RSS

Mari makan

First of all, kepada orang yg tanye soalan formspring kat bebaru ni, minta maaf aku lambat reply, aku terlupa password hehe. Ada orang tanya CGPA aku dgn kenapa blog aku tak boleh komen, sorry la, ada sebab kenapa aku tak boleh beri. Personal matters.


*************************************************

Cuti kat rumah tak banyak bende yang aku buat, kononnye masa cuti seminggu ni nak belajar masak, tapi entahla kenapa tak berjaya pun plan aku ni. I'm so doomed at cooking. Semalam mak aku suruh potong timun halus-halus sebab nak bagi jiran laksa penang, tapi last2 kena marah sebab aku potong agak tebal. Sedih tau, mak aku cakap aku tak ada cooking skill. Last-last mak aku yang buat semua.


Bulan 7 ni dah nak buat latihan industri kat ladang ayam or babi (tak pasti) kalau aku ditempatkan dengan group yang pandai masak tak pe lagi, tapi malula weh, aku tak pandai masak. Mintak-mintak tak dapat 1 group dengan budak laki. Paham-paham jelah. Masa latihan industri kt Ulu Lepar pun nasib baik partner aku Yana pandai masak, aku tolong sikit2 je la. Siang ikan pun tak pandai. Apelah teruk aku ni?

Setakat tumis-tumis, goreng tu boleh lagi, yang tak pandai macam buat kari, sambal, etc etc


Lebih suka bakeri sebab bakeri sedap. Mak cakap dia tak suka bakeri lepas lahirkan abang aku. Dia rasa mual kalau cerita bakeri. Kalau nak makan beli je, tak payah buat.


Bila dah tau macam ni, sah confirm aku tak layak berkahwin lagi hahaha XD

Ok, mari tengok makanan kegemaran aku!



Favorite aku kue tiaw ladna. Tapi makan kedai je la



Hingga menjilat jari ^^


Salah satu sebab kenapa tak boleh tinggalkan Malaysia


Kue tiaw sup


Char kue tiaw- makan berpantang




Big Apple donut and donashi..meleleh


Ikan patin tempoyak! Only in Temerloh!


Auntie Anne pretzel ^^


KFC. Sape yang tak suka kan?


Ayam masak merah. Sumpah mak aku buat sedap


Ikan bakar :)


Laksa penang


Laksa johor


Sizzling mee makanan wajib di shopping complex



Ps: Kalau macam ni sampai bila-bila tak kurus haha



Pss; Terliurkah? haha :b



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment