RSS

Selamat tinggal...





Ucapan selamat tinggal kali bukanlah kali pertama kepadanya
Yang sgt bermakna dalam hidup aku 2 tahun pertama ini
Aku bukan nak mengkhianati persahabatan kita
Cukuplah apa kita telah lalui bersama
Kadang kala aku rasa sakit hati kalau aku tgk dia
Terutamanya bila dia post something buat aku terasa, dan tak selesa
Ada masa aku berbunga-bunga tgk dia, hehe
Biarlah 'perpisahan' sementara ini buat kita lebih menghargai diri masing-masing

Terima kasih sebab setia bersama sewaktu susah dan senang,
Terima kasih sebab banyak menghiburkan aku terumanya pada waktu bosan,
Terima kasih kerana banyak mengajar aku banyak perkara,
Terima kasih kerana menghubungkan aku dan org lain
dan sentiasa mengingatkan aku supaya aku tidak alpa
Ada masanya dia pun bahaya, buat aku terleka
Tapi bukan salah dia, salah aku sendiri
Tak pandai menilai mana buruk dan baikk


Bila kita sudah berpisah kini,
aku berdoa akan terus melupai dia..
buat sementara..


Selamat tinggal,


*


*


*


*


*


*


*


*



*


*


FACEBOOK!!


*************************************************************


Wakakakaka!!! saje je bagi suspen. Haih dah time nak final exam dah ni, so rutin harian yg tercongok depan laptop dan facebooking patut dihapuskan dgn segera!! Xpe, sebulan je ni, 19th januari ni aku log on la balik. Hahaahha. Kesedaran awal..KONONnya..

Istiqamah Intan!!

U still can find me on blog, vet blog and YM..hehe..

Ps: Saya tak sure la sem ni boleh dean lagi ke x....segalanya susah-susah belaka ==''. Mohon minta doa-doa dari pembaca-pembaca blog ni supaya kita boleh harunginya bersama :) Amin




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

inner confessions


"You dont have to impersonate someone, just be yourself"

Finally here I am, di UMK setelah cuti raya haji seminggu lepas. Datang kelas adalah perkara wajib. Tapi bila datang kelas mesti aku kecut semacam sebab result mid-term anesthetic dah annouced. Seriously aku amat bersyukur dgn markah aku yg agak tinggi tp secara halusnya bila aku tgk balik paper anesthetic tu aku sangat kecewa. Kenapa la sampai sekarang aku tak boleh master dalam calculation?? kenapa math benci aku dari tadika sampai sekarang?? not a single calculation yg betul dlm paper tu.

Bukan tidak bersyukur, jgn salah faham..aku tak pernah salahkan sesapa untuk test ni, tp mungkin tak ada rezeki. Cukuplah sekali aku pernah kecewa dalam 'exam' tu. Aku tau aku jenis yg susah nak terima kenyataan. Putus cinta pun kalah sedihnya dari tak dapat apa yg aku nak.

Melihat kawan-kawan lain...aku sentiasa ingatkan diri aku supaya sentiasa bersyukur kerana aku tak perlu menduduki semula paper tu, padang kiri dan kanan anda sebelum anda rasa kecewa, tempat anda tu lebih baik berbanding org disebelah anda...maka bersyukurlah!!

Sejujurnya aku memang takut sem ni. Walaupun tak nmpak dimata tapi aku mmng risau. Setiap malam aku duduk terpikir mcm mana nanti kalau aku sendiri terkontang-kanting dalam semua subjek ni. Aku tak nak suarakan kebimbangan aku dgn kawan-kawan lain, nnti dorang ckp aku saiko mereka. Jadi seperti pramugari, bila kapal terbang nak terhempas still control cool sbb xnak takutkan passenger. Haha


Dan AKU MMNG TAK SUKA ORG GELARKAN AKU SAIKO orang. Jgn la mentionkan benda tu kat aku. Aku takde niat nak saiko sesapa dan aku tak tau pun nak saiko orang macam mana. Yes sometimes I'll get carried away but damnn aku xde niat nak saiko sape2. Gurau benda lain boleh. Setiap hari aku dgr perkataan saiko dalam kelas, kalau setakat sehari dua takpe lagi tp lama2 dh lekat gelaran tu kat aku. Please, tolong jaga perasaan aku. Lantakla nak ckp aku emo ke apa, tapi aku mmng tak suka.

STOP CALLING ME INTANPEDIA/WIKIINTAN!!!


Classmate yg baca/stalk blog aku ni, aku minta jasa baik tolong hentikan ini semua. TQ



Ps: Baru menjinak-jinakkan diri memasak. I'm a bad cook. Tapi aku nak jadi istiqamah, biarlah sekerap mungkin apa yg aku lakukan ni, jimat duit dan jaga badan. Haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy 21st birthday



Tepat 8 November 2011, genaplah umur aku 21 tahun. Macam tak percaya je dah 21 padahal aku ni tak rasa pun dh se 'muda' tu. hehe

Birthday aku kali ni macam biasa je, tak lah semeriah mana pun tapi aku tetap bersyukur dapat sambut kat rumah..dah 3 tahun sambut bday kat luar, kat matrik, umk, umk kali ni kat rumah pula. Terima kasih kpd semua yg wish birthday aku, tak dilupakan ucapan bday paling sengal pernah aku terima dari exroomate aku si Lai, tak nak la mention kt sini, segan tp bongok la ucapan dia tu. ahahaha.

Urm, hadiah birthday aku??

Abah aku belanja tiket firefly balik KB ahad ni..hahahaha tiket berharga rm150 (kira mahal la gak kan)

Abang aku bagi coklat cadbury sepapan yg besar tu. Sia-sia joging 2 minggu tp mkn coklat gak. Dia janji nak belikan baju kurung cotton kat aku tp sampai sekarang tak dapat lg..huhu papepun bersyukur je la..

Pastu kami sekeluarga makan steamboat kat shah alam. Sumpah antara steamboat paling sedap pernah aku makan..hehe

Hadiah birthday bukanlah bermaksud benda yg wajib diberikan, bagi aku cukuplah ucapan menandakan dia tu ingat kat aku, tu adalah hadiah bday yg paling istimewa. Biarlah tak dapat hadiah asalkan org tu ingat kita ^^

Paling best balik rumah ialah dpt jumpa Kulip. Macam biasalah, kalau aku balik siaplah budak tu kena mandi..



Meh nak cerita sikit psl aku yang dah berusia 21 tahun ni


Aku bukanlah manusia sempurna, aku seorang perempuan yg masih lagi belum explore dunia ni. Bila aku fikir kembali apa yg aku lalui selama ni, aku tak matang lagi. Perangai macam budak2, kuat merajuk, kuat nangis, mengada-ngada, gedik, kurang bersabar dgn masa dan suka mengarut. Sepatutnya dgn umur macam ni aku dh MATANG, hoho bukannya masih kebudak-budakan lagi. Balik rumah je mesti gaduh dgn mak aku. Memang aku terkenal dgn sifat suka menentang dan degil, mak aku pun jenis tak nak mengalah, mmg x sebulu langsung. Papepun aku tetap syg mak aku :)


Bersesuaian dgn umur aku ni, sepatutnya dah ada org masuk meminang aku..uhh??? HAHAHAHA ceh3 aku tak berapa suka cakap pasal jodoh ni, sbb aku tau aku bukan lagi ke arah itu dgn perangai aku sekarang ni, tapi aku berharap seseorang itu akan muncul dalam hidup aku tak lama lagi. I'm single but taken. Paham tak? huhu Aku minat org pun ak tentu org tu minat aku, jadi bersabar je la biarlah Allah tentukan semuanya itu :))

Ps: Aku berdoa biarlah DIA orgnya

Aku bersyukur dgn apa yg aku dpt sekarang ni, bila dh umur 21 ni, baru aku sedar yg mak abah susah payah cari duit untuk menyara hidup walaupun mereka dah pencen. Sekarang ni pun tak boleh nak belanja lebih2 sebab aku paham macam mana mereka cari duit dgn katering dan band show dorang, so paham2 sendiri la kan. Cuba belajar berdikari atas kaki sendiri.

Semua org ada wish untuk bday masing-masing. Wish aku 1 ni je, aku berdoa agar Allah akan berikan lagi dean list lagi untuk sem ni. Bukan aku sorang je tp kawan-kawan lain juga. Biarlah kejayaan ni kita kongsi sama2, barulah hidup diberkati. Walaupun aku sorang pencemburu buta atas kejayaan org lain, tapi jeles2 aku, aku tetap berusaha untuk naik sama level dgn mereka. Aku ikhlas ajar kawan2 aku walaupun aku sendiri tak mahir subject tu. Teringat cikgu aku pernah kata

"Dalam hidup ni tak boleh kedekut, terutama sekali ilmu, jgn jadi kedekut ilmu, ilmu itu milik Allah, jadi setiap apa yg kita dapat kita perlu share dgn org lain. Kalau org lain berjaya atas ilmu yg kita berikan, insyaAllah Allah kurniakan kejayaan berlipat ganda. Mungkin Allah tak beri kejayaan tu sekarang tapi masa akan dtg Dia akan beri. Itulah dinamakan kejayaan tertangguh.."


Jadi jgn jadi kedekut ilmu ^^


Aku mengaku aku kurang sikit bab2 motivasi ni, tp kalau ada sesiapa yg nak berkongsi aku alu-alukan je, jgn pulak ceramah politik dgn aku..huhu


Setakat ni, tu jela aku nak ckp..nk mengarut lebih tak de idea pulak..


Semoga Allah pnajangkan umur aku dan jadikan aku insan yg manusia yg berjaya dan diberkati seumur hidup. InsyaAllah , Amin:)



Bergaya dlm kereta..hehe




Ps: Dah umur 21 ni..jadi sudah ada tanggungjawab untuk mengundi..








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS