RSS

Falsafah ilmu

I am not going to nag too long about what I have done these days. I've been busy myself with assignments, volleyball and my new blog. I love busy life! Tak payah fikir benda lain selain belajar.

Kelas falsafah ilmu best, tapi nota memang tak faham. Ugh, lebih rela ambil pharmacology haha. Dr NoorHisham does know how to make class cluttering and understanding his teaching. He made us think like Aristotle.

Tapi, ada satu falsafah Dr NoorHisham buat aku terfikir. Dalam menuntut ilmu ini katanya, sebenarnya orang yang boleh bercerita apa-apa atau tahu sesuatu benda itu bukan semuanya orang yang berilmu.

"Contohnya, seorang ahli ulama agama Islam bukanlah orang yang berilmu apabila dia hanya mampu mengulas sesuatu perkara hanya menggunakan kepakaran agama sedangkan dia tidak melihat perkara itu dari sudut yang luas. "


Aku setuju dgn statement ini. Bila aku tanya apakah ciri-ciri orang yang berilmu, inilah pendapat beliau;


" Orang yang berilmu ialah orang yang tahu mengenai sesuatu perkara dan boleh mengaitkan perkara tersebut dengan perkara-perkara yang lain dan mempunyai paksi dan sumber yang sahih.."

Kalau Dr hidup sezaman dengan Plato atau Aristotle, mesti nama dia tercatat dalam buku falsafah hari ni. ^^

Moral of the story, menuntut ilmu ini perlulah melalui sumber dan betul supaya tidak berlaku kekeliruan.

Kata beliau lagi;

"Jangan takut buat salah, buat salah adalah perkara biasa setiap manusia lakukan dimana kesalahan ini adalah dalam bentuk proses mencari kebenaran..itulah falsafah"


" Di dalam falsafah tiada betul atau salah, setiap tokoh falsafah yang terkenal atau terkemuka dunia boleh dikritik, kerana kita boleh mempertikaikan ontologi, epistomologi dan aksiologi dari pendapat mereka (tokoh falsafah)"


" Pada masa sekarang, kebanjiran maklumat adalah masalah kepada generasi kini. Masyarakat menjadi keliru untuk menapis maklumat yang mana baik, atau yang mana lebih baik. Maklumat ini bukan ilmu..ianya hanyalah pengetahuan semata sebab tiada asas rujukan yg sahih "


" Di akhir pengajaran falsafah ilmu ini, saya nak kamu faham kenapa perlu belajar ilmu veterinar ini. Bukan hanya untuk mencapai cita-cita sahaja, atau takdir Tuhan untuk ambil kos ini, tetapi kebenaran dan relevennya kenapa kita memilih untuk mengambil kos ini.."


Amat mengagumi Dr NoorHisham. Beliau mampu memberikan jawapan dan pendapat high-class dan membuatkan kita terfikir hakikat kebenaran dalam menuntut ilmu ini.



Ps: Think like Aristotle!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment