RSS

Start a new chapter

Dah lama xsentuh blog sebab busy dengan report LI yg telah banyak buat aku pening..hahaha aku suke blogging tp bila penat buat report rasa malas nak update blog.


Headline hari ni; start a new chapter

Yess. Indeed.

Idea ni dtg masa tgh dinner dgn my mum smbil mkn ikan bilis petai belada dgn ikan msk tauchu. goshh sedapp :)

After talking to her, I felt a new spirit running down to my spine. And this, I want to share to you, my dear bloggers :D


Sepanjang setahun melayari hidup sebagai seorang student vet di universiti malaysia kelantan, aku telah ditakdirkan untuk ditemukan oleh 38 org manusia yg mempunyai path yg sama dgn aku. Ada mcm2 jenis perangai yg dh aku jumpa, perangai yg xsangka aku akan jumpa pon ade gak kat sini =.=''


Ada org ckp aku ni sombong dan berlagak. aku tau pasal tu. agak sakit la jugak time tu. kalau nk defend diri ni, nnti org ckp aku je yg betol. so pada aku biarlah org yg kenal aku judge diri aku ni mcm mana..


aku penah rasa manis kt sini. manis ni sebab bila ada kawan2 yg kita suka berada disamping kita, selalu buat kerja same2, mkn same2 and keluar sama2. seronok bila sentiasa org ambil tau pasal kita. bila kita gembira, gembira sama2, kalu sedih pon same2 gak..indahnya hidup. study dpt result xbest pon xper..asalkan mereka ada sama2 dgn kita..


aku penah juga rasa pahit kt sini. pahit.pahit.pahit. bukan nk recap balik apa yg berlaku, tp nk ulas secara keseluruhannya. aku pernah alami trauma, apabila xde org berada disisi di saat kita sgt2 memerlukannya. aku perlu akui,


I pity myself when eating alone

Hakikatnya dari situla aku belajar erti sebuah kehidupan, dimana kita perlu bertolak ansur dan sentiasa memerhatikan manusia sekeliling kita. perangai manusia xsama. rambut sama hitam tp hati lain2. ada kala hidup aku penuh dgn pasang surut. pernah aku goyah sekali, diwaktu itu...Allah telah selamatkan aku dr buat perkara bukan2. Alhamdullilah, Allah hanya menguji aku. tnpa aku sedar, org yg selama ini aku pndang sebelah mata itulah yg byk menolong aku, sewaktu matahari kt atas kepala..


1 perkara penting yg aku belajar dlm erti berkawan disini adalah sentiasa mengawal emosi tak kira betapa beratnya masalah itu. dan jgn cepat menangis!! menangis itu mmng tnda kita mengalah. xkira betapa besarnya masalah itu, perlu diselesaikan secara berbincang tnpa perlu bermasam muka dgn org lain. amalan ini akan sedia menggoyahkan lagi hubungan sesama kawan.


selain itu, dlm erti berkawan, kita perlu terima org itu seadanya, kalau ada perangai yg buat kita xsuke dgn dia, gunakan teguran secara berhemah untuk org tu. xperlu bermasam muka serta tak bertegur sapa. tp kalau dh xde cara lain nk buat, biarkan saja...masih kawan tp jgn ikut perangai dia..


yg paling penting...elakkan cinta. kalau rasa dia hanya sebagai kawan, treat dia sebagai kawan saja. kalau kita dh mula dgn perasaan itu, trust me, akhir nnti diri sendiri yg luka. kita xtaw yg sebenarnya org yg kita kawan dan minat diam2 tu ada org lain dlm hatinya and bila kita tau..xke sakit hati tu?? lain cite la kalau suka sama suka tuh..


yg terakhir...hindari gosip.


segala apa yg pernah aku terima disini, baik atau buruk telah lama disimpan dalam didalam sebuah buku, kehidupan UMK chapter 1. sekarang ni dah masuk tahun 2, alhamdulillah, semua dlm keadaan baik, result exam pun bole tahan dan aku harap yg lebih baik untuk tahun 2 ni.


Start a new chapter in life. Lupakan seketika kenangan lalu. mulakan dengan satu azam yang baru!!mungkin kehidupan tahun pertama itu akan menjadi kenangan paling manis sewaktu menggenggam segulung ijazah pada akhir tahun 2014 nnti..insyaAllah..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment