RSS

week passed and gone


Comel la budak ni..hehe


Tetiba terjaga pkul 2.16 pg setelah tertidur selama 4 jam lebih. Tapi alhamdulillah, sakit dah kurang sikit :). Tidur ialah pain killer yg terbaik dari opiods! hehe


Mcm terjadi kat aku minggu ni, entah la ade yg baik, ade yg buruk tp minggu tapi papepun bersyukur sebab masih mampu jalani hidup dgn baik..


2-3 hari lepas aku terasa hati baca komen kawan aku ni tujukan kat aku, dia tulis gaya mcm marah-marah la sbb aku terpost something yg tak patut pun (katanya). tp yg buat aku terasa hati (nangis lepas tu) sbb dia tak tau niat aku hanya nak cari barang hilang tp apa yg aku dpt komen mcm tu. Kalau ye pun salah aku, tegur la dgn cara yg baik tp cara dia tulis tu dia buat aku feeling offended. Aku ialah seorang perempuan, aku ade perasaan,, tolonglah faham.. T.T

Aku takde niat nk naikkan marah sesape, tp tulisan itu.....kills every cells. Then I got this feeling,,mungkin dia tak suka aku, dan cara post aku tu mungkin la naikkan marah dia. Aku xnak cakp aku xbersalah dlm hal ni, tp aku tau aku berdiri di mana. Ok la fine, aku xde hak nak halang seseorang untuk benci aku. Kalau org dah benci, buat papepun perasaan tu tetap ada..Tapi papepun, kalau kami tak bertegur lepas ni, aku redha jela dia x suka aku...


Aku termimpi2 bukan kebelakangan ni, bergaduh dgn kawan baik sendiri..mungkin syaitan kacau aku atau Allah bakal menguji aku?? Wallahualam


Semalam hari khamis satu keajaiban telah berlaku. Lepas aku tekan duit di ATM dan otw balik kelas dgn kawan aku tetiba pintu cermin kereta aku diketuk oleh seorng pakcik. Dia tunjuk tayar belakang kereta aku PECAH weiii...adoii terperanjat aku! Masa bawak kereta td ok je, tetibe pusing2 belakang tayar kempis mcm roti canai, pe lagi kelam kabut kuar kete..masa xtaw ape nk buat (sbb x penah blajar tuka tayar) pakcik yg ketuk cermin tu cakap dia nk tolong, tp kene tunggu jap sebb dia nak hantar barang kt pasar mlm..


Lepas tu, pakcik tu pun terus tukar tayar aku (nasib baik de tayar spare), pastu dia ckp suruh beli tayar baru jadikan spare..Lepas tu aku nk bagi duit sbb dia dh tolong aku tp dia tak nak, berkali2 gak aku nk bagi tp dia xnak.Ikhlas pakcik ni..last2 kawan aku bagi kt dia jugak..



Ni la pakcik yg baik tu.


Aku doakan semoga hidup pakcik dn keluarga diberkati dan murah rezeki oleh Allah.


Lepas tu pegi petronas isi angin tayar dn balik kelas...aku x penah isi angin so amik pengalaman la..


Dorang ni ikut aku tp last2 kene tolong aku isi angin haha


Huhh..

lepas abis kelas aku pergi la kat kedai tayar nk tuka tayar spare baru..tetibe sorang pakcik kt kedai tayar ni ckp..


" Ya Allah dik, tayar kereta adik semua pecah ni...bahaya dik oii bawak kereta tayar dh pecah ni..mcm mana boleh jalan atas jln raya lg ni?? nasib baik tayar belakang yg pecah, kalau tayar depan pecah tergolek anjing jawabnya.."


Ok fine, tayar2 tu dh berusia 11 tahun (patutla)


Terpaksa tuka 3 tayar...nasib baik abah kol ckp dia nk bayar..huhu save duit aku skit..Tapi moral of the story len kali jgn tau bawak kereta je, kene check tayar dan servis kereta mesti selalu tgk. Haha

Nasib baik kena hari kamis (org x cuti), tayar belakang pecah masa kereta x berjalan, dan abah nk sponsor tayar..kalau tak.. paham2 la


Papepun aku bersyukur kerana setiap musibah ada nikmat disebaliknya..


Ok bab study pulak..aku semakin malas kebelakangan ni, pastu byk pulak basic lupa..huhu tu yg merisaukan aku..konsep tu ade tp bila org tanya tercampur2 sume. Asihh risaunye aku lg 2 tahun nk grad tp mcm xtaw ape je..Sedihhnye bila soalan senang xleh nk jawab. Ade idea tp tah mana2..kalau dulu, belajar satu-satu, parasite, bacteria, virus, physiology, datang pulak tahun 3 ni semua subject dia compile jadi 1! hahhhh! Menganga cari jawapan. Tapi walau bagaimanapun ia tak mampu menggugat cinta aku kpd bidang veterinar ni...cewahhh


Yeah...vet med. Proud to be :)













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

xperia vs nasi kicap






Saya nk sebuah sony xperia ray...tp sy xmmpu nk beli. Saya nak sangat sangat.Saya selalu berdoa agar dpt memiliki handset ini. Harga dia murah sikit je drpd iphone4..Sedihnye, setiap malam mengigau nak beli bende ni, tp bila tgk duit dalam account....entah cukup ke tak 6 bulan ni..hajat di hati xmau mintak duit kat mak abah lagi. Huhu apakan daya.


Sampai satu hari tu..


A: Kau tau, masa mak aku tengah xde duit time aku kecik dulu, dia just goreng ikan bilis campur bawang makan dgn kicap dgn nasi...tapi sedap,


S: Masa aku kecik dulu, ayah aku kerja bawak lori, aku pergi sekolah tak bawak duit pun. Masa kecik jugak, aku tak mampu nak beli nugget...



.....


Bila aku dgr mereka mcm ni, barulah aku sedar life is not easy. Aku tak pernah rasa susah mcm mereka, jauh sekali makan nasi dgn kicap mcm tu. Aku sepatutnya bersyukur dan tau membezakan mana yg keperluan dan kehendak. Mungkin hidup aku tak sempurna seperti yg aku inginkan, tp bila pusing belakang ada org yg inginkan kehidupan macam aku. Jadi tanyalah pd diri sendiri ap lagi nikmat yg kamu xpuas hati.


So, moral of the story, bersyukurlah dgn apa yg kamu miliki.

Aku sedaya upaya buang perasaan cemburu dan iri hati dgn kemampuan org lain, dan aku sedar sepatutnya aku perlu bersyukur dgn kemampuan aku yg Allah kurniakan. Jgn tamak, kelak rugi.


Anyway... I STILL WANT THAT XPERIA! huhuhuhu

ps: InsyaAllah, mungkinkah ada insan mulia nk hadiahkan kat aku??... **harap je la..







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pemahat gunung

Aku teringat satu sajak yg dibuat lagu masa aku masuk PLKN dulu. Group aku kene present sajak ni dlm bentuk nyanyian, so fasilitator yg bg tajuk sajak ni. Sajak yg tidak diketahui pengarangnya ini byk tnggalkan kesan mendalam puitis yg bila aku renung balik ia adalh berkaitan dlm hidup seseorang manusia tu sendiri

*****************************************


Di sini sebuah gunung pejal
Seorang pemahat pintar
Tahu tari tukul dan alat
Ilmu jiwa pejal batu

Panas mersik
Lupa pada ketukan batu
Hujan terhenti
Tergoda pada king-king batu
Semangat jangan luntur

Gunung pejal rata ditapaknya
Berdiri seorang jeneral
Menyanyi memandang barisan gunung
Sujud dan tertawan


ps: mungkin aku tak pandai nk tafsir,bg aku pemahat itu diri kita yg dulu, bersusah payah meratakan sebuah gunung (masa depan) dan jeneral itu adalah kita yg di masa depan yg berjaya membentuk masa depan atas usaha yg dilakukan semasa jadi pemahat dulu. sekian :)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS