RSS

Hanya itu yang mampu aku sumbangkan...

Aku sedih...tp dlm hati lega jugak



Pada malam 3 Ogos 2010 lepas, maka tamatlah peranan aku sebagai setiausaha VETSA yg pertama. Pemilihan AJK baru juga dibuat, dan keputusannya telah pun umum diketahui. Aku tak memegang sebarang jawatan untuk majlis tertinggi VETSA pada kali ini, hanya menjadi ahli biasa. Pemilihan AJK VETSA kali ni menyaksikan ahli majlis tertinggi dipilih dikalangan pelajar vet junior. Tahniah bagi setiap yang terpilih, semoga VETSA akan menjadi persatuan pelajar yg terunggul di UMK!!


Pemilihan kali ni telah mengejutkan ramai pihak, apa yg diramal tak menjadi kenyataan, tapi disebaliknya telah berlaku. Aku sendiri pon tak menyangka, org yg selama ni aku anggap akan menang, tapi xdpt. Tapi ada hikmah disebaliknya, mungkin orang yg dipilih untuk meneraju persatuan ini akan memantapkan lagi peranan serta memberikan idea-idea yang bernas to bring names to vets especially in UMK.


Aku kene calon 2 kali untuk jawatan secretary dan AJK keusahawanan. Pada mulanya, aku agak kaget untuk pencalonan kali ni, sebab aku sendiri xnak jadi secretary lagi, cukuplah setahun yg menyeksakan dgn byk kerja and etc etc etc.. Tapi masa nama aku kena calon tu, xkan nak tolak depan org ramai kan, at least professional sikit, tolak dgn cara yg baik..nasib baik aku xdpt jawatan tu, taken over by Pamela Cassandra..sighhh...quite relieved..

Pasal jawatan keusahawanan tu, giler pe??? aku xde experience apa2 psl entrepreneur ni, because im not keen on business. Kalau dpt kt aku jawatan tu, aku pon xtaw nk buat pe. Tp aku xdpt jugak jawatan tu, nasib baik la, biar org yg berpengalaman bole handle bende ni.


Selepas berakhirnya AGM, tanpa sedar aku menangis...sebak rasanya, aku telah pon menyerahkan tugas itu kepada org lain, setelah setahun penat aku pegang jawatan ni, penat lelah uruskan itu ini, yg telah byk mengajar aku untuk lebih bertanggungjawab dan meningkatkan soft skills. Buat kertas kerja yg dah berapa kali kene reject, tapi sume tu x mematahkan semangat, demi menjayakan semua aktiviti yg perlu kami lakukan.


Aku jugak nk lepaskan jawatan ni sebab xtahan dgn environment yg buat kepala sakit. Tapi, aku masih sayangkannya, sebab aku org pertama yg pegang dan aku dah rasa pahit manis dlm menjalankan tugas, tapi disebabkan tekanan melampau dan perlu bagi peluang kepada org lain,aku melepaskan jawatan ini dgn hati terbuka walaupun aku masih menganggap aku sebahagian drpdnya...


Sekali lagi, aku xpernah menyesal dan aku rasa bangga walaupun VETSA masih setahun jagung dan masih ramai tak kenal. Apa yang aku belajar sewaktu memegang jawatan setiausaha ni adalah sentiasa bekerjasama dgn org lain, selain perlu komited siapkan segala laporan serta melatih diri supaya menjadi yg terbaik pada masa hadapan.



Semoga AJK Tertinggi kali ini mempunyai misi baru dlm menaikkan nama VETSA dan menjadi sebuah persatuan yg terunggul, dgn memiliki ahli yg komited, berdaya saing dari segi akademik, serta mempunyai bakat kepimpinan yg cemerlang pada masa akan dtg, memerangkap sebagai sebuah persatuan Veterinar yg hebat di mata dunia. InsyaAllah









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment