RSS

10 sifat manusia yang aku menyampah

Ciri-ciri orang yang paling aku menyampah


1. Selalu rasa diri tu betul walaupun terang-terang buat salah

Ni paling aku tak suka! Tolonglah, terimalah kesalahan anda yang seadanya. It is wrong to be right but it is right to be wrong. Susah sangat ke nak turunkan ego?

2. Senang cakap/janji tapi tak buat

Kalau anda betul-betul komited dengan kerja please jangan buat cincai! Quality is important. Aku menyampah kerja dengan orang macam ni. Seriously, orang lain memang akan annoy kalau kerja dengan aku, sebab aku perfectionist, especially kalau jadi ketua, fine memang aku macam ni. Tapi kerja aku pentingkan kualiti. Kalau susah nak buat kerja tu, tolong jangan bagi pengharapan or gatal-gatal beri cadangan. At the end tak jadi, siapa yang sakit hati?? korang jugak kan

3. Tak mahu terima teguran

Maksud lain tak makan saman. Manusia jenis apa ni?? Teguran bukan untuk downkan tapi untuk membantu membina karekter, kalau perbuatan baik kita dipersendakan tu lain cerita lah. Sekali sekala terima teguran orang lain demi membentuk sahsiah diri, kadang kala kia tak sedar diri kita salah, sebab tu ada rakan-rakan tolong ingatkan dan selalu memberi teguran nasihat 1 sama lain. Kalau tak setuju dgn teguran tu tolaklah dgn cara yang baik, bukan attack orang tu! Tu pun nak kena ajar ke?

4. Bermuka-muka

Depan cakap lain belakang cakap lain especially nak minta simpati. Macam &%##%&*.

5. Baran tak bertempat

Go to hell dengan orang macam ni!

6. Mengata belakang.

Semua orang pernah buat ni. Aku pun buat jugak, jadi aku membenci diri sendiri setiap kali aku buat macam ni. Tolong la sesape sepak aku kalau aku over sangat. Aku pun tak mahu jadi macam ni, but I can't help it :(

7. Tuduh menuduh

Bende ni pernah terjadi kat aku, orang ni tuduh benda yang aku SUMPAH DEMI ALLAH aku tak buat. Lepas tu maki guna mak bapak aku. Kalau aku marah dengan seseorang pun MAK BAPAK AKU TAK PERNAH AJAR ANAK DIA MAKI HAMUN MAK BAPAK ORANG LAIN. Pergi M****S la ko!! (Maaf, terpaksa guna bahasa kasar, walaupun hakikatnya aku seorang yang lembut).

8. Talam dua muka

Ada aku kisah kau tak suka aku? Peduli apa aku? Ingat ko baik sangat ke? Cerita kat orang lain cakap aku ni kongkong hidup orang la, itu ini la padahal semua tu tipu belaka. Depan aku berlagak baik/hero pulak. Takpe, aku tak dengar lagi apa yg ko cerita dengan orang lain, tapi Allah maha Mengetahui. Kau fitnah aku sesuatu yang aku tak pernah buat, pastu depan aku puji melambung. Bodoh!

9. Tak kenang budi

Lebih hina dari haiwan, orang berbudi kita berbahasa la. Ingatlah jasa orang yang pernah tolong kita waktu susah senang, dan bila dia ditimpa masalah kita tolong la pulak. Manusia tidak pernah meminta budinya dibayar, tetapi mahu dikenang pun cukuplah. Jangan pula pentingkan diri bila mereka dilanda masalah sedangkan dahulu dia pernah curah budi kat kita. Jangan jadi KAWAN MAKAN KAWAN.

10. Gunakan agama menutup salah

Jangan gunakan tiket agama sebagai landasan untuk tegakkan keSalahan. Eii, menyampah betul dengar, macamlah kita ni 0 knowledge. Anda sendiri boleh bezakan mana kaca atau permata, nafsu dan kehendak, contoh "SAYA BUNUH SI POLAN SEBAB TUHAN SURUH SAYA BUNUH DIA" Adakah kamu yang celik akal ni nak terima alasan dia pastu lepaskan begitu saja? Nak berbicara tentang agama boleh, tapi biarlah pada channel yang betul, sebolehnya tak perlulah, isu agama sensitif, semua orang beragama, semua mahu tegakkan pendirian masing, tetapi jgn guna hujah agama tak kena caranya, kalau semua orang tegakkan pendirian menggunakan agama sampai kiamat pun masalah tak akan selesai. Betul tak?


ps: Ini sekadar renungan kita bersama. Aku tak cakap yang aku tak ada semua sifat ini, bohong la kan, tetapi sekadar peringatan untuk diri sendiri ke arah kebaikan masa akan datnag. Sesiapa yang terasa, pohon maaf atas segalanya, yang ditulis tulus dari hati, tak ada niat untuk TUJUkan kepada sesiapa.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment