RSS

kenangan di IVM Kluang, Johor

Currently fell in love with:: kembang perawan-Gita Gutawa


Ntah papela aku ni...tetibe melekat lagu ni..haha


So, kali ni story pasal kehidupan practikal 2 minggu aku kat Institut Veterinar Malaysia (IVM) di Kluang, Johor. Actually, aku nak volunteer buat practikal kat Instutit Biodiversiti Veterinar Kebangsaan kat Jerantut, Pahang, tapi sebab tak de hostel, terpaksalah aku pegi sini.

Mula2 rasa macam tak best, but I was wrong, memang terbaekk!! even sampai skang masih rindu tempat tu, walaupun sekejap je kat sane.


29 nov-1 dec : Unit Bebiri


Kat unit ni byk ruminan kecik; kambing dan sheep. Run by Pn Rozita. Our first day started with post morterm. Ade la 2-3 ekor kambing mati sebab cacing dan pneumonia.

Dapat belajar cara-cara post moterm dgn betul.


1st day pegi practikal!


baringkan kambing disebelah KANAN!!
inilah gayanya post moterm..


kambing ni mati sebab cacing
hydrothorax lung


cacing: haemoncus tortotus



sheep

bagi anak kambing susu


Hari-hari seterusnya ialah membersihkan kandang kambing dan bagi mereka makan. Senang je tapi ade teknik2 nya walaupun bersihkan kandang je.

ade 1 jenis kambing kat sini: boer

ade gak 3 jenis bebiri kat sini: Damara, barbados black belly dan santa ines

Aktiviti setrusnya kat sini ialah pemberian susu kat anak kambing, ambil darah dan potong kuku kambing. Paling best, ambil darah la..hahaha


2 Dec-6 dec : Unit Pedaging

Unit ni menyimpan lembu untuk daging. Mostly species kat sini ialah DM, dan fresien sahiwal jantan. ade gak lembu jenis lain tp dah lupe heheh. Unit ni jugak bertanggungjawab menjaga anak-anak lembu lepas cerai susu.


Kat sini kerja tak banyak, just cuci kandang, bagi susu dan ambil darah. Paling mencabar dan sakit hati ialah ambil darah kat jugular vein. Setitik pon tak keluar!! kesian lembu dok menjerit2 sakit.

anak lembu..dedak ni sedap giler. Bau manis


Tuang susu


bersedia bagi susu!


gaya bakal vet bagi susu

anak lembu ni sakit, so kene la suap susu


Gamba ambil darah lembu x sempat nak tangkap, masing2 busy dgn jarum. Dahla xdpt darah, penat je lebih =.=''


7 Dec-10 Dec: Unit simulasi (tenusu)

Unit ni la paling letih dan sangat kontroversi.

First day kena "salam perkenalan" dgn En Saiful Adli dengan mencabut rumput sekitar pokok petai belalang dari pkul 8.30 pg sampai 12.00 tgh. Seriously, letih gler. Sakit lutut sebab cangkung lama giler. Memang penat la.

Pastu plak setiap hari kena bagun pkul 5 pagi sebab pkul 6 dah kena perah susu lembu. And then buat kerja lain sampai la pkul 12 tgh and smbung pkul 2ptg-5ptg.

Susu kerbau pon kena perah tau. Hahaha

Paling enjoy ialah bagi susu kat anak-anak lembu dgn kambing. Suka tengok mereka berebut2 nak susu macam budak2. Yelah..dah nama pon anak. Aku kene sondol sbab anak kerbau tu lapar sgt, sondol punggung aku..dahla kepala keras. adui.

kucing yg slalu teman kami pergi kerja pkul 6.oo pgi..

Aku kene tendang kat tgn masa nak letak vacuum milk sucker kat teat lembu tu. Sakit gler :(

Tapi yang best dapat minum susu free. Macam dutch lady rasa.

1st time oncall dgn Dr Azlan dari pkul 8.30 mlm - 1 pagi. Mastitis research

Maybe you guys wonder apa yang kontroversi tu kan??

let me put it on this way

No matter what and where you are, try to be humble to everyone and don't get too pride with names and titles, yet in the end, you are just like no other, always think you come to learn and not to show off; the future is a way up high, you'll never know you're going get through it.

Tak paham? biar saya jelah yang paham ea..


Uncle Raja paling banyak motivate kami disini. His word is the wisest I have ever heard even though he is just a milking man. Kita sume ni hanya mendengar qoute2 dari orang-orang yang terkenal tanpa sedar orang yang x ada apa2 pun mampu berkata-kata bijak. His words penetrate deep inside my heart. I almost cried when he says;


" sekarang ni, kamu semua ada 1 tanggungjawab; iaitu belajar, ingat mak ayah yang besarkan kamu dari kecil sampai besar, besar pengorbanan mereka tu, dan bila dah jadi doktor nanti, kamu support mak ayah kami kembali mcm seperti mana dia jaga kamu. Bila dah stabil semua itu, boleh sara mak ayah, barulah kamu fikir untuk kawin..."


Thanks Uncle Raja..you opened my eyes widely :)

Bila nak balik tu, kami beri cenderamata bagi setiap unit disini dengan harapan mereka akan ingat kami kembali. Tak dilupakan Pak Cik Ramli yang setia bawak lori dan transport kami dimana-mana sahaja. Kata Pakcik Ramli, student UMK lah yang paling top disini, mengalahkan student uitm dan upm. Dia tengok kami semangat belajar walaupun kami ni dtg volunteer je. Tu yang buat kami terharu

Pak Cik Ramli,..you're DA BEST!!

Budak-budak UPM yang berjiran dengan kami, Ku Atiqah, Diah, Fad, Mas, Ain, terima kasih sebab prihatin dengan kami, kamu xmacam student upm yang lain, kamu sgt baik dan banyak kami terhutang budi dgn kamu semua. Semoga kita berjumpa lagi.

Semua staff IVM..terima kasih atas ilmu yang dicurahkan

Kawan-kawan saya; Asma, Shieda, Laili, Shiera, Izan, Ainnul, Erny, Yanti, Sarah..seronok dgn kamu semua..rindu kan segala gurau2 kita tu.

Family shieda yang sangat2 sangat sporting. Terima kasih jemput dan sediakan tempat tinggal sementara untuk kenduri kawin tu..wahhh.. :))


we are next!! haha


Vet UMK+UPM


Aku berasa sangat-sangat syukur sebab ada hikmahnya aku terpilih ke IVM ni, walaupun aku xmahu pada mulanya. Tapi sangat berbaloi dgn ilmu yang diperolehi dan persahabatan yang terjalin akan sentiasa berada didalam hati..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment