RSS

Ketika diuji..

Igauan ngeri akhirnya menjadi kenyataan. Terbukti immunology bukan subjek kegemaran aku. Sepanjang hidup sebagai pelajar vet, tak pernah aku blurr langsung tak ingat apa2 point masa exam midsem immunology tu padahal ajar org tau aje. Tapi, mungkin sebab terlampau konfident dan letih minda (kelas pagi-pettang) buat aku amat2 kekurangan idea letih untuk menjawab soalan yang pada aku senang dan direct. Lepas exam, aku tak menangis, sebab aku pernah janji yang aku tak akan menangis disebabkan kertas jawapan. Malam itu, lepas solat isyak, aku sujud dan minta keampunanNyA..MUNGKIN AKU BERDOSA PADA ORANG LAIN DAN TERIMA HUKUMAN PADA DARINYA.


Malam itu, aku betul2 pasrah dan redha dengan apa yang telah berlaku. Walaupun fear that 25% will be taken to the final but still I feel a little bit un-nervous. Kenapa aku pun tak taw. Asma cakap aku kurang adrenalin..


What happened today was a miracle to me. Dr Ali decided to re-do the immunology test because some of my classmate overlooked the questions dan tertinggal nak jawab . 20 MARKAH TUH!! Aku rasa diberikan nafas baru untuk berjuang semula dimedan immunology. Peluang yang diberikan ini seakan mampu untuk menagih semula semangat yang seakan goyah kerana aku memang tak suka akan KEKALAHAN!!


Adakah Allah ingin menguji aku pada malam itu? Bak kata seorang kawan, mungkin Allah swt mahu memberikan aku kejayaan bertangguh kerana segala apa yang terjadi ada rahsia disebalik dan hikmahnya..dan aku percaya padaNya.


"Ya Allah, Kau jadikanlah kali ini sebagai kiblat kejayaan aku. Aku hanya insan biasa yang tak mampu berbuat apa-apa dan aku mohon belas ehsanMu untuk memberikan cahaya kejayaan atas pengorbanan yang telah ditaburkan oleh mak abahku untuk memastikan aku berjaya. Ya Allah Ya Rabbi, Kau kuatkan ingatanku, jauhilah minda ini dari sebarang kekotoran sekeliling dan Kau kuatkan hati ini untuk menerima ujian di dunia Ya Allah sesungguhnya Kau maha pengasih dan penyanyang, makbulkanlah doa dan harapanku ini"




p/s: Akan berjuang sebaik mungkin untuk mengembalikan semua keyakinan diri ini!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment