Tay: Intan, kamu ada gunting?
Intan: Ada, nak pinjam?
Tay: Nak
Intan: Boleh, tapi jangan hilang tau, tu pemberian special seseorang
Tay: Seseorang? siapa? peliknya kenapa bagi gunting?
Intan: Hahaha, kawan sayalah, kenapa? gunting tak boleh jadi barang istimewakah? Awak tau tak yang barang biasa pun boleh jadi barang istimewa kalau orang yg istimewa bagi kat kita
*****************************************
Lebih kurang macam inilah aku borak dengan roomate. Terus tiba-tiba aku teringat sebuah cerita Indonesia aku tengok tahun lepas, cerita tu cerita hantu. Mengisahkan tentang seorang wanita yang ingin menyampaikan mesej cintanya pada teman lelakinya zaman sekolah menengah. Wanita tu belajar kat London dan lelaki tu masih di Jakarta. Wanita tu, dalam perjalanan pulang ke Indonesia lepas tamat study lebih kurang 4 tahun dan nak sangat jumpa lelaki tu (yg dalam cerita ini semacam sudah melupakan wanita tu). Kemalangan airplane telah membunuh wanita dan roh dia masih kembali untuk berjumpa dengan lelaki itu.
Lelaki tu selalu ternampak roh wanita tu dan dia tak tau yg wanita tu dah mati, dan dia juga ingin nak jumpa (teringin la kan) walaupun mak dia tak suka. Pada akhir cerita ini, lelaki tu dapat tau wanita tu dah mati melalui berita kemalangan kapal terbang di TV dan semasa melawat kubur wanita itu, seorang wanita (adik kepada simati tu) telah memberikan lelaki itu sebuah kotak buruk yang kecil yg katanya dijumpai sewaktu misi menyelamat mangsa kapal terbang dijalankan dan kotak itu tertera nama lelaki itu. Lelaki tu bawa balik rumah dan buka kotak buruk itu dan mendapati sebuah pengetip kuku yang kecil di dalamnya
(Aku yang tengok cerita ni pun pelik, apasal la simati tu bagi ketip kuku kat laki tu, takde benda lain ke nak bagi??)
Lelaki tu terjumpa sekeping nota yang diselitkan sekali bersama ketip kuku di bawah penutup kotak itu. Nota itu bertulis;
"Cintaku ini seperti kuku, ianya tetap tumbuh dan berkembang walaupun kau memotongnya.."
Rupanya terdapat mesej lain yang ingin disampaikan oleh simati disamping ketip kuku yang murah tu. Aku sangat terharu dengan kata-kata ikhlas datang dari hati seorang wanita yang tidak pernah meluputkan ingatan kekasihnya walaupun mereka terpisah beribu batu dalam masa yang lama. Dalam cerita ini rohnya belum sempurna sebelum dia dapat memberikan sesuatu yang ingin dia sampaikan sebelum lelaki itu.
Ps: Jadi, kalau nak beri sesuatu untuk menghargai seseorang, tak semestinya dengan harga yang mahal, tapi hati yg ikhlas dan jujur merupakan hadiah yang tak ternilai harganya untuk orang yang amat bermakna dalam kehidupan anda :)
0 no comments :):
Post a Comment