RSS

Sebuah Perpisahan

Jangan bersedih wahai kekandaku,
Telah tertulis di Luh Mahfuz,
Yang dia bukan milikmu,
Yang bukan tercipta untukmu
Yang akan menemanimu,
Sehingga ke hujung nyawamu.


Jangan bersedih wahai kekandaku,
ketahuilah yang dia bukan lagi jodohmu,
Keluarkanlah segala apa dalam dirimu,
Dia tidak akan kembali untukmu,
Putuskanlah hubungannya,
Dekatkan lagi hubunganmu dgn Pencipta,
Agar kau tahu, bahawa dia bukan lagi untukmu.


Titiskanlah air mata wahai kekandaku,
Sesungguhnya Allah telah menghitung air matamu,
Tangisan itu bukan membawa maksud yang kau lemah,
Tetapi untuk megajar dirimu untuk lebih tabah
menghadapi cabaran di dalam kehidupan yang penuh luka


Ketahuilah wahai kekandaku,
Sesungguhnya perpisahan itu amat pedih
Tetapi setiap perpisahan itu ada hikmahnya,
Agar engkau sentiasa ingat kepadaNya,
Agar engkau sentiasa berwaspada
terhadap syaitan cinta
Yang acap kali menggoda
untuk ke lembah kemaksiatan
Mungkin kau tidak sedar,
kerana manisnya cinta itu,
sehingga tak boleh bezakan kaca dan permata
Dosa dan pahala
Syurga dan Neraka
Maka,
Bersyukurlah kepadaNya
kerana engkau "terpilih"
Anggaplah perpisahan ini sebagai anugerah kurnianNya
kepadamu, agar sentiasa berwaspada wahai kekandaku


Ketahuilah wahai Kekandaku,
Sesungguhnya Allah akan memberikanmu
seseorang yang lebih baik untukmu,
untuk menemanimu di Al-jannah yg kekal abadi
Hanya masa yang menentukan
Sesungguhnya jodoh itu rahsiaNya
Dan, jika kau ditakdirkan untuk bercinta lagi
Anggaplah ini sebagai peluang
Jangan diulangi kesilapan yang lalu
Pelajarilah dari peristiwa itu
Agar kau lebih mengerti...


Sesungguhnya manusia tidak boleh hidup tanpa cinta
Kerana cinta terdirinya taj mahal
Kerana cinta runtuhnya empayar cleopatra
Kerana cinta Romeo dan Juliet menjadi mangsanya
Sejarah membuktikan
Betapa agungnya panahan cinta
Yang menusuk di hati manusia
Agar berkorban kepadanya, menjadi hambanya



Jangan bersedih lagi wahai kekandaku,
Sesungguhnya adinda akan sentiasa disampingmu
Memberi semangat dan panduan,
Agar engkau tidak kecewa lagi...















Copyright Reserved..
jgn tiru

ps: aku benci kalau kalah pada CINTA!






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment