RSS

what a sweet story

*outdated last post coz i was busy like no ones business.* Neway still keeps my day going well hmmm. I'll put in blog if I got a little time to run over it.



But I couldn't keep my mind off about one story I read today in the Reader's Digest in the library today and I wanted to share to you on how we appreciate someone's in our life. I can feel like my cheek went red and my hair stood up when I read the article

Tak ingat apa tajuk article tu tapi story dalam tu cukup menyentuh hati


******************************************

Pada tahun 1969, ada seorang wanita dan seorang pemuda belajar disebuah University di Amerika ambil kos Biology, disebabkan kos yg ditawarkan disitu masih baru dan tidak banyak permintaan, jadi bilangan orang dalam kelas itu hanyalah 3 orang sahaja. Jadi si pemuda dan wanita ini bersama seorang individu yang lain ini menjadi sangat rapat sebagai sahabat dan kawan.


Tahun berganti tahun, maka kesemua mereka grad dengan jayanya, si pemuda terus dengan cita-citanya dengan berkahwin dengan gadis idamanya, dan si wanita ini pula dapat pekerjaan. Walaupun mereka sudah mempunyai kehidupan masing-masing tetapi mereka masih rapat, saling bertukar-tuka surat terutamanya pada hari Krismas. Tradisi ini diteruskan sehinggalah wanita itu pula bertemu jodoh dengan seorang lelaki.

Belasan tahun selepas wanita tu kawin, si pemuda tadi terpaksa bercerai dengan isterinya atas sebab-sebab peribadi dan hidup sendirian. Sungguhpun begitu, mereka tetap rapat dengan menghantar kad terutamanya pada musim krismas. Si wanita yang pada masa itu telah mempunyai 2 org anak juga tidak lupa kepada sahabatnya semasa di university itu, sering menghantar khabar dengan menggunakan last name barunya, iaitu nama suaminya. Wanita itu juga komited dengan kerjayanya, sehingglah pada satu hari wanita ini pula bercerai atas sebab-sebab tertentu.


Pada kebiasaanya, si wanita akan menghantar kad krismas kepada lelaki ini, tetapi pada kali ini dalam kad itu hanya tercatat nama wanita itu, tanpa last name suaminya. Lelaki yang menerima kad itu tadi tanpa ragu-ragu terus menelefon wanita itu tadi dan bertanyakan keadaannya. Wanita ini terus memberitahu keadaan sebenarnya.


Sejak itu, mereka sangat rapat dan sering berada pada satu sama lain. Selain itu, mereka juga berusaha membesarkan anak masing-masing untuk beberapa tahun lagi.


Pada lewat usia, wanita ini diduga penyakit kanser. Wanita ini merasakan hidupnya akan berakhir disitu serta bimbang akan masa depan dia dan anak-anaknya. Si lelaki tadi terus berada disisi wanita itu, menghantar wanita itu di hospital sambil menemani wanita itu menjalani rawatan. Pada masa yang sama, lelaki itu juga mengambil alih tugas wanita itu dengan menghantar anak-anak wanita itu di kolej dan menjaga keperluan mereka.


Tahun berganti tahun, wanita tegar menjalani rawatan kanser dengan si lelaki yg selalu disampingnya. Anak-anak wanita yg dewasa itu juga turut menyenangi kehadiran lelaki itu yang sering membantu ibu mereka di masa susah dan senang tanpa bantuan selepas berpisah dengan bapa mereka. Akhirnya, nasib menyebelahi wanita itu dimana dia telah sembuh secara perlahan-lahan hasil dari rawatan rapi beberapa tahun di sebuah hospital.


Akan tetapi, despite from the happiness, lelaki itu yang berada pada lewat usia juga mengalami nasib yang sama apabila disahkan mengidap kanser prostate. Agak terkejut tentang perkara itu, wanita itu segara berjanji untuk menjaga lelaki itu buat selama-lamanya. Pada penghujung usia 50-an, akhirnya mereka berkahwin. Anak-anak lelaki dn perempuan itu sangat merestui perkahwinan mereka.


Mereka berkahwin pada tahun 2000


Mereka menjalani hidup sebagai suami isteri dengan baik, dan wanita ini sering menemani suaminya menjalani rawatan disebuah hospital. Wanita ini meletakkan suaminya di sebuah hospital di luar bandar agar suaminya dapat tenang dengan keadaan sekitar dan tidak menggangu proses rawatannya.


Sampai akhir masa, akhirnya si suami menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2002 setelah hampir 3 tahun bertarung nyawa atas penyakit yg dihidapinya. Wanita tua ini telah redha dengan pemergian suaminya yang selama ini merupakan lelaki yang ditakdirkan untuk bersama-samanya walaupun mereka hanya sempat bersama untuk beberapa tahun yang singkat.

********************************

sedih giler cerita ni..Lelaki tu seorang yang sangat mulia dan prihatin. Kalau anda baca sendiri cerita ni (dalam versi English) tentu anda semua rasa bagaimananya mulia seorang sahabat yang menjaga perhubungan persahabatan yg terjalin puluhan tahun dahulu


Bagi wanita itu pula, beliau juga merupakan wanita yang mulia dan sanggup mengahwini lelaki tu sebab nak bagi dia bahagia walaupun dia tahu sahabatnya tu xkan hidup lama..



Taken from: Reader's Digest Oct 2010





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment