Hah! Salam, aku dah tak begitu active blogging sebab malas dan byk kerja lain. Hehe. Kali ni nak share apa yg aku dah buat so far.
Nak bagitau ni, abang aku dah selamat bertunang dgn gadis pilihannya. Huhu, bertempat di alam budiman, Shah Alam, pd 29 Jan 2012, kami telah pergi ke rumah kak kepada bakal kakak ipar aku ni untuk merisik dan meminang Haha. Pukul 5 pagi dh bangun sebab kena tolong mak aku masak katering pertunangan ni. Tema tunang kaler merah, tapi aku xde baju merah so pinjam baju org je la.
Detail meminang yg aku tau la
1. Hantaran: rm10,000 (fuhh yela kak tini tu ade degree) Terbelalak abg aku nak kumpul duit lepas ni haha
2. 22 Dec 2012 nikah kat rumah pengantin perempuan
3. 29 Dec 2012 majlis kat pihak lelaki (kat dewan Wisma Sejarah, KL)
Yg bagusnye keluarga pihak perempuan tak cerewet pun..sume ok je belaka
Meh memperkenalkan bakal kakak ipar aku..
TADAA!! cantekkan?
Nama dia Hartini Binti Husin
Umur 23
Asal Terengganu (Besut)
Rombongan meminang
Hantaran meminang. Ade 5 kut..
Critical time..
Salam bakal mak mertua
Cincin belah rotan
Mak aku bersama budak2 yg pernah dia jaga dulu..hehe
Alhamdulillah, selamat menjadi tunangan suda..
Sepadan ^^
Hantaran pihak perempuan
Hantaran pihak lelaki
Arsenal lg ==''
Ni aku tgh rakam sesi meminang.
Sumpah nmpak tembam T.T
Pose menarik
So, aku berharap agar ikatan ni berakhir dgn sebuah perkahwinan yg bahagia.Dah nak kawin da abg aku ni, dulu main masuk longkang, gaduh dgn aku mcm perang dunia. Tau2 dah nak jadi suami org la plak. Sebagai adik yg baik aku harap ko dah memang bersedia pikul tanggungjawab jaga bini. haha
Bila tgk gambar2 ni, buat aku rasa best pulak. Bila la aku nak bertunang? Huhu *miang. Sedihnye bila makcik2 aku ni tanye psl aku. Aishh biar jela. Dah tertulis jodoh aku dgn sape, bila sampai masa merasa la aku semua ni.
Biarlah buat masa sekarang aku dan diriku...(cehh geli lak aku) haha
************************************************************
Tutup cerita pasal tunang.
Bebaru ni result sem 5 aku dah keluar. Terkejut beruk aku bila aku tgk kat FB status "Terima seadanya" berlambak. Mula aku ingat tah ape, pastu pulak aku ternmpak post kat wall vet. Result dah keluar. Terus aku check smbil menggigil. Alhamdulillah, Allah nak bagi aku Dean List lagi sem ni. Bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk capai dean list lagi walaupun aku tak target pun. Alhamdulillah, syukran jazilan Ya Allah.. :)
Kawan2 aku ramai xleh check result sebab dorang hutang UMK macam2, library xbyr buku lambat anta, hutang yuran sem, denda asrama etc etc... Haishh hutang library 20 sen pun kena block. Len kali same2 la kita bertanggungjawab yer kengkawan.. hehe
Yang dapat DL tu aku ucapkan tahniah. Yang x dpt dan hampir nk dpt, insyaAllah peluang itu masih ada, usaha lagi! ! Sem depan work harder
Bebaru ni, mak abah aku hadiahkan kereta kancil kat aku. Masa tu baru lepas abis final exam sem 5. Aku ckp, "Adik tak janji dean list mak sbb sem 5 ni susah.." mak abah aku paham, so bila dapat result (2 miggu lepas tu) aku dgr mak aku ckp kat abah
" Tak rugi kita beli kereta untuk Intan"
Terharu aku dgr, abah pulak sibuk betulkan kereta tu siang malam, hantar pergi JPJ tuka nama pemilik terus kpd nama aku, beli insurans, hantar kereta tu kat puspakom, dan akhirnya menjadi tu milik rasmi Cik Intan Noor Aina Kamaruzaman. Syukur lagi, lepas ni bawak kereta pegi kelas, jejalan, bwk kawan2 hehe. Mak dah pesan, jgn sewakan kereta tu kat org lain. Kalau kawan mintak hantar pergi mana2 tolong hantarkan, jgn ambil upah, just minta untuk petrol je. InsyaAllah, aku pun xde niat nak sewakan kpd sesapa. So lepas ni jgn la terasa kalau aku tak bagi sewa kereta...nk tumpang boleh. hehe
Amanat mak kena pegang
Kereta aku ^^
Lepas dah pakai kereta ni, memang kena berjimatlah perbelanjaan aku. Huhu
Abah siap bagi lecture penjagaan kereta, cmne tgk enjin, minyak brake, minyak enjin dan macam2 lagi. Abah cakap, masa mula2 beli, kereta ni buruk sampaikan Abah tak sampai hati nak bagi kat aku, sebelum aku balik KL tu, abah repair dan cucikan seat sampai bersih nmpak mcm kereta baru. Tampal, gam sana sini, betulkan mana rosak, busy dgn tunang abg aku, catering, show band sampaikan xsempat nak tuka speaker dgn number plate kereta je. Tapi sume lengkap la kereta tu. So, lepas ni kalau pape jadi kat kereta tu, aku tak berani balik umah haha
Hmm, gembira ni menunjukan aku ada kemudahan nak pergi jmpe lecturer dan balik kelas awal hehe. Lepas ni memang aku kena maintain pointer jgn jatuh! Kalau jatuh aku akan rasa pengorbanan mak abah aku sia2 je...Memang aku bukan budak pandai tp, aku kena pastikan aku dpt capai apa yg aku nak selam ni..huhu. Selagi mak abah tak dapat merasa duit gaji aku jgn haraplah aku kawin. Marriage is no 3. Nothing less important than Allah and family
********************************************
Bebaru ni kawan aku dtg umah. Kawan paling lama pernah aku kenal dlm dunia. kami dah kawan hampir 17 tahun. Aku kenal dia since tadika lagi dari Muar sampailah sekarang umur dah 21 tahun. Dia datang sesaje je mengisi masa cuti at the same time nk lawat kakak dia kat KL.
Curi kat FB dia..hehe
Ni la kawan aku
Shariffah Natasya
Cantek gak orgnye
:b
Kebetulan aku terjumpa kucing sakit kat sebelah rumah aku ni. Kucing yg lebih kurang 5 bulan tu aku bagi nama 'Adila' bawak pergi Hospital Veterinar kat Cheras untuk rawatan. Kucing ni xnak makan pastu selsema teruk. Aku menggunakan keparan untuk wat differential diagnosis sampai post kat FB. Haha semangat punya pasal. Mesti aku saiko budak2 vet time cuti. Ish ish ish :b
Aku dgn beraninya memberi air glucose kat Adila sbb dia sgt2 dehydrate so aku suruh abah aku masak air gula, sejukkan dan guna syringe paksa kucing tu minum. Keesokan harinya bawak pegi klinik jumpe vet. Tak sangka pulak jmpe kawan vet UPM masa aku praktikal kt IVM dulu. Hihi. Kecil sungguh dunia. Vet yg rawat Adila tu pun nama Adila jugak. Hahaha..ade jodoh
Adila kucing dgn Adila Vet
Alhamdulillah, Adila responded well to the treatment. Rupanya dia xnak makan sbb hidung tersumbat at the same time selsema teruk. Tu yg buat xnak makan tu. Bila Adila kena mcm ni, aku rasa byk bende yg aku xtaw psl veterinary world ni. Kena keep on learning. Tapi tak pelah, at least aku tau jugak sikit2 apa yg perlu buat daripada tak tau apa2. Hehe
Terjumpa kucing ni kat ruang menunggu di Hospital Veterinar tu
American curl + Persian breed
Memang comel. Makan cat biscuit yg harga rm70/2kilo, mandi guna shampoo bodyshop, makan vitamin supplement, ubat kutu cacing, vaksin bagai membuatkan tuan punye kucing ni kena ikat perut sebab nk maintain kucing macam ni. Haha
Secomel-comel kucing ni, tak mampu nak menandingi kulip yg tua dan busuk ni..
Walau buruk cmne pun aku tetap syg dia :)
Ok lah setakat itu jela
Ps: Aku sekarang dah balik UMK ada attachment lab. Hopefully aku ingatla semula apa yg aku blajar selama ni. Hehehe
Adios,
1 no comments :):
tbe2 nmpak gmbar aku tjlompok kt tgh2 entry ni. btw, best sgt dpt luangkan msa ngan ko. tp sedih sbb xde gmbr kite bsama
Post a Comment