RSS

untuk kawan baik saya

25/9/2010
6.11pm

Dear Cik Asma


First time jumpe ko, jujur aku ckp memang aku xsuka giler dengan perangai kau tu. Serius bukan aku sorang je tapi budak-budak lain pun.


Hari meniti hari

Bulan berganti bulan

Sem berganti sem

Tiba-tiba pada satu waktu tu aku kehilangan arah, kehilangan semangat, kehilangan kata-kata untuk meneruskan hari-hari yang bakal mendatang sebab terjadi 1 tragedi yg hampir buat aku berfikir adakah aku salah dilahirkan di dunia ni?? kenapa Allah kejam kepadaku?? aku hampir hilang segala-galanya, aku hidup dlam dunia gelap dimana tiada siapa yg faham dan mampu berbuat apa-apa.

No one knows how much I've suffered
I was so cold just like a statue


Dalam keadaan terkapai-kapai tu, siapa yang memeluk diri ini dan meminjam bahunya jadi tempat curahan air mata??

Siapa yang memujuk aku supaya sabar dan ingat Allah banyak2?

Siapa yang selalu menemani aku di saat aku perlukan seseorang untuk mendengar segala curahan hati ini?

Siapa yang mengajar aku untuk berdikari untuk betah bersendirian tanpa orang lain?

Siapa yang bagi nasihat dalam segala perkara mengenai frienDship??

Siapa juga yang mengeluarkan aku dari dunia gelap aku itu??



JAWAPANNYA ADALAH ENGKAU, ASMA


Kau yg peluk aku, diwaktu aku sangat memerlukan org untuk menenangkan aku
Kau biarkan bajumu basah dgn air mata aku
kau yg suruh aku bersabar, Allah telah menguji aku dulu
Kau yg selalu menemani aku ke mana-mana sahaja, kau tidak benarkan aku bersendirian ketika itu!!
Kau juga yg bersikap kasar dgn aku agar hati aku cekal menerimanya
Kau juga mengajarkan erti persahabatan sebenar
Kau juga mengajar aku bahawa x salah hidup bersendirian
dan...kau juga keluarkan aku dari kepompong kegelapan, sehingga aku dapat melupakan segalanya sehingga hari ni..


sebab itu, aku akan selalu menjadi kawan baik kau sampai mati. Budi yg kau taburkan itu akan aku ingat sampai bila2. Mungkin dari sini Allah nak tunjuk sapa true friends yg sebenar lepas kejadian itu..


Asma,

Will u give me just a lifetime?? Being with you has made me complete..always be :)

Walaupun kau berubah sedikit kerana kehadiran org ketiga, aku akan tetap sokong apa yg engkau lakukan, selagi x langgar hukum agama. Teguran aku pada malam tu adalah untuk kebaikan kau juga agar tidak lakukan kesalahan yg sama. Kalau nak ikutkan, aku juga akan lari dari kau, walaupun aku tak nak lakukannya. Sebab aku percaya, kau boleh berubah...Aku juga akan menjadi seorang sahabat yang akan melakukan segala-galanya seperti mana kau tolong aku dulu..sampai sekarang aku masih xakan boleh melupakannya. Appreciate lah apa yg ada dihadapan kau ni sekarang, dan insyaAllah hubungan kita akan kekal sampai bila2... kerana kau manusia yang telah diciptakan untuk menjadi sahabat sejati kepada intan noor aina binti kamaruzaman..

I will always be your best friend, your everything

Kekalkanlah persahabatan kami Ya Allah...amin



Tulus ikhlas dari hati...




Besties forever :))


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment