RSS

Me vs Novels

Ok, this time cerita pasal novel pulak. Aku tak suka sangat baca novel-novel ni. Seriously I'm telling you, better aku baca buku sejarah setebal 500++pg daripada baca novel especially novel cinta. Entah la, aku pun tak tau kenapa, pernah lah jugak baca novel alaf 21; Bicara Hati. Cerita dia memang best, lain dari yang lain. Tapi setakat tu je aku baca, nak sambung cerita lain, hati dah tawar dah. Kawan-kawan aku ramai je layan novel-novel cinta ni, concentrate habis.Hehe.


Kalau novel melayu, aku suka baca yang misterius macam cite Ramli Awang Murshid dgn Zaifuzaman Ahmad. Hantu

Aku lebih suka english novel (bukan nak show off). Tapi dari segi penyampaian dari novel melayu bagi aku english lagi best kut. Habis la aku kalau A.Samad Said bace blog aku hehe. Jalan cerita yang bukan cinta cintun tp penuh fakta. Lagi 1, boleh la improve vocab aku bila baca novel mcm ni. Tapi bukanlah english tahap cambridge gitu. huhu

Ciri-ciri novel yang menjadi favorite aku

1. Jalan cerita misteri
2. Ade selit-selit sejarah dan politik
3. Revenge
4. Love
5. Motivational
6. Facts
7. Places


Campurkan semua dalam 1 cerita, novel tu lah yang aku baca. Mi favorita!


Author favorite aku; Sidney Sheldon. Aku dah bace almost suma buku-buku dia. Nak beli mahal, yela international seller kan.So pinjam kat library. Aku develop minat kat novel dia masa time di matrik lagi. Masa tu roomate bawak balik buku dia " If Tommorow Comes". Aku baca sinopsis novel dia and pinjam jap kat roomate aku. Best cerita dia. 2 hari je baca dah abis. So, aku sendiri pegi library dan pinjam buku lain. Novel-novel dia suma ade ciri2 yg aku nak.


I'm encouraging you guys to read his novels! Anda akan sukakannya! Dalam banyak-banyak novel, this is my top 3 favorite;

1. Master of The Game

Novel terbaik pernah aku baca seumur hidup!


Mengisahkan tentang 3 generasi keluarga James yang berasal dari England pada kurun ke-18 yang berhijrah di South Africa untuk menjadi pelombong berlian. Ian James yang berusia 18 ketika itu, meninggalkan keluarga dan berhijrah ke SA untuk mencari pekerjaan daripada seorang tauke berlian berbangsa Belanda. Akan tetapi segala penah lelah Ian menjadi sia-sia apabila dia dikhianati oleh majikannya sendiri. Demi membalas dendam atas perbuatan kejam majikannya, Ian berpakat dengan seorang hamba kulit hitam mencuri berlian di lombong kepunyaan majikannya dan memikat anak perempuannya, Margeret sehingga mengandung. Margeret disisihkan dan anak lelaki itu diambil oleh Ian. Akan tetapi, berlaku satu rusuhan di SA menyebabkan anak Ian mati yg ketika itu berusia 10 tahun. Kate James; anak kedua Ian bersama Margeret dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan serba mewah sehingga Ian meninggal dunia akibat stroke.


Generasi kedua mengisahkan Kate James, seorang wanita British kelahiran SA membina empayar perniagaan dari bapanya. Beliau yang begitu bercita-cita menjadi usahawan sehingga mengabaikan keluarga menyebabkan anaknya menjadi gila selepas kelahiran cucu kembarnya Eve dan Alexandra. Berlaku banyak krisis lagi dalam keluarga Kate...


Generasi ketiga mengisahkan kehidupan kembar Eve dan Alexandra James-Blackwell. Eve begitu mencemburui adiknya kerana mendapat perhatian lebih daripada neneknya, Kate james-blackwell sehingga merancang untuk membunuhnya. Akan tetapi sesuatu yang lain berlaku dan anda membuat anda akan menyukai novel ini!! Hehehe


2. The Doomsday Conspiracy

2nd Terbaik dari Sidney Sheldon


Mengisahkan tentang seorang bekas Comander perang US-Vietnam, Robert Bellamy yang ditugaskan untuk menyiasat tentang kejadian kemalangan yang dipercayai UFO yang terhempas di sebuah pergunungan di Switzerland. Bellamy yang baru bercerai dengan isterinya ketika itu bersetuju untuk menyiasat kerana ingin melupakan kesedihan dan meneruskan hidup baru. Menurut perisikan, terdapat 11 orang saksi sahaja yang melihat kemalangan dan Bellamy ditugaskan untuk interview mereka semua.

Tapi peliknya, saksi ke-11 memberithu Bellamy bahawa terdapat seorang lagi saksi wanita (yang ke-12) yang melihat kejadian itu. Bellamu cuba menjejaki saksi ke-12 wanita yang dikatakan dengan mencari balik kesemua 11 saksi yang pernah diinterview itu, akan tetapi, kesemua mereka mati dengan serta merta dan Bellamy diburu oleh seseorang yang tidak dikenali. Siapakah yang membunuh kesemua 11 saksi dan siapakah saksi yang ke-12 itu?



3. Tell me your dreams

Novel misteri terbaik

Awal permulaan cerita ini

" Dear diary, today I'm going to meet a man whom I'm going to marry"

Mengisahkan Ashley Patterson seorang wanita yang workhaholic, Toni Prescott seorang penyanyi dan penari dan Alette Peters seorang pelukis. Mereka sentiasa tidak serasi bersama kerana berlainan character. Toni tidak meyukai Ashley kerana sikapnya yang lemah lembut dan Alete tidak menyukai Toni kerana sikapnya yang kasar dan selalu menyakiti Ashley. Ashley selalu perasan ada orang yang mengekorinya. Rumahnya sentiasa berkunci juga seperti dipecah masuk. Antara ugutan-ugutan yang sering diterimanya oleh orang yang tidak dikenali termasuklah "You will die" yang ditulis dengan gincu di cermin solek dirumahnya.


3 kejadian bunuh-dan-lari berlaku orang 3 lelaki berbeza berlaku di tempat berbeza. 3 mayat dikenal pasti mempunyai kesan bunuh yang sama. Berdasarkan bukti, polis menemukan Ashley sebagai suspek akan tetapi sukar dipercayai kerana Ashley bukan pembunuh berdasarkan bukti alibi yang menyokong teori bahawa beliau tidak berada di tempat kejadian dan walaupun DNA Ashley berada pada ketiga-tiga mangsa pembunuhan. Siapakah yang membunuh mereka??
Anda akan menyukai cerita ini dan akan tertanya-tanya sehingga diakhirnya. Pasti anda terkejut bila tau siapa yang membunuhnya...


*****************************

Try la baca kesemua cerita-cerita ini. Memang terbaekk! ;)


Aku teringin nak baca 1 novel ni. Novel ni dah hampir berusia 80 tahun tapi aku tau cerita dia macam best sebab dia ada sejarah, perjuangan, cinta dan islamik. Novel tu,


Aurthor: Hamka

Novel yang ditulis pada tahun 1938 mengisahkan tentang seorang pemuda berbangsa Minangkabau yang mencintai seorang wanita berbangsa Bugis tetapi cinta mereka ditentang keluarga kerana berlainan bangsa. Wanita itu berkahwin dengan pilihan keluarga dan malangnya perkahwinan mereka tak bahagia

Selain itu, terdapat elemen lain diselitkan oleh Hamka, seperti kecintaan pada tanah air daripada penjajah belanda dan unsur-unsur Islamik yang diterapkan agar novel ini seimbang.


Aku baru je bace sinopsis cite ni. Nak beli tapi tak tau la kat mane jual?? Tak silap aku novel ni menjadi sebuah karya agung Hamka, selain mencetuskan semangat anti-belanda pada tahun 1940-an. Novel pun menjadi inspirasi rakyat.



Hopefully, JPA masuk cepat, nak beli novel ni. huhu





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment