RSS

harga seorang saudara baru

Perbualan dengan abah sambil tunggu mak beli barang kat Pasar Khatijah Kelantan

************************************

Abah: Baru-baru ni kat Pasar Road, abah nak pergi solat kat masjid lepas dengar azan zohor time tgh beli barang. Tetibe ada sorang cina ni datang jual perfume kasturi dalam botol kecil tu kat abah


Aku: Pastu abah beli ke?


Abah: Taklah, abah cakap tak nak, nak pergi solat kat masjid.


Aku: Pastu??


Abah: Abah solat tak ikut imam, solat sorang-sorang. Masa terbaca doa tu, abah ter-over heard Pak Imam cakap dengan seseorang..Imam tu asyik cakap "sabar, sabar kat orang tu.."
Bila abah toleh belakang, abah tengok Imam tu tengah cakap kat Cina yang jual perfume tu..


Aku: Kenapa plak Cina tu boleh borak2 dengan imam?


Abah: Abah tanye Cina tu " Awak ni muallaf ke??" Cina tu cakap ya... Baru abah tau yang Cina tu Islam..dia pon solat dimasjid yang sama. Kesian pula tengok dia jual perfume yang harga 2-3 riyal kat Mekah tu. Abah hulur dia RM10 cakap "tak apalah, saya tak mahu perfume tapi saya beri duit ni untuk kamu.."

Pastu abah pergi kat kereta...masa tu baru terfikir yang orang-orang muallaf ni termasuk golongan ASNAF.

Aku: ASNAF tu ape??

Abah: ASNAF tu 9 golongan yang wajib dapat zakat. Abah sepatutnya beri lebih dari RM10 tu, sebab dia berhak dapat lebih. Abah ingat nak bagi RM50 tapi dia dah takde. Tapi xpelah, InsyaAllah kalau jumpa dia lagi nnti abah bagi kat dia..


*******************************


Terharu sangat-sangat bila aku dengar abah cerita ni. Semoga cerita ni dapat membuka minda semua orang bahawa Islam itu agama yang syumul. Orang Islam akan sentiasa menolong sesama Islam tanpa kira bangsa dan warna kulit.


Pepatah yang mengatakan "tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima". Aku setuju dan berharap untuk menjadi seperti itu juga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment