, updating this with a glass of hot tea I made myself. Nak diet la kunun. Lately ni asyik nak makan je. Risau gak ni, ade je bende nak masuk mulut. Orange juice program stop for a while sebab kekurangan bajet sementara nak tunggu JPA. Lolot is away with Mira and Zeha to Tudung sell kat blok 6. Aku tak pegi sebab tak berminat dgn tudung zaman sekarang. I'm kind of old fashion girl. So be it.



I don't feel like celebrating new year. I can't find the answer because everyday is just the same ordinary day to me. Nothing special. While others busy and cheering for new year, I rather locked myself in the room and stared at the dark.


Tapi last2, keluar jugak.. =.='' hehe. Thanks to Prof Aung, Akmal, Paan, Hezry :D


Most ppl have their own resolution that they want to achieve. I have my own too. Tak delah terlampau extraem sangat sebab tak tau la dapat buat ke tak but this is at least I must say I may/must achieve in 2011

  1. Lose weight. At most 57 is the ideal weight for me.45kg tu mcm mustahil je. Hehe
  2. Study.No more procrastination! 4 flat!!
  3. Khatam Quran lagi.
  4. Don't speak too much.
  5. Devoted myself toward Allah, Rasul, friends, family
  6. STOP WORRYING!
  7. Control myself-less bitchy
  8. Less tears
  9. Save money
  10. Be good to everyone :)

As simple as that.


What I have achieved so far is rather good. 2010 is the good year and hopefully 2011 is better.


Happy new year Aina Meducci readers :) May this year is a blissful year to you



ps: Baru balik sambut new year dgn bff terbaik!! hehe



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sekadar menginsafi diri sendiri

Ringtone: tutt..tutt...


Aku: Hello..
Mak: Hello adik, buat ape?
Aku: study sikit, penat la hari ni kelas smpai pkul 6ptg
Mak: Oo..Mak kat rumah kawan mak ni, ade hal bisnes
Aku: Oo..tak tengok bola ke?? Abah buat ape? Along?
Mak: Abah tengok cite Indiana Jones kat TV, along baru balik keja tido kat atas. Mak baru je abis katering tadi kat syarikat safura 3 hari turut2. Banyak la jugak dapat. Mak beli barang-barang lagi.

Aku: Oo..oklah cmtu. Mak, JPA tak masuk lagi.. (harap2x dpt bantuan ehsan la kunon hahaha)

Mak: Tak pelah, tunggu je. Kalau xde duit bagitau la..Kawan along tadi datang, kesian dik, kawan along tu baru je start keja, orang susah. Along cerita kat mak dia pergi keja makan 2 biji kuih dgn segelas air pastu pegi kerja sampai la pukul 6ptg. Pastu bila sakit, jumpa doktor, doktor pun cakap nape tak makan?? dia cakap "tak de duit". Sedih mak dengar..

Aku: (Dlm hati; Astagfirullah...beruntungnya aku...)

Mak: Mak kesian dengan dia, bila dia datang umah, mak bagi dia RM100 buat belanja makan, tak sampai hati nak tengok dia mcm tu.

Aku: (Dlm hati: Allah...)

*
*
*
*
*
*
Aku: nak cakap dengan abah jap...
Mak: Jap2..


Abah: Slm adik buat ape??
Aku: tengah study..abah duit JPA tak masuk lg..umk punye psl (dengan harapan nak bantuan wang ehsan hehe)

Abah: Tak pe, duit yang abah bagi tu dah abis ke?
Aku: Belum, tak ambik pon lagi
Abah: Adik, kalau xde duit cakap tau, tak payah risau2 pasal duit. Dok sane belajar je. Tak de duit bagitau abah. InsyaAllah akhir bulan 1 ni abah dgn mak datang kelantan tangok adik..

Aku: Hmm..ok2 nanti adik bayar balik kat abah tau. bgtau nanti adik dah kaya, adik bayarla kat abah balik.hehehe. adik nak simpan RM500 untuk ambil driving lisence nnti short sem (dlm hati: JPA..cepatla masuk..)

Abah: boleh2..

Aku: Abah, Qullip buat ape??


*
*
*
*
*
*

Letak je hp, tetibe aku nangis teresak-esak sangat. Bila aku ingat balik cerita mak aku tadi, terus aku insaf diri sendiri. Beruntung aku dapat mak abah macam ni, yang tak nak tengok anak susah sampai tak makan. Bayangkanlah betapa kesiannya kwn abg aku tu, kalau aku berada kat tempat dia mcm ne? bolehkah aku survive?


Ya Allah, berkatilah ibu bapaku kerana tolong seorang insan yang serba kekurangan. Murahkan rezeki mereka, kurniakan syurga buat mereka..


Mak, seorang wanita yang berjiwa keibuan, walaupun bukan anak dia pun dia tolong..nape aku suka melawan mak? kenapa aku selalu sakitkan hati mak yang melahirkan dan membesarkan? nape aku degil sangat? nape aku tak boleh jadi anak solehah macam anak orang lain? berapa persen aku sanggup berkorban demi mak berbanding mak yg berkorban demi aku? kenapa hati aku keras dan tak sebulu dgn dia? adakah aku anak derhaka?



T.T




Baru sedar yang selama ni aku memang buta perasaan dgn darah daging sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penat tapi best :)

Wednesday is the most tiring day of the week!! Wan suk (Wednesday in Thai) is extremely not my favorite day this sem. I have classes started on 10am - 6pm straight so just imagine how I was in the class.


Gosh, gila blurr

Today I feel like a real vet. Hahaha, dapat buat demo cat's injection by using real syringe and antibiotic. Thank you Prof Aung!!

Tapi dah excited tu plak lupa nak ambik gamba, hahaha sengal XD

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, JPA masuk 3 Januari ni..huhuhu kaya2x. Intan, jangan membazir macam dulu lg!! huhu

Gambar-gambar kat bawah ni menceritakan segala hari-hari aku pd minggu ini. :)

Mimi Kutu. Jumpe merayau-rayau depan bilik..comel kan??



Trip to Pasir Puteh; Ladang Ayam

Eggs~


xde keje..sengal XD


Polydactyl Cat. huhuh cube kire bpe jari dia ada?
jgn plak kira jari org yg pegang tuh..huhu





ps: mengantuk giler study immunology ni..hmm,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku dan Dia

Aku bukan macam dia, dia yang kau orang suka sangat sangat tuh!


Dia cantik
Aku tak cantik.. (comel je kut hee~)

Dia kurus
Aku gemuk (well, xdelah gemuk sgt.. hehe :b)

Dia lemah lembut
Aku kasar sikit

Dia pandai belajar
Aku takde lah hebat macam dia

Dia pandai masak
Aku ni pandai makan je

Dia pandai jahit
Aku jahit pun tunggang langang

Dia teror speaking bi
Aku band 3 je

Dia muslimah sejati
Aku takdelah muslimah sangat

Dia kawan dengan 1000 orang
Aku kawan 10 orang je

Dia bijak berkata-kata
Aku bijak melawan

Dia ramai peminat
Aku tade peminat

Dia selalu dipuji
Aku selalu dikritik

Dia pandai menyanyi
Aku selalu disuruh diam, sebab nanti hujan

Dia selalu tengok movie-movie dgn lagu-lagu baru
Aku suka lagu-lagu zaman mak-mak dulu..tk pandai lagu2 baru ni

Dia pandai bergaya
Aku tak pandai make up

Dia kreatif dan inovatif
Aku copy orang punye je

Dia punya barang sume standard
Aku punye sume "made in China"

Dia pandai ambik hati orang
Aku pandai sakitkan hati orang


*************************

Banyak sungguh perbezaan aku dan dia. Kami kurang persamaan. Bagai langit dan bumi. Dia ada semua ciri-ciri seorang wanita yang patut ada. Kelihatan begitu sempurna di mata orang lain.

Tapi, tak perlu jealous yer, baik jadi diri sendiri. Tu lagi bagus.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Me vs Novels

Ok, this time cerita pasal novel pulak. Aku tak suka sangat baca novel-novel ni. Seriously I'm telling you, better aku baca buku sejarah setebal 500++pg daripada baca novel especially novel cinta. Entah la, aku pun tak tau kenapa, pernah lah jugak baca novel alaf 21; Bicara Hati. Cerita dia memang best, lain dari yang lain. Tapi setakat tu je aku baca, nak sambung cerita lain, hati dah tawar dah. Kawan-kawan aku ramai je layan novel-novel cinta ni, concentrate habis.Hehe.


Kalau novel melayu, aku suka baca yang misterius macam cite Ramli Awang Murshid dgn Zaifuzaman Ahmad. Hantu

Aku lebih suka english novel (bukan nak show off). Tapi dari segi penyampaian dari novel melayu bagi aku english lagi best kut. Habis la aku kalau A.Samad Said bace blog aku hehe. Jalan cerita yang bukan cinta cintun tp penuh fakta. Lagi 1, boleh la improve vocab aku bila baca novel mcm ni. Tapi bukanlah english tahap cambridge gitu. huhu

Ciri-ciri novel yang menjadi favorite aku

1. Jalan cerita misteri
2. Ade selit-selit sejarah dan politik
3. Revenge
4. Love
5. Motivational
6. Facts
7. Places


Campurkan semua dalam 1 cerita, novel tu lah yang aku baca. Mi favorita!


Author favorite aku; Sidney Sheldon. Aku dah bace almost suma buku-buku dia. Nak beli mahal, yela international seller kan.So pinjam kat library. Aku develop minat kat novel dia masa time di matrik lagi. Masa tu roomate bawak balik buku dia " If Tommorow Comes". Aku baca sinopsis novel dia and pinjam jap kat roomate aku. Best cerita dia. 2 hari je baca dah abis. So, aku sendiri pegi library dan pinjam buku lain. Novel-novel dia suma ade ciri2 yg aku nak.


I'm encouraging you guys to read his novels! Anda akan sukakannya! Dalam banyak-banyak novel, this is my top 3 favorite;

1. Master of The Game

Novel terbaik pernah aku baca seumur hidup!


Mengisahkan tentang 3 generasi keluarga James yang berasal dari England pada kurun ke-18 yang berhijrah di South Africa untuk menjadi pelombong berlian. Ian James yang berusia 18 ketika itu, meninggalkan keluarga dan berhijrah ke SA untuk mencari pekerjaan daripada seorang tauke berlian berbangsa Belanda. Akan tetapi segala penah lelah Ian menjadi sia-sia apabila dia dikhianati oleh majikannya sendiri. Demi membalas dendam atas perbuatan kejam majikannya, Ian berpakat dengan seorang hamba kulit hitam mencuri berlian di lombong kepunyaan majikannya dan memikat anak perempuannya, Margeret sehingga mengandung. Margeret disisihkan dan anak lelaki itu diambil oleh Ian. Akan tetapi, berlaku satu rusuhan di SA menyebabkan anak Ian mati yg ketika itu berusia 10 tahun. Kate James; anak kedua Ian bersama Margeret dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan serba mewah sehingga Ian meninggal dunia akibat stroke.


Generasi kedua mengisahkan Kate James, seorang wanita British kelahiran SA membina empayar perniagaan dari bapanya. Beliau yang begitu bercita-cita menjadi usahawan sehingga mengabaikan keluarga menyebabkan anaknya menjadi gila selepas kelahiran cucu kembarnya Eve dan Alexandra. Berlaku banyak krisis lagi dalam keluarga Kate...


Generasi ketiga mengisahkan kehidupan kembar Eve dan Alexandra James-Blackwell. Eve begitu mencemburui adiknya kerana mendapat perhatian lebih daripada neneknya, Kate james-blackwell sehingga merancang untuk membunuhnya. Akan tetapi sesuatu yang lain berlaku dan anda membuat anda akan menyukai novel ini!! Hehehe


2. The Doomsday Conspiracy

2nd Terbaik dari Sidney Sheldon


Mengisahkan tentang seorang bekas Comander perang US-Vietnam, Robert Bellamy yang ditugaskan untuk menyiasat tentang kejadian kemalangan yang dipercayai UFO yang terhempas di sebuah pergunungan di Switzerland. Bellamy yang baru bercerai dengan isterinya ketika itu bersetuju untuk menyiasat kerana ingin melupakan kesedihan dan meneruskan hidup baru. Menurut perisikan, terdapat 11 orang saksi sahaja yang melihat kemalangan dan Bellamy ditugaskan untuk interview mereka semua.

Tapi peliknya, saksi ke-11 memberithu Bellamy bahawa terdapat seorang lagi saksi wanita (yang ke-12) yang melihat kejadian itu. Bellamu cuba menjejaki saksi ke-12 wanita yang dikatakan dengan mencari balik kesemua 11 saksi yang pernah diinterview itu, akan tetapi, kesemua mereka mati dengan serta merta dan Bellamy diburu oleh seseorang yang tidak dikenali. Siapakah yang membunuh kesemua 11 saksi dan siapakah saksi yang ke-12 itu?



3. Tell me your dreams

Novel misteri terbaik

Awal permulaan cerita ini

" Dear diary, today I'm going to meet a man whom I'm going to marry"

Mengisahkan Ashley Patterson seorang wanita yang workhaholic, Toni Prescott seorang penyanyi dan penari dan Alette Peters seorang pelukis. Mereka sentiasa tidak serasi bersama kerana berlainan character. Toni tidak meyukai Ashley kerana sikapnya yang lemah lembut dan Alete tidak menyukai Toni kerana sikapnya yang kasar dan selalu menyakiti Ashley. Ashley selalu perasan ada orang yang mengekorinya. Rumahnya sentiasa berkunci juga seperti dipecah masuk. Antara ugutan-ugutan yang sering diterimanya oleh orang yang tidak dikenali termasuklah "You will die" yang ditulis dengan gincu di cermin solek dirumahnya.


3 kejadian bunuh-dan-lari berlaku orang 3 lelaki berbeza berlaku di tempat berbeza. 3 mayat dikenal pasti mempunyai kesan bunuh yang sama. Berdasarkan bukti, polis menemukan Ashley sebagai suspek akan tetapi sukar dipercayai kerana Ashley bukan pembunuh berdasarkan bukti alibi yang menyokong teori bahawa beliau tidak berada di tempat kejadian dan walaupun DNA Ashley berada pada ketiga-tiga mangsa pembunuhan. Siapakah yang membunuh mereka??
Anda akan menyukai cerita ini dan akan tertanya-tanya sehingga diakhirnya. Pasti anda terkejut bila tau siapa yang membunuhnya...


*****************************

Try la baca kesemua cerita-cerita ini. Memang terbaekk! ;)


Aku teringin nak baca 1 novel ni. Novel ni dah hampir berusia 80 tahun tapi aku tau cerita dia macam best sebab dia ada sejarah, perjuangan, cinta dan islamik. Novel tu,


Aurthor: Hamka

Novel yang ditulis pada tahun 1938 mengisahkan tentang seorang pemuda berbangsa Minangkabau yang mencintai seorang wanita berbangsa Bugis tetapi cinta mereka ditentang keluarga kerana berlainan bangsa. Wanita itu berkahwin dengan pilihan keluarga dan malangnya perkahwinan mereka tak bahagia

Selain itu, terdapat elemen lain diselitkan oleh Hamka, seperti kecintaan pada tanah air daripada penjajah belanda dan unsur-unsur Islamik yang diterapkan agar novel ini seimbang.


Aku baru je bace sinopsis cite ni. Nak beli tapi tak tau la kat mane jual?? Tak silap aku novel ni menjadi sebuah karya agung Hamka, selain mencetuskan semangat anti-belanda pada tahun 1940-an. Novel pun menjadi inspirasi rakyat.



Hopefully, JPA masuk cepat, nak beli novel ni. huhu





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

how to get rid of this irritating thoughts?

It was just typical days in here. But it have gone very exaggerating, thinking of something that should not bother this mind. Aishh benci la macam ni.



Alkisahnya macam ni..I think I am being goddamned childish. Not mature enough to talk to real professional people. I should have learn more about protocols and ethics, how to meet people, get acquaintance and all. Instead, I'm become more bitchy and I realized that during the very next day..duhh >.<''


Tak macam umur 20 tahun pun aku ni.


Another thing that bothers this mind is how to not-to-make people offend. I think for some reasons, my words is like a razor blade that cuts down people's heart and temper. Why do I think so? do they mind of what I have said or is just me thinking too much??


I have learnt not to speak too much, tapi lain yang jadi. Ya Allah, teruknya aku rasa. Kadang-kadang rasa mahu cerita masalah tapi aku takut pulak kalau benda tu mengumpat org. Tengok ni, sampai dah tak kenal dosa pahala... T.T


Macam mana la ni ek?? I felt a pang of guilt each time I woke up from bed and thinking of what I have been through yesterday. Kadang-kadang aku rasa diri ini macam melampau je tapi..apasal la aku tak pernah nak berubah ni??


Orang selalu cakap, what goes around comes around. Aku takut terjadi balik macam dulu. Pengalaman yang menyakitkan dan tak mampu dikenang disebabkan kealpaan aku dulu. Tapi bila dah happy happy macam sekarang ni, kene beringat gak;


Once bitten twice shy.


Harap-harap segala hari-hariku berjalan dengan lancar. Amin


Fell in love with this subjek.
I like worms haha ♥~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sem 4

Semalam first day masuk kelas sem 4. Subjek Parasitology and enthomology. Semangat hari pertama la kunon. Tapi pelik, pagi2 masuk lab pastu petang lecture. Masuk lab pagi tu, we were greeted by our Dean, Dr Azam. He went to every table and asking what they doing and stuff. Finally he came to my table, looking at me, smiling and said..



" How's your orange??"


Mak aii,, xde bende lain yang ditanye..hahaha. Aku pun jawab la, ok, still keep up with orange juices. Pastu dia ckp aku nmpak kurus sikit. Tu yg best :)


Today briefing agak pening skit. Banyak species cacing kene hafal. Tu baru classification (taxonomy) belum lg species specification. Aiyoo.. pening lecture dalam lab 3 jam, dgn kerusi lab yang xde penyandar. Sakit punggung. Sejuk plak tuh.


Petang lecture memang best. We were divided by groups. Group aku dgn Ban2, rean, lili, yanti dan chia. We were given task to look trough trematodes. Very interesting. Discuss punya psl, x sedar dh nak pukul 6. Tetibe kelas blackout. tp still discuss jugak gelap2. suka la mcm ni. masing2 semangat nk belajar. Hopefully kekal mcm ni smpai abis sem..or sampai graduate. Hehe

************************

Hari ni start with Virology. As usual, Dr Jasbir is eager to teach us. Credits to him! He really want us to study. Byk program kami kat subjek ni. Yang paling syok, pop quiz @ un-annouce quiz. Hahaha. Virology is interesting (wait till you see the species) mostly same macam bacteria. Bnyak species = banyak hafal.


As I updating this, I have realized that we have changed so much rather than in the past. As we crawled through times, we might found ourself very different than we're used to be. Even I am changing. More mature, no more fooling around, devoted myself more to Allah, friends and study for my own good.


Ok, time to get some nap. Kelas Thai II batal hihihi..




ps: rindu kat Kulip. huhu


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sifat-sifat manusia berdasarkan aiskrim fevret

Choose your favorite


1. Chocolate
2. Vanilla
3. Strawberry


Mine : Vanilla :)

* taken from unikaja.blogspot


*****************************

1. Chocolate




Orang yang suke flavor ni selalunye orang tu mempunyai peribadi berhati-hati, pemalu dan bersantai. Mereka pendengar yang baik sehingga dapat menjadi teman rapat yang anda boleh kongsikan masalah. Minatnya menjerumus kepada seni, indie rock, suka tengok TV, dan filem kelas kakap (entah ape aku pun xtaw)


2. Vanilla

SAYA PUNYA!! :D


Peminat perisa vanilla peribadinya adalah berani ambil risiko, dan bermotivasi tinggi di tempat kerja. Mereka berjiwa klasik, seperti mendengar MUSIC KLASIK, dan MENONTON FILEM DOKUMENTARI. Mereka juga tidak mudah ikut sesuatu yg trendy, mereka mempunyai pendirian sendiri.


Ohho..80% betul!


3. Strawberry


Peminat starwberry ni adalah seorang yang pemalu dan setia. Kalau kerja, mereka amat serius dan berdedikasi. Mereka juga ambitious, menerapkan standard tinggi, dan menjaga hubungan dan rakan sekerja especially pihak atasan. Masa bersantai, mereka suka serving internet, suka dengar R&B dan Hip hop.


Suka sume rasa??? sila pilih yang paling dekat dengan anda.


*xde perisa keladi, jagung, blueberry,durian dan sebagainya kat sini. Tak sempat study semua flavor kut. Haha



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

just when to about slap this face >.<''

silly me!

Kekdang main slumber je ckp tak fikir dulu!!
sila tampar cek meducci kalau dia merapu tak tentu pasal!
Dah lame tak kena tampar kut dia jd mcm ni
Oishh...kene berubah ni,
Jadi pendiam sikit
Bak kata Maman peserai, diam itu lebih baik dari berkata-kata
Diam??
soooo not me
Nnti org cakap aku ni buang tebiat plak kalau tetibe diam kan
boleh cakap but dont talk shit
nanti org getting annoyed
dah tau tu, tp buat lg
sengal la aku nih..
kang tak pasal2 ada hati yg terluka lagi,
tak pun buat org panas dgn aku
aiyakk....
penat nak memenangi hati org ni
susah nak jaga, tapi senang nak pecah
kawan-kawan, mintak maaf byk2 kalau kata-kata sy menyakitkan hati anda
kalau marah saya tak bertempat
kalau saya gurau kasar sangat
walaupun saya tak kuat pkul org
tp kata2 saya lebih kuat menyakiti hati org


*************************

Nak berubah!!
Perlukan seorang putera raja untuk mengubah aku ke arah yang baik
sebab aku rasa diri ini belum cukup baik lagi
seriously aku rasa diri aku ni jahat sikit (hehehe)
nak kata 100% baik sgt la BOHONG.
50% pon tak tentu..org selalu ckp aku baik..tapi
jgn hanya lihat pada zahirnya
lihat juga pada hati dan nurani diri ini
Sometimes, I am sooo bitchy (yg ni kawan rapat je la yg tau betapa bitchy-nye aku)
but every girl has their bitchy side..kan??
ada masa aku ni adorable
ada masa, entah la..
pengaruh hormon kut..estrogen!


Ok, lah..perlu berhenti dan berfikir sejenak
Takkan aku perlu terus jadi mcm ni
Kurang ayu lah namanya
Aku perlu berubah..menjadi terbaik
Walaupun susah nak berubah..tp aku cuba juga.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bukan Diriku

After I learned that I'm not the best
to be in your heart,
I cannot doubt it
It's her who could understand you
and it's not me..

Now, please forgive me
When I turn to be silent to you
It's not due to my act,
but my heart is permitted
to understand yours,
Please forgive me

Though I'm still loving you
But I had to leave you
I had to forget you..
Though my heart is missing you
My soul needs you
But I had to let you go...

And it's only yourself,
could know and
could understand me
But it's her who could praise you,
touching you softly,
It's not me

Though I'm still loving you
But I had to leave you
I had to forget you
Though my heart is missing you
My soul needs you
But I had to let you go...



ps: Sedihnye.. :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan-jalan lagi :)

This time we were heading towards south! Percutian yg dirancang berbulan lamanya akhirnya tercapai juga. Thanks to pengarah projek, Akmal yg arrange percutian kali ni.


Venue: Pulau Kukup and Tanjung Piai, Pontian Johor

Secara kebetulan pula ade practikal training di Kluang Johor 2 weeks before and after that, straight pegi sini. Perjalanan jauh and this is my first travelling without family. Aku agak trauma sikit sebab tak biase travel jauh2 mcm ni.

Sampai rumah Akmal malam, seriously I'm telling you, I was freaking tired and damn damn damn sakit badan. My whole body is aching after working non-stop on the farm.

Met his family. Mak Akmal yang sangat2 peramah. (lebih kurang macam mak aku, tp mak aku kuat bebel dan suka karoke hehe). Anak dia??? ishh hahahaha


The next day, after breakfast, we went to Pulau Kukup. This island is recognized as the second largest mangrove island of the world. Nak masuk pulau ni naik bot. Pulau ni of cos la banyak pokok bakau and hidupan air.


entrance nak masuk


Di jeti

enter..

I like :)

Jambatan Gantung..ada berani??
max 3 org



ape yg something tu??

siput!!


Spent about 1 hour on this island and we left. Syok tgk permandangan atas menara pemerhati dan jerit. Bebas rasanye.


keep fit. Turun 2 kg LoL



Lepas tu, kami naik bot dan singgap di sangkar ikan tengah-tengah laut. And lepas tu balik semula ke jeti.

mcm gaya pelancong


horseshoe crab


Lepas solat zohor, barulah bertolak ke Tanjung Piai, the southernmost part of mainlain Asia. Penghujung selatan tanah besar benua Asia. This moment is the moment we were waiting for. Sangat cantik, dan sangat panas. Kat sini banyak pelancong jepun so kene tunggu turn nak ambil gamba kat landmark disini.


Batu landmark


Tengah tunggu turn

this is it..

sampai jugak :)

yes, we came, we saw, we conquered!

terbaekk!! :)


Lepas tu, gossip la best part. Hahaha

I like :)


Jalan-jalan lagi..dan pegi makan.


besties, forever~

gaya spontan


evening shine~


Malam tu, balik rumah Akmal semula dan tolong mak dia masak dinner. Kari ayam sedap. Seriously, aku bukanlah peminat kari sebelum, tp sebab mak dia masak kari sedap so tetibe plak aku suka kat kari.


Lepas tu buat kek batik. Huhuhu, Alhamdulillah jadi, walaupun 1st attempt ada error sikit tp jadi jugak :b

kek batik


Keesokannya pulang ke KL. Percutian yang sgt bermakna dan nanti mesti rindu..Terima kasih byk kpd Akmal sekeluarga yg menyediakan tempat penginapan dan layanan 1st class dan bawak aku, asma dan paan jalan-jalan sekitar Pontian.


InsyaAllah, next aku akan jadi pengarah projek pada percutian yang akan dtg. Save your JPA!


I ♥ my bbf!!


Thanks for making a memorable holiday for me!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenangan di IVM Kluang, Johor

Currently fell in love with:: kembang perawan-Gita Gutawa


Ntah papela aku ni...tetibe melekat lagu ni..haha


So, kali ni story pasal kehidupan practikal 2 minggu aku kat Institut Veterinar Malaysia (IVM) di Kluang, Johor. Actually, aku nak volunteer buat practikal kat Instutit Biodiversiti Veterinar Kebangsaan kat Jerantut, Pahang, tapi sebab tak de hostel, terpaksalah aku pegi sini.

Mula2 rasa macam tak best, but I was wrong, memang terbaekk!! even sampai skang masih rindu tempat tu, walaupun sekejap je kat sane.


29 nov-1 dec : Unit Bebiri


Kat unit ni byk ruminan kecik; kambing dan sheep. Run by Pn Rozita. Our first day started with post morterm. Ade la 2-3 ekor kambing mati sebab cacing dan pneumonia.

Dapat belajar cara-cara post moterm dgn betul.


1st day pegi practikal!


baringkan kambing disebelah KANAN!!
inilah gayanya post moterm..


kambing ni mati sebab cacing
hydrothorax lung


cacing: haemoncus tortotus



sheep

bagi anak kambing susu


Hari-hari seterusnya ialah membersihkan kandang kambing dan bagi mereka makan. Senang je tapi ade teknik2 nya walaupun bersihkan kandang je.

ade 1 jenis kambing kat sini: boer

ade gak 3 jenis bebiri kat sini: Damara, barbados black belly dan santa ines

Aktiviti setrusnya kat sini ialah pemberian susu kat anak kambing, ambil darah dan potong kuku kambing. Paling best, ambil darah la..hahaha


2 Dec-6 dec : Unit Pedaging

Unit ni menyimpan lembu untuk daging. Mostly species kat sini ialah DM, dan fresien sahiwal jantan. ade gak lembu jenis lain tp dah lupe heheh. Unit ni jugak bertanggungjawab menjaga anak-anak lembu lepas cerai susu.


Kat sini kerja tak banyak, just cuci kandang, bagi susu dan ambil darah. Paling mencabar dan sakit hati ialah ambil darah kat jugular vein. Setitik pon tak keluar!! kesian lembu dok menjerit2 sakit.

anak lembu..dedak ni sedap giler. Bau manis


Tuang susu


bersedia bagi susu!


gaya bakal vet bagi susu

anak lembu ni sakit, so kene la suap susu


Gamba ambil darah lembu x sempat nak tangkap, masing2 busy dgn jarum. Dahla xdpt darah, penat je lebih =.=''


7 Dec-10 Dec: Unit simulasi (tenusu)

Unit ni la paling letih dan sangat kontroversi.

First day kena "salam perkenalan" dgn En Saiful Adli dengan mencabut rumput sekitar pokok petai belalang dari pkul 8.30 pg sampai 12.00 tgh. Seriously, letih gler. Sakit lutut sebab cangkung lama giler. Memang penat la.

Pastu plak setiap hari kena bagun pkul 5 pagi sebab pkul 6 dah kena perah susu lembu. And then buat kerja lain sampai la pkul 12 tgh and smbung pkul 2ptg-5ptg.

Susu kerbau pon kena perah tau. Hahaha

Paling enjoy ialah bagi susu kat anak-anak lembu dgn kambing. Suka tengok mereka berebut2 nak susu macam budak2. Yelah..dah nama pon anak. Aku kene sondol sbab anak kerbau tu lapar sgt, sondol punggung aku..dahla kepala keras. adui.

kucing yg slalu teman kami pergi kerja pkul 6.oo pgi..

Aku kene tendang kat tgn masa nak letak vacuum milk sucker kat teat lembu tu. Sakit gler :(

Tapi yang best dapat minum susu free. Macam dutch lady rasa.

1st time oncall dgn Dr Azlan dari pkul 8.30 mlm - 1 pagi. Mastitis research

Maybe you guys wonder apa yang kontroversi tu kan??

let me put it on this way

No matter what and where you are, try to be humble to everyone and don't get too pride with names and titles, yet in the end, you are just like no other, always think you come to learn and not to show off; the future is a way up high, you'll never know you're going get through it.

Tak paham? biar saya jelah yang paham ea..


Uncle Raja paling banyak motivate kami disini. His word is the wisest I have ever heard even though he is just a milking man. Kita sume ni hanya mendengar qoute2 dari orang-orang yang terkenal tanpa sedar orang yang x ada apa2 pun mampu berkata-kata bijak. His words penetrate deep inside my heart. I almost cried when he says;


" sekarang ni, kamu semua ada 1 tanggungjawab; iaitu belajar, ingat mak ayah yang besarkan kamu dari kecil sampai besar, besar pengorbanan mereka tu, dan bila dah jadi doktor nanti, kamu support mak ayah kami kembali mcm seperti mana dia jaga kamu. Bila dah stabil semua itu, boleh sara mak ayah, barulah kamu fikir untuk kawin..."


Thanks Uncle Raja..you opened my eyes widely :)

Bila nak balik tu, kami beri cenderamata bagi setiap unit disini dengan harapan mereka akan ingat kami kembali. Tak dilupakan Pak Cik Ramli yang setia bawak lori dan transport kami dimana-mana sahaja. Kata Pakcik Ramli, student UMK lah yang paling top disini, mengalahkan student uitm dan upm. Dia tengok kami semangat belajar walaupun kami ni dtg volunteer je. Tu yang buat kami terharu

Pak Cik Ramli,..you're DA BEST!!

Budak-budak UPM yang berjiran dengan kami, Ku Atiqah, Diah, Fad, Mas, Ain, terima kasih sebab prihatin dengan kami, kamu xmacam student upm yang lain, kamu sgt baik dan banyak kami terhutang budi dgn kamu semua. Semoga kita berjumpa lagi.

Semua staff IVM..terima kasih atas ilmu yang dicurahkan

Kawan-kawan saya; Asma, Shieda, Laili, Shiera, Izan, Ainnul, Erny, Yanti, Sarah..seronok dgn kamu semua..rindu kan segala gurau2 kita tu.

Family shieda yang sangat2 sangat sporting. Terima kasih jemput dan sediakan tempat tinggal sementara untuk kenduri kawin tu..wahhh.. :))


we are next!! haha


Vet UMK+UPM


Aku berasa sangat-sangat syukur sebab ada hikmahnya aku terpilih ke IVM ni, walaupun aku xmahu pada mulanya. Tapi sangat berbaloi dgn ilmu yang diperolehi dan persahabatan yang terjalin akan sentiasa berada didalam hati..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS