RSS

Berhenti berharap

Kenapa Allah ciptakan perasaan indah antara lelaki dan wanita?

Aku tak mampu menipu diri sendiri, aku sukakan seseorang
Jauh dari nyata aku bukan pemilik hatinya walaupun aku suka dia
Adakah hatinya sudah dimiliki?
Adakah dia masih tercari-cari seorang soul mate?
Yang pasti aku bukanlah insan bertuah itu..
Tapi aku seakan masih menunggu dia
Aku tak mampu jadi seperti dirinya, seorang muslim sejati
Sedangkan diriku banyak kekurangan

Tolong pesan dalam hati supaya berhenti berharap,
Aku tak nak bertepuk sebelah tangan, selepas apa yang pernah aku lalui kerana aku belum mengenali hatinya dan dia belum pernah mengenali hatiku (and never will be)
Aku nak cari seorang lelaki yang baik macam dia, sedap mata memandang
Yang cukup ilmu dunia akhirat untuk bimbing aku
(kalau boleh nak dia la hehe)
Tapi, sedar diri la sikit, aku ni sape je

Aku percaya pada janji Allah
Dia akan kurniakan lelaki yang baik untuk aku
Di saat titipan doa depan Baitulharam, aku percaya setiap kurniaanNya

Berdoalah..



ps: Buat seseorang yang jauh dari mata, tapi dekat di hati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment