Tepat 8 November 2011, genaplah umur aku 21 tahun. Macam tak percaya je dah 21 padahal aku ni tak rasa pun dh se 'muda' tu. hehe
Birthday aku kali ni macam biasa je, tak lah semeriah mana pun tapi aku tetap bersyukur dapat sambut kat rumah..dah 3 tahun sambut bday kat luar, kat matrik, umk, umk kali ni kat rumah pula. Terima kasih kpd semua yg wish birthday aku, tak dilupakan ucapan bday paling sengal pernah aku terima dari exroomate aku si Lai, tak nak la mention kt sini, segan tp bongok la ucapan dia tu. ahahaha.
Urm, hadiah birthday aku??
Abah aku belanja tiket firefly balik KB ahad ni..hahahaha tiket berharga rm150 (kira mahal la gak kan)
Abang aku bagi coklat cadbury sepapan yg besar tu. Sia-sia joging 2 minggu tp mkn coklat gak. Dia janji nak belikan baju kurung cotton kat aku tp sampai sekarang tak dapat lg..huhu papepun bersyukur je la..
Pastu kami sekeluarga makan steamboat kat shah alam. Sumpah antara steamboat paling sedap pernah aku makan..hehe
Hadiah birthday bukanlah bermaksud benda yg wajib diberikan, bagi aku cukuplah ucapan menandakan dia tu ingat kat aku, tu adalah hadiah bday yg paling istimewa. Biarlah tak dapat hadiah asalkan org tu ingat kita ^^
Paling best balik rumah ialah dpt jumpa Kulip. Macam biasalah, kalau aku balik siaplah budak tu kena mandi..
Meh nak cerita sikit psl aku yang dah berusia 21 tahun ni
Aku bukanlah manusia sempurna, aku seorang perempuan yg masih lagi belum explore dunia ni. Bila aku fikir kembali apa yg aku lalui selama ni, aku tak matang lagi. Perangai macam budak2, kuat merajuk, kuat nangis, mengada-ngada, gedik, kurang bersabar dgn masa dan suka mengarut. Sepatutnya dgn umur macam ni aku dh MATANG, hoho bukannya masih kebudak-budakan lagi. Balik rumah je mesti gaduh dgn mak aku. Memang aku terkenal dgn sifat suka menentang dan degil, mak aku pun jenis tak nak mengalah, mmg x sebulu langsung. Papepun aku tetap syg mak aku :)
Bersesuaian dgn umur aku ni, sepatutnya dah ada org masuk meminang aku..uhh??? HAHAHAHA ceh3 aku tak berapa suka cakap pasal jodoh ni, sbb aku tau aku bukan lagi ke arah itu dgn perangai aku sekarang ni, tapi aku berharap seseorang itu akan muncul dalam hidup aku tak lama lagi. I'm single but taken. Paham tak? huhu Aku minat org pun ak tentu org tu minat aku, jadi bersabar je la biarlah Allah tentukan semuanya itu :))
Ps: Aku berdoa biarlah DIA orgnya
Aku bersyukur dgn apa yg aku dpt sekarang ni, bila dh umur 21 ni, baru aku sedar yg mak abah susah payah cari duit untuk menyara hidup walaupun mereka dah pencen. Sekarang ni pun tak boleh nak belanja lebih2 sebab aku paham macam mana mereka cari duit dgn katering dan band show dorang, so paham2 sendiri la kan. Cuba belajar berdikari atas kaki sendiri.
Semua org ada wish untuk bday masing-masing. Wish aku 1 ni je, aku berdoa agar Allah akan berikan lagi dean list lagi untuk sem ni. Bukan aku sorang je tp kawan-kawan lain juga. Biarlah kejayaan ni kita kongsi sama2, barulah hidup diberkati. Walaupun aku sorang pencemburu buta atas kejayaan org lain, tapi jeles2 aku, aku tetap berusaha untuk naik sama level dgn mereka. Aku ikhlas ajar kawan2 aku walaupun aku sendiri tak mahir subject tu. Teringat cikgu aku pernah kata
"Dalam hidup ni tak boleh kedekut, terutama sekali ilmu, jgn jadi kedekut ilmu, ilmu itu milik Allah, jadi setiap apa yg kita dapat kita perlu share dgn org lain. Kalau org lain berjaya atas ilmu yg kita berikan, insyaAllah Allah kurniakan kejayaan berlipat ganda. Mungkin Allah tak beri kejayaan tu sekarang tapi masa akan dtg Dia akan beri. Itulah dinamakan kejayaan tertangguh.."
Jadi jgn jadi kedekut ilmu ^^
Aku mengaku aku kurang sikit bab2 motivasi ni, tp kalau ada sesiapa yg nak berkongsi aku alu-alukan je, jgn pulak ceramah politik dgn aku..huhu
Setakat ni, tu jela aku nak ckp..nk mengarut lebih tak de idea pulak..
Semoga Allah pnajangkan umur aku dan jadikan aku insan yg manusia yg berjaya dan diberkati seumur hidup. InsyaAllah , Amin:)
Bergaya dlm kereta..hehe
Ps: Dah umur 21 ni..jadi sudah ada tanggungjawab untuk mengundi..
2 no comments :):
Undi jgn xundi,huhu. Anyway hppy 21st smoga pjg umo murah rezki cpt kawin.huhu
hahaha ko dh dftar lagi ke?? cepat2 dftar boleh merasa undi first time :)
ps: cepat kawin yg xleh bla tu..hahaha
Post a Comment