RSS

Danial

Tetiba teringat kat dia..kenapakah? It was 9 years ago. Zaman kanak-kanak yg memang byk kaler. It was past. Tak boleh buat apa pun. Cuma untuk dikenang je. Tapi bebaru ni aku teringat kat dia, entah kenapa, suddenly emerged out of nowhere..mungkinkah,,??


*************************************************

It was 9 years ago. Pertengahan tahun 2003. Tingkatan 1. Aku, selalu dipanggil Mojako sebab masa tu aku gemuk. So selalu la jadi bahan ejekan. Nak2 pulak aku 'terjadi' penolong ketua kelas. Jawatan yg xpernah aku mintak, tp cikgu kelas aku yg nak bagi. Aku pulak bukan jenis an apple eye. Majority dalam kelas tak suka dgn aku. Entah lah, maybe dorang x suka aku jd penolong kelas. Alkisahnya, masa voting, xde sape pun undi aku jadi penolong kelas, ada sorang budak cantik ni ramai yg vote dia..nama dia syarifah. Memang cun la budak tu. So ramai la yg suka and vote dia. Tapi entah kenapa, at the end, aku yg jadi. So mmng sah2 la aku kene cop benci dgn geng2 budak syarifah tu.


Dalam kelas, (kelas 2nd last sbb UPSR aku teruk) aku mmng kurang kawan. Aku kawan dgn budak2 yg mcm..kurang pintar. Sbb mereka la yg kawan dgn aku, yg lain semua mengumpat aku kat belakang, termasukla si syarifah tu. Hahaha bodoh kan? kawan dia yg pecah cerita bgtau aku dlm bas. Ish..bodohnye time tu. Budak laki pun x suka dgn aku, yela sapa nk kawan budak gemuk mcm aku? Peduli apa aku, xheran pun


Kurang kawan, tp x jadi masalah besar sbb aku pun xpndai berkawan dgn org haha. Buat kerja sendiri. aku paling suka baca buku sejarah, so xde kerja cikgu xde aku baca je la buku teks sejarah tu. Hehe saiko kan?


Kemudian, tetiba satu hari, ada sorang budak laki masuk kelas aku. Budak melayu ni dtg dari Singapore, and kena pindah Malaysia sbb bapak dia kena transfer. Danial. He's the one. Budak ni memang tinggi, gelap gile dan paling penting XHENSEM. Budak tu diam je dlm kelas. Yela budak baru, so si geng2 syarifah ni pun mcm xske dia..hahah aku xphm nape geng dak2 ni selalu kutuk org


Aku tak ingat macam mana dan kenapa, tetiba aku dgn Danial jadi rapat. Bukan crush. Aku x minat dia sbb dia x hensem. Tapi dia baik. Budak2 kelas aku selalu ejek dia 'roti', sbb dia selalu bawak roti buat bekal. Tapi aku xpernah pggil dia roti haha


Danial sgt teror speaking BI. Mungkin sbb tu la dia xdisukai dlm kelas. Cakap BM tu mcm kelakar gila, tp dia x menunjuk, dah memang mother tongue dia mcm tu. Dia selalu panggil aku 'cikgu egypt' sebb aku suka lukis character egypt kt white board. And so how it goes..


Dia pernah melecur tangan angkat beaker panas masa science practical. SEMUANYA SEBAB AKU. Dia nak tolong aku angkat beaker panas buang air tu dlm sinki sbb cikgu science aku mengamuk suruh kemas cepat2. Aku x boleh angkat beaker panas tu, cikgu tu pun marah2 suruh angkat jugak, aku mcm dh nak menangis da, kawan2 1 meja dgn aku semua dh cabut lari, tinggal aku sorang je kena maki. Danial dari luar lab nmpak aku kena marah, dia masuk balik lab pergi kat meja aku terus angkat beaker tu, lari kat nearest sink and terus campak beaker dlm tu. Pastu dia terlompat2 sbb panas, both hands scalding. Aku terus pergi kt dia tanya ok tak, dia pun (dgn gaya gentleman) ckp ok2, sikit je..


Cehhhh,,, romantik tak? hihihihihi


Semenjak tu dah jadi sgt rapat. Danial pernah cerita kat aku, dia cakap, Family dia Islam atas nama sahaja. Dia tak pernah bersolat, baca alfatihah pun ingat tak ingat. Parents dia pun tak ambil berat psl agama. Rukun Islam, rukun Iman tak tau. Aku terkejut dgr cerita dia tu, tp aku x cerita kat sesapa pun. Malu la kan. Bila ada amali pend islam, aku tgk dia kena tegur dgn ustazah sbb dia xreti duduk tahiyat akhir. Kesian..Mungkin bukan dia je Melayu Singapore mcm ni..


Bila cikgu xde dalam kelas, aku mesti bercerita dgn dia. Dia pun suka exchange stories dgn aku berbanding budak2 lain. A lot of thing we talked about. 1 kelas gosipkan kami. Haha peduli apa aku, aku jenis xkisah apa org len ckp, especially geng2 syarifah tu. Aku dgn Danial tau masing2 punya level. Danial la org pertama ajar aku speaking BI. Dia cakap, jgn takut kalau nak speaking, ckp je. We all learners. Dia ajar aku few terms yg senang ingat. Bende pertama aku try speaking BI ialah mengutuk cikgu science aku yg garang nak mampus ni. Hahaha

Aku: She come and want to cekik me!..Danial, cekik in BI apa??
Danial: Cekik tu apa?
Aku: Ala yg mcm ni (sambil cekik leher)
Danial: Choke.. She came and wants to choke me

Hahahaha funny scene, but i means a lot to me. Sampai sekarang aku ingat. Melalui itu la aku try improve vocab and pronunciation. Dan itulah membuat aku bole cakap english. Tak fluent pun at least confident la bole ckp.

Bila akhir tahun sebelum cuti penggal sekolah nk bermula, dia cakap tahun depan nak pindah balik spore. Tetiba aku sedih, sbb dia lah budak laki yg pernah aku rapat masa form 1, suddenly nk pindah. Our last goodbye was the saddest thing I can remember. Tak ingat pula nak ambil phone number, sbb time tu xde handphone. Kalaulah boleh putar balik masa...

I appreciated him as a friend, not more than that.

Now, dah 9 tahun perkenalan aku dgn budak singapore ni. Entah kat mana dia sekarang? overseas? singapore? Malaysia? Masih Islam lagi dia? Aku harap agar Allah beri hidayah kepada keluarga dia. I wish to see him again, and want to say thanks for all of the enjoyable memories created between me and him. All the laughter, all the things we shared. I don't know weather he still remembering me, but I hope he will always remember his first school friend.


Semoga Allah sentiasa melindungi sahabat ku, Danial.

Hear me, someone prays for you..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment