RSS

2012 jan

Salam..dah lama sepi blog ni sbb tuan empunya mmng busy tahap gaban final exam ni. Aku sgt2 merindukan sem 2 dan 3!

SELAMAT TAHUN BARU 2012!!

*tak macam tahun baru pun rasa sebb msing2 busy exam....aishhh

semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya Amin.. :)

Alhamdulillah sihat sejahtera, mak abah baru je balik lepas jenguk aku kat bumi kelantan ni. Hehe. Walaupun 4 hari je kat sini, tapi mereka kehadiran mereka sgt2 bermakna untuk aku amik exam + release tensen.

Oh dgr la aku nk bercerita ni..

Aku baru lepas amik exam anesthethic pagi tadi 5th january. So far, ok la kot. Aku tak berani nak cakap pape, aku percaya Allah sahaja penentu semua tu ^^

Exam lain? same je kot..bila lepas exam mesti aku rasa macam byk je bende yg aku tak tau. makin kedepan semakin banyak tak tau. Sabo je la

Betul org cakap, kalau orang permudahkan urusan org lain, mesti Allah permudahkan urusan kita. Macam rezeki la, lebih byk bersedekah, lagi byk dapat kat kita balik. Huhu macam mana nak sedekah ek? duit aku pun dh nk abis ni..haha. InsyaAllah, kalau aku kaya nnti aku bagi sedekah byk2 supaya kaya lagi..haha*sengal

Isu lain..

Kan bebaru ni keluar news tindakan berani budak UPSI menurunkan bendera PM kat 1 tempat ni. Meh aku komen sikit, bagi aku perbuatan tu sgt KURANG AJAR. Yo, bukan aku sokong mana2 pihak tapi cuba bayangkan kalau ade org lain masuk rumah korang tanpa diundang dan pecahkan kereta? apa korang rasa? kurang ajar kan?? dahla masuk UPSI tu kerajaan pnya pastu menentang kjaan. Sengal la budak tu. Adam Adli im sorry if u read this (mesti dia xbaca pun) but ur stupidity doesnt reflex you as a TEACHER-TO-be. Yela kan bakal cikgu, macam ni ke tunjuk perangai kat budak2 sekolah nnti? Tolong la, nak marah PM beri la memorandum ke, domonstrasi aman ke bukannya buat publisiti murahan masuk tempat org ske2 hati je turunkan bendera org. Macam ni ke demokrasi oii?


Next, melayu gay kawin. Kesian mak ayah dia. Tu la pandai sangat bukannya bermaksud pegangan agama tu kuat. Apa yag aku boleh komen, tak guna kita semua ni cemuh dia, biarkan dia dan hidup dia, he choose to be as he is, kita cuma mampu doa yg dia boleh berubah, sebelum ajal jemput dia..


Agaknya kenapa begitu susah nak pegang pegangan agama bila kat overseas? Contohnya yg dpt 17 A1 spm tu, dia ni dah mcm jauh berubah (aku dh tgk gmba dia kat internet), tapi aku tak mampu nak beri komen pape, org yg komen2 benci tu tak merasa apa yg dia rasa, cubalah korang duduk overseas bertahun2 dan rasa sendiri. Aku tau la sebab dulu aku pergi UK pun free hair jugak, opss. Tu cerita lama, dan kalau aku pergi lagi (insyAllah kalau dpt smbung study hehe) mesti aku pun susah nak kekalkan imej. Kadang2 kita ni cakap je lebih, tapi sendiri tak tau diri sendiri macam mana. So sebelum kena batang hidung sendiri, lebih baik istigfar banyak2 dan harap kita tak jadi seperti dia dan kuatkan pegangan Islam. InsyaAllah, aku perlukan masa untuk berubah, bukan senang. Aku berubah kerana Allah bukannya sebab org lain. Aku tak de hal dgn budak2 free hair, yg biasa2 ni, cuma aku berharap sampai masa mereka pun boleh berubah..

Lagi..

Hmmm semoga Allah permudahkan aku, mak abah, abang aku yg bakal jadi suami org dan kawan-kawan aku! haha. Seronok tgk kawan2 yg tgh bahagia ni hehe..aku pun tumpang bahagia jugak, haha. Nak balik rumah! aku sangat rindu dgn qulip -___- Qulip la yg buat aku bahagia bila kat rumah..huhu dah masuk tahun 2012 ni, genaplah umur Qulip 8 tahun..bila ingat balik macam mana kami besarkan dia as part of our family, buat kami syg dgn dia. Qulip tu adik aku, anak abah hehe.


Oklah, enough babling, sila tumpukan perhatian kpd 3 paper lagi adoii


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment