RSS

SEDIHNYEERR

Saya ini bukan siapa-siapa untuk tegur orang. Saya sendiri sedar saya tidak sempurna. Tapi, demi kawan-kawan saya, demi agama, saya terpaksa lakukan ini. Hanya coretan dalam blog sajalah dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hati ini.



Saya tau kamu budak KL. Saya pun clique KL juga, Tapi, KL bukan bermakna semua orang bersosial sampai lupa batas agama. Saya tak kata yang pendidikan agama saya sempurna. Tak dan bukan. Sekolah saya biasa saja, sekolah kerajaan persekutuan. Bangga lagi! Bukannya status sekolah cluster atau agama ke MRSM ke, tapi cuma sekolah biasa yang banyak rival.


Kalau nak kata kamu buta agama, kamu juga pernah sekolah sama-sama dengan saya, kelas kita pernah sama, dan belajar dengan ustazah yang sama..tapi..


Saya sedih, kenapa sampai begitu sekali kamu berubah, saya tak salahkan ibu bapa kamu, kerana kamu sudah dewasa, bukan budak-budak yang perlu tunjuk ajar. Tapi, saya sedih dengan kawan-kawan saya ni. Cara pakaian tak perlu nak tegurlah, sendiri nilai bagaimana, paling saya sedih ambil gambar berpelukan dengan teman lelaki yang belum confirm jadi spouse kamu dan bangga tunjuk dalam facebook bagi semua orang like. Saya tak jeles kamu sudah berpunya tapi kita sebagai melayu dan ISLAM patut tahu batasan dalam pergaulan. Orang-orang yang komen tu juga tegurlah sikit2, yang ni pun ikut sekali setuju. Mana malu kamu?
Yang lain tu saya tak nampak, tapi Dia nampak, jadi pandai-pandailah menjawab


Saya malu nak mengaku budak KL kalau macam inilah perangai yang ditunjukkan kawan-kawan saya sendiri. Patutlah orang kata KL ni budak2 macam-macam. Tapi tak semua macam tu. Tolonglah ubah tanggapan kepada orang luar!


Sekali lagi, saya bukannya Saint, saya juga buat salah, tak sempurna, tegurlah saya kalau saya buat silap sebab saya juga manusia alpa dan sama-samalah kita menjaga bumi Allah dari kemungkaran.


ps: Kalau ada siapa-siapa terbaca, itu adalah tanggugjawab anda untuk berfikir balik, sebab saya dah tegur, dan tak perlu buat private attack untuk mempertahankan tindakan anda itu. TQ :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment