Patience is the best virtue.
Tapi aku tidak memiliki tahap kesabaran yang tinggi. Sifat yang inherited entah dari genes siapa (tak mungkin dari mak, abah) sebab mereka sangat penyabar. Abah especially. Perkara yang buat aku tidak bertoleransi ialah perkara berkaitan dengan masa. Masa itu adalah segalanya, masa juga ibarat pedang yang boleh memancung kepala. Aku sendiri tak suka perkara yang melambatkan, walaupun aku pernah buat (tapi tak selalu). Kalau on-time, aku akan pastikan diri aku datang dulu, biarlah orang lain lambat, tapi bukan aku.
Kalau bab menunggu orang pun sama, aku memang tak suka aku kena tunggu orang dan orang tunggu aku. Kalau nak lambat tolong bagitau awal2, jgn biarkan kene tunggu macam batu tepi jalan. Setakat 5-10minit lambat tak pe lagi, yang ni kalau dah 1 jam, sesabar mana pun, meletop jugak.
Aku cuba belajar bersabar, tapi ada limitnya. Perkara yang mengajar aku bersabar semasa diuji di Padang Arafah yang sangat panas sementara tunggu waktu wukuf sampai keluar air mata sebab keadaan yang sangat panas dan kering. Sungguhpun macam tu, tangan ni tak berhenti tadah tangan doa walaupun dah terbaring dekat dataran berpasir yang dialas dengan kain kanvas. Panasnya mengajar umat Islam betapa seksanya di padang masyar, akhirat kelak yang beratus2 kali ganda umpama matahari sejengkal kepala. Insaf seketika..
Realitinya hari ni, aku tak mampu menahan kesabaran.... :(
ps: Minta maaf kepada semua yang kena tempias diatas ketidaksabaran aku.
0 no comments :):
Post a Comment