Someone tagged me on facebook on this
Minggu yang yg sibuk, sekejap je masa dah berlalu, lepas ni dh nak masuk midsem. Bercerita banyak pasal midsem, sebenarnya, banyak lagi yang aku tak tau, byk lagi yg aku belum discover. Stress semakin menghimpit, mood selalu xstabil, berat semakin menurun (part ni yg best) dan muka semakin sunburn. Hakikatnya, aku samar-samar dalam sem 5 ni, org lain semua tgk aku mcm budak excellent je, tp hakitkatnya, aku lemah, sama mcm org lain :(
Cukuplah jangan saiko2 aku lagi...boleh masuk tanjung rambutan aku nih..haha
Tujuan aku post ni, aku nk dedicate kpd seseorang yg cukup berharga dlm diri aku. Mungkin Allah temukan aku dgn dia disaat aku lemah dan tak berdaya, dan sumpah demi Allah, dia antara sahabat yg terbaik pernah Allah kurniakan pada aku. Aku bersyukur sangat dapat mengenali dengan dia, walaupun kami berbeza character.
Dia cukup sempurna di mata aku, seorang anak yg baik, pandai (dean list throughout semester) penyabar, family girl, islamic (woo..) dan apa2 lagi character baik semua dpt kat dia ni. Walaupun aku dan dia busy, tp dia tetap rajin mengunjungi aku kat bilik, sambil sembang2 release stress. Kalau dia datang time aku tengah kalut study, mesti aku sanggup tutup buku kejap semata-mata nk brsembang dgn dia, aku hormat dia bukan sahaja sbgai kawan tp aku anggap dia sebagai kakak wpun kami sebaya hehe. Nak dibandingkan dgn aku ni, DIA JAUH LEBIH SEMPURNA.
Dia ada disisi aku semasa aku rasa dunia ni tak adil untuk aku, dia genggam tgn aku sewaktu aku rasa tiada siapa yg boleh bangunkan aku, dia tetap percaya dan bersabar dgn karenah aku, dia sanggup luangkan masa dgn aku walaupun dia busy dan selalu ajak aku pergi masjid or surau untuk dgr ceramah kerohanian. Walaupun kami tinggal berasingan, tp selalu juga dia msg aku ajak pergi masjid surau, taranum, kelas tajwid...
Bila aku berjaya keluar dari kepompong kesedihan dan membina kekuatan diri, dia tetap sentiasa berada di sisi aku. Bila kami jumpa, mesti dia akan mengingatkan aku tentang kisah hidup aku yg dulu (yg byk sedih2 tu) dan beri nasihat dan dorongan berterusan sehingga ke hari ini. Hal tu yg buat aku kagum dgn dia, dia sentiasa ingat aku, dan insyaAllah aku ingat jasa dia sampai bila2.
Aku xde pape nk beri sbgai penghargaan kpd dia yg byk berjasa, emas segunung pun tak mampu byr apa yg dia taburkan budi kat aku, aku cume boleh berdoa agar Allah kurniakan kejayaan yg besar dan kurniakan dia seorang lelaki soleh yg boleh jaga dia sampai akhir hayat. Amin
ps: Love u ti :)
0 no comments :):
Post a Comment