Telah aku katakan pada hati ini, agar jgn mudah terjatuh lagi,
Tetapi hati ini seakan tidak mengerti
Ya Allah, mengapakah aku diberi dugaan seperti begini?
Mengapakah Kau biarkan hati ini pergi lagi?
Telah aku lindungi hati ini agar tidak dilukai lagi
Tetapi hati ini seakan ingin diluka lagi
Aku telah katakan pada diriku agar jangan mudah terjatuh lagi
Tetapi hati ini seakan menafikannya,
Ya Allah, aku lemah menepis dugaan ini Ya Allah,
Kau tutupkanlah pintu hati ini, buat sementara
ke atas insan bernama LELAKI,
Aku serik dikecewakan lagi sebagaimana Kau pernah menguji aku dahulu
Aku insan yang lemah, hanya air mata menjadi pengubat duka
Aku tidak setegar Sumayyah, yang mengorbankan dirinya untuk Islam
Aku cuma seorang PENDOSA tidak serik mengulangi kesalahan, yang mahu mencari kesempurnaan iman tetapi tidak pernah mengecapinya..
Biarlah aku terus hidup dengan mengejar cita-cita harapan ibu bapa,
bukan hanya memegang kelalaian yang bernama...cinta
ps: stress, mood exam, assignment ruminant production, oral test physiology...
>.<''
0 no comments :):
Post a Comment