RSS

it is easy to say than done...

Hanya Allah je yg tau ape apa yang aku rasa sekarang ni
Mungkin Allah nak uji aku lagi..
Mungkin ujian ini tak sehebat apa yg org lain lalui
Tapi bagi aku, ujian ni berat, untuk org mcm aku..
Aku sedaya upaya nak kembalikan semangat yg mcm nk terbang
Tapi...
aku lemah bab2 mengatasi kegagalan,
hati yg diperbuat dari kaca tak mungkin jadi besi

senang je kan kita beri semangat dan dorongan kat org lain
tapi bila benda tu kena kat kita
kita sendiri terkapai-kapai
cakap senang je la
cuba kalau diri sendiri kena


aku kena move forward
cuba lupakan bende yg lepas
mungkin ujian kali ni Allah nak bagi hati aku jadi kuat
supaya jgn cepat aim tinggi2
dan jaga hubungan dgn Allah, manusia, alam
hidup susah kalau tak jaga 3 benda ni


insyaAllah..
roda akan berputar ke atas semula




ps: kena selalu bersyukur!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

terima kasih ti :)


Someone tagged me on facebook on this



Minggu yang yg sibuk, sekejap je masa dah berlalu, lepas ni dh nak masuk midsem. Bercerita banyak pasal midsem, sebenarnya, banyak lagi yang aku tak tau, byk lagi yg aku belum discover. Stress semakin menghimpit, mood selalu xstabil, berat semakin menurun (part ni yg best) dan muka semakin sunburn. Hakikatnya, aku samar-samar dalam sem 5 ni, org lain semua tgk aku mcm budak excellent je, tp hakitkatnya, aku lemah, sama mcm org lain :(


Cukuplah jangan saiko2 aku lagi...boleh masuk tanjung rambutan aku nih..haha



Tujuan aku post ni, aku nk dedicate kpd seseorang yg cukup berharga dlm diri aku. Mungkin Allah temukan aku dgn dia disaat aku lemah dan tak berdaya, dan sumpah demi Allah, dia antara sahabat yg terbaik pernah Allah kurniakan pada aku. Aku bersyukur sangat dapat mengenali dengan dia, walaupun kami berbeza character.


Dia cukup sempurna di mata aku, seorang anak yg baik, pandai (dean list throughout semester) penyabar, family girl, islamic (woo..) dan apa2 lagi character baik semua dpt kat dia ni. Walaupun aku dan dia busy, tp dia tetap rajin mengunjungi aku kat bilik, sambil sembang2 release stress. Kalau dia datang time aku tengah kalut study, mesti aku sanggup tutup buku kejap semata-mata nk brsembang dgn dia, aku hormat dia bukan sahaja sbgai kawan tp aku anggap dia sebagai kakak wpun kami sebaya hehe. Nak dibandingkan dgn aku ni, DIA JAUH LEBIH SEMPURNA.


Dia ada disisi aku semasa aku rasa dunia ni tak adil untuk aku, dia genggam tgn aku sewaktu aku rasa tiada siapa yg boleh bangunkan aku, dia tetap percaya dan bersabar dgn karenah aku, dia sanggup luangkan masa dgn aku walaupun dia busy dan selalu ajak aku pergi masjid or surau untuk dgr ceramah kerohanian. Walaupun kami tinggal berasingan, tp selalu juga dia msg aku ajak pergi masjid surau, taranum, kelas tajwid...


Bila aku berjaya keluar dari kepompong kesedihan dan membina kekuatan diri, dia tetap sentiasa berada di sisi aku. Bila kami jumpa, mesti dia akan mengingatkan aku tentang kisah hidup aku yg dulu (yg byk sedih2 tu) dan beri nasihat dan dorongan berterusan sehingga ke hari ini. Hal tu yg buat aku kagum dgn dia, dia sentiasa ingat aku, dan insyaAllah aku ingat jasa dia sampai bila2.


Aku xde pape nk beri sbgai penghargaan kpd dia yg byk berjasa, emas segunung pun tak mampu byr apa yg dia taburkan budi kat aku, aku cume boleh berdoa agar Allah kurniakan kejayaan yg besar dan kurniakan dia seorang lelaki soleh yg boleh jaga dia sampai akhir hayat. Amin


ps: Love u ti :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

its super cruel

News terhangat minggu ni,
Pemimpin Libya telah mati dibunuh tentera pemberontak


Reaksi aku?
Terkejut jugak la
Mati akhirnya pemimpin yang dikatakan kuku besi ni

Baca paper pagi ni
Tetiba aku rasa semacam je
Surat khabar yg tak tau la betul ke tak kan..
Kosmo je pun


Aku baca yg sebelum dia mati, dia sempat merayu jgn tembak
Tapi, dia dikatakan dipukul sebelum ditembak mati
terus aku bengang!
Apasal la tembak dia sampai mati?
aku tau la mungkin masa tu org2 yg buru dia tu tgh panas
tapi pendapat aku tak patut tembak dia macam tu
sepatutnya tangkap dulu kan..masuk perbicaraan yg jgn cmpur dgn kehakiman barat
bukan apa
Dlam quran pun Allah firman jagn tembak orng yg lemah melainkan dia melawan
lebih kurang mcm tu la yg aku paham
tapi yg ni...kejam pun ada


mungkin korang rasa aku tak ptut back up dia
tp atas dasar keperimanusiaan
sejahat mana pun dia ni, tak patut ke kejam sebegitu
dia akan terima hukuman juga
islam berperang sesama islam
barat senyum je
dunia mmng akan kiamat bila2 masa


this is just what i feel

semoga Libya menerima sinar baru..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Legend

Aku mahu jadi seorang legend
Supaya semua orang kenal siapa aku
Aku nak kehidupan sederhana tapi penuh miracle
Biar semua orang tau apa yang aku lalui
Kisah suka, duka, manis, pahit, tawar masin


I want to inspire people
Biarlah trend aku (yg positive je la) jadi sebutan dan ikutan
Bukan nak berlagak
Tapi aku mahu dikenang
Biar nanti masih ada orang kenal nama aku wpun aku dah xde kat dunia ni



Jauh lagi perjalanan
Banyak lagi belum aku jumpa
Percintaan pun xde lgi (??)
Belajar pun tak abis
berangan ke lebih


Tapi aku akan jadi legend
suatu hari nanti
Dr Intan Noor Aina akan dikenang
InsyaAllah.

Aminn!



Ps: Nak jadi legend yg positive





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cabaran bermula!

Ya Allah, permudahkanlah kami,
Berikan kelapangan masa kepada kami,
Jauhkan kami dari bahaya
Eratkahlah ukhwah diantara kami
Lembutkanlah hati kami
Jadikan kami pemimpin yang jujur dan adil
Jadikan kami dalam kalangan manusia yang terbaik
Sinarilah hati kami dengan kepintaraan
Jauhkan kami dari sifat penting diri, tamak haloba, dengki dan khianat
Kuatkanlah semangat kami mengharungi dugaan yg menjadikan kami lebih tabah
Ku mohon segala yang terbaik dariMu Ya Allah
Sesungguhnya Kau maha mengetahui




Ps: InsyaAllah, aku mampu buat ni!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS