RSS

...

2-3 hari ni tak berapa sihat, demam, tonsil pun semakin membengkak. Disesbabkan tu, mood nk pergi dinner mlm ni terencat sebab aku succumb atas katil seharian, dan rasa memang xde mood sgt2 untuk pergi mana2. Kalau diberi pilihan mmng aku tak nak pergi dinner tu tp disebabkan kawan2 aku penat buat persembahan siang mlm berlatih, so aku decide pergi la sbgai sokongan kpd mereka2 ni. Aku risau pengsan je ni..



Presentation surgery aku yg taking incharge sbb sume group member aku kene g wat rehersal bagai, so aku la yg gagahkan diri buat presentation ni dlm keadaan drowsy, groggy, shaky, smpaikan aku hampir2 terlepas subuh sbb trlmpau berat kepala nk bgun. Memang aku tak larat kalau x sihat ni...perangai aku pun akan menyakitkan hati org lain kalau aku mmng x sihat.


Next week, bermula la minggu yg berat smpai ke final exam ni..


Semalam aku jmpa kawan baik aku sorang ni, Alhamdulillah dia baru balik umrah. Jeles oo aku ni, (wpun aku pun pernah g jugak) tp entah la, time aku pergi tu budak2 lg, so x appreciate lg apa yg ade kt sana. Tapi memang aku NAK NAK NAK sgt pergi sana. InsyaAllah mak aku cakap nk pergi lepas aku graduate ni 2014. Aku minta pd Allah panjangkan umur aku dgn family. sebb aku mmang nk sujud depan Kaabah sana dan tunaikan nazar besar aku...Dan kalau boleh kalau diizinkan Allah, aku nak pergi dgn 'orang' tu...

Kawan aku ni skang ni pergi kursus kawin. Wow, bagusnye..tak terpkir pun aku. Matang dia x sama dgn matang aku. Huhu jeles lg aku dgn dia ni. Kalau aku jadi laki, mesti dah lama aku tackle budak ni, dah la baik, muslimah plak tu, matang lagi....bagusla berbanding aku ni yg sume bende tak pandai, teddy bear dgn baju aku pun dia yg jahitkan..Dia pun byk la bagi nasihat kat aku, nasihat yg berguna dan paling penting nasihat ke arah mengubah diri ke arah yg lebih baik. Bila aku dgr nasihat dia ni, hati aku automatik jadi tenang, kalau ade masalah pun boleh relax. Sbb tu la aku mmng syg dgn dia..huhu. Byk la perkara yg dia cerita kat aku, especially bab2 jodoh ni..aku kene terima hakikat bahawa aku telah pun matang sbb dh start fikir bab2 ni....hehe lambat gila


Semoga apa yg kami harapkan jadi kenyataan,, amin :)


'If you hold tight, shadow will be loss in the light'





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Untunglahh..

Bebaru ni menyampah pulak dgn phase 'untungla...apa2 benda best skit mesti cakap untung la..kan bagus tuka jd alhamdulillah,untungla2 soo annoying. hishhh


Sebab apa yg buat aku xsuka ni mcm la org yg cakap tu xde untung dlm hidup (ehh aku pun kdg2 trcakap jugak tp TAK BYK ok). Aku tau la somehow org nk bergurau guna perkataan ni, tp bg aku ianya sgt annoying. Kalau kita rasa org tu lg untung dari kita, cermin diri tanye diri sendiri apa lg yg kita x untung?
sekali Allah tarik nikmat kang padan muka.

You know what makes me realised this? Abah. He's the one buat aku sedaar betapa untungnya kita ni sebenarnya. Ada 1 masa ni aku duduk makan dgn kawan aku sorang ni, we're talking then suddenly aku cakap pasal family yg byk sokong dari belakang, beli itu ini untuk memudahkan aku belajar, n amcm2 lg la, then suddenly dia cakap.."bagus la ayah ko tu, kalau ayah aku jgn harap la dia nk buat mcm tu.." her words are shredding, terdiam terus,,tak sangka rupanya I have the best father in the world. Basah mata bila aku terkenang balik apa yg kawan aku cakap ni, dan buat aku sedar yg aku lebih UNTUNG dri org yg aku rasa untung dari aku. Biarlah ayah aku bukan Datuk, bukan Menteri, bukan millionaire, tp hanya seorang pencen dan pemuzik (ehem ehem hehe) tp dia lebih mulia dari semua tu. Kalau kamu rasa ayah kamu tak mampu beri apa-apa yg kamu inginkan, just ingatla, tepuk dada tanya selera, dia juga yg jaga dan beri kamu pendidikan sehingga kamu mampu jadi manusia yg mungkin jauh lebih baik dari dia.  UNTUNG kamu bukan terletak pada harta, ipad2, iphone4S, tablet, dan sebagainya tp UNTUNG kamu adalah memiliki sebuah family yg sempurna. Renung2kanlah apa yg aku sampaikan ni.,

Jangan nk tgk untung org tp diri sendiri tak bersyukur. Kufur nikmat yg teramat. Auzubilllah.

Salam,

From nothing to something, from zero to hero

Meducci

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thanks Allah!

Ya Allah, thanks for making me realise not to juggle for hope for something which is not mine.

Kekadang kita nakkan sesuatu dan kita sgt sgt mengharapkannya
But Allah has a better plan for us,
Tak semua yg kita mahukan itu kita akan dpt
Allah lebih tau..Dia maha memahami apa yg terbaik buat umatNya
Thanks Allah!!


As day passes by, aku jadi semakin takut
Kdg2, aku rasa aku masih tak bersedia untuk jadi dewasa
Masih byk tak tau hal kehidupan
Masih tak mampu berdiri sendiri
Kalau diberi kuasa pandang depan, I really want to see myself few years ahead
Adakah aku berjaya, atau sebaliknya
Org ckp kita mampu rancang je, Tuhan yg tentukan semua
Betul la tu, ku fayakun


Pasal hidup aku sekarang ni, mcm2 org aku jmpa
Kenal perangai masing2, tahan juga perangai masing2
Semakin dewasa, hubungan manusia semakin dijarakkan dgn ego
Sahabat 10 tahun pun bila sekali ego dtg, smpai kiamat pun boleh retak
Aku juga begitu, ego semakin tinggi
Menyampah juga dgn diri sendiri (tak tau la org lain fikir apa)
One thing psl aku ni, semakin tak tahan sabar,
Sape je la yg tahan bad habit aku
Tolongla tampar muka ni..adoii


Status?
hurmm..hehe
Org ckp kalau kita suka kt sesorang jgn cakap kt org lainkan?
Kawan aku ade ckp, kalau suka kt org tu, xyah gtau la kt org lain, cuma dlm setiap solat kita perlu titipkan doa supaya org 'tu' pun suka kt kita gak..hehe
Gatal tol aku ni. haha


Ape yg penting skrang ni habiskan 10 sem!
Masih survive so far, wpun mcm merosot skit
Nak kate x study, hari2 gak aku mengadap notes
Nak kate rajin, hari2 main FB
hahaha, hmm aku pun tak tau la cmne kan..


K la, dats for today, dh lme x update blog, lalalala
Asslm..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

week passed and gone


Comel la budak ni..hehe


Tetiba terjaga pkul 2.16 pg setelah tertidur selama 4 jam lebih. Tapi alhamdulillah, sakit dah kurang sikit :). Tidur ialah pain killer yg terbaik dari opiods! hehe


Mcm terjadi kat aku minggu ni, entah la ade yg baik, ade yg buruk tp minggu tapi papepun bersyukur sebab masih mampu jalani hidup dgn baik..


2-3 hari lepas aku terasa hati baca komen kawan aku ni tujukan kat aku, dia tulis gaya mcm marah-marah la sbb aku terpost something yg tak patut pun (katanya). tp yg buat aku terasa hati (nangis lepas tu) sbb dia tak tau niat aku hanya nak cari barang hilang tp apa yg aku dpt komen mcm tu. Kalau ye pun salah aku, tegur la dgn cara yg baik tp cara dia tulis tu dia buat aku feeling offended. Aku ialah seorang perempuan, aku ade perasaan,, tolonglah faham.. T.T

Aku takde niat nk naikkan marah sesape, tp tulisan itu.....kills every cells. Then I got this feeling,,mungkin dia tak suka aku, dan cara post aku tu mungkin la naikkan marah dia. Aku xnak cakp aku xbersalah dlm hal ni, tp aku tau aku berdiri di mana. Ok la fine, aku xde hak nak halang seseorang untuk benci aku. Kalau org dah benci, buat papepun perasaan tu tetap ada..Tapi papepun, kalau kami tak bertegur lepas ni, aku redha jela dia x suka aku...


Aku termimpi2 bukan kebelakangan ni, bergaduh dgn kawan baik sendiri..mungkin syaitan kacau aku atau Allah bakal menguji aku?? Wallahualam


Semalam hari khamis satu keajaiban telah berlaku. Lepas aku tekan duit di ATM dan otw balik kelas dgn kawan aku tetiba pintu cermin kereta aku diketuk oleh seorng pakcik. Dia tunjuk tayar belakang kereta aku PECAH weiii...adoii terperanjat aku! Masa bawak kereta td ok je, tetibe pusing2 belakang tayar kempis mcm roti canai, pe lagi kelam kabut kuar kete..masa xtaw ape nk buat (sbb x penah blajar tuka tayar) pakcik yg ketuk cermin tu cakap dia nk tolong, tp kene tunggu jap sebb dia nak hantar barang kt pasar mlm..


Lepas tu, pakcik tu pun terus tukar tayar aku (nasib baik de tayar spare), pastu dia ckp suruh beli tayar baru jadikan spare..Lepas tu aku nk bagi duit sbb dia dh tolong aku tp dia tak nak, berkali2 gak aku nk bagi tp dia xnak.Ikhlas pakcik ni..last2 kawan aku bagi kt dia jugak..



Ni la pakcik yg baik tu.


Aku doakan semoga hidup pakcik dn keluarga diberkati dan murah rezeki oleh Allah.


Lepas tu pegi petronas isi angin tayar dn balik kelas...aku x penah isi angin so amik pengalaman la..


Dorang ni ikut aku tp last2 kene tolong aku isi angin haha


Huhh..

lepas abis kelas aku pergi la kat kedai tayar nk tuka tayar spare baru..tetibe sorang pakcik kt kedai tayar ni ckp..


" Ya Allah dik, tayar kereta adik semua pecah ni...bahaya dik oii bawak kereta tayar dh pecah ni..mcm mana boleh jalan atas jln raya lg ni?? nasib baik tayar belakang yg pecah, kalau tayar depan pecah tergolek anjing jawabnya.."


Ok fine, tayar2 tu dh berusia 11 tahun (patutla)


Terpaksa tuka 3 tayar...nasib baik abah kol ckp dia nk bayar..huhu save duit aku skit..Tapi moral of the story len kali jgn tau bawak kereta je, kene check tayar dan servis kereta mesti selalu tgk. Haha

Nasib baik kena hari kamis (org x cuti), tayar belakang pecah masa kereta x berjalan, dan abah nk sponsor tayar..kalau tak.. paham2 la


Papepun aku bersyukur kerana setiap musibah ada nikmat disebaliknya..


Ok bab study pulak..aku semakin malas kebelakangan ni, pastu byk pulak basic lupa..huhu tu yg merisaukan aku..konsep tu ade tp bila org tanya tercampur2 sume. Asihh risaunye aku lg 2 tahun nk grad tp mcm xtaw ape je..Sedihhnye bila soalan senang xleh nk jawab. Ade idea tp tah mana2..kalau dulu, belajar satu-satu, parasite, bacteria, virus, physiology, datang pulak tahun 3 ni semua subject dia compile jadi 1! hahhhh! Menganga cari jawapan. Tapi walau bagaimanapun ia tak mampu menggugat cinta aku kpd bidang veterinar ni...cewahhh


Yeah...vet med. Proud to be :)













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

xperia vs nasi kicap






Saya nk sebuah sony xperia ray...tp sy xmmpu nk beli. Saya nak sangat sangat.Saya selalu berdoa agar dpt memiliki handset ini. Harga dia murah sikit je drpd iphone4..Sedihnye, setiap malam mengigau nak beli bende ni, tp bila tgk duit dalam account....entah cukup ke tak 6 bulan ni..hajat di hati xmau mintak duit kat mak abah lagi. Huhu apakan daya.


Sampai satu hari tu..


A: Kau tau, masa mak aku tengah xde duit time aku kecik dulu, dia just goreng ikan bilis campur bawang makan dgn kicap dgn nasi...tapi sedap,


S: Masa aku kecik dulu, ayah aku kerja bawak lori, aku pergi sekolah tak bawak duit pun. Masa kecik jugak, aku tak mampu nak beli nugget...



.....


Bila aku dgr mereka mcm ni, barulah aku sedar life is not easy. Aku tak pernah rasa susah mcm mereka, jauh sekali makan nasi dgn kicap mcm tu. Aku sepatutnya bersyukur dan tau membezakan mana yg keperluan dan kehendak. Mungkin hidup aku tak sempurna seperti yg aku inginkan, tp bila pusing belakang ada org yg inginkan kehidupan macam aku. Jadi tanyalah pd diri sendiri ap lagi nikmat yg kamu xpuas hati.


So, moral of the story, bersyukurlah dgn apa yg kamu miliki.

Aku sedaya upaya buang perasaan cemburu dan iri hati dgn kemampuan org lain, dan aku sedar sepatutnya aku perlu bersyukur dgn kemampuan aku yg Allah kurniakan. Jgn tamak, kelak rugi.


Anyway... I STILL WANT THAT XPERIA! huhuhuhu

ps: InsyaAllah, mungkinkah ada insan mulia nk hadiahkan kat aku??... **harap je la..







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pemahat gunung

Aku teringat satu sajak yg dibuat lagu masa aku masuk PLKN dulu. Group aku kene present sajak ni dlm bentuk nyanyian, so fasilitator yg bg tajuk sajak ni. Sajak yg tidak diketahui pengarangnya ini byk tnggalkan kesan mendalam puitis yg bila aku renung balik ia adalh berkaitan dlm hidup seseorang manusia tu sendiri

*****************************************


Di sini sebuah gunung pejal
Seorang pemahat pintar
Tahu tari tukul dan alat
Ilmu jiwa pejal batu

Panas mersik
Lupa pada ketukan batu
Hujan terhenti
Tergoda pada king-king batu
Semangat jangan luntur

Gunung pejal rata ditapaknya
Berdiri seorang jeneral
Menyanyi memandang barisan gunung
Sujud dan tertawan


ps: mungkin aku tak pandai nk tafsir,bg aku pemahat itu diri kita yg dulu, bersusah payah meratakan sebuah gunung (masa depan) dan jeneral itu adalah kita yg di masa depan yg berjaya membentuk masa depan atas usaha yg dilakukan semasa jadi pemahat dulu. sekian :)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku minta pd Allah agar dijauhkan dari perasaan keseorangan
Kadang2 aku rasa aku sorang walaupun aku ada segalanya
Aku perlukan peneman jiwa, bukan peneman fizikal
Yg mampu tenangkan aku, dan jaga aku dari gangguan setan

Kekadang terasa sunyi bila org yg rapat dgn kita tetiba menjauhkan diri
Ni yg buat aku sedih
Tak mampu nak buat apa
as if holding soft sand and it slips through finger
I dont want nothing at all
I just want everything just like it was
Aku rasa tak adil mcm ni,
Maybe im not good in friendship,
people come and go as they please
aku jugak yg tinggal sorang2 bila mereka dh jmpe org lain
T.T


Aku ke yg salah?
penat jadi friends fighter at the end nobody wins
if u dun like me the way i do, please leave soon
dont set ur foot prints left in me
i dun need people to walk with me in the sun, but leave me in the rain, sobbing
breaking me apart


I just want people to appreciate me, thats all


ps: tired of crying but never seems to get better

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS