RSS

Yes..it's hard to please people. Orang yang macam-macam perangai. Tapi ikhlas la aku cakap, aku bukan mahu mengutuk siapa-siapa dalam blog aku ni, cuma aku harap kamu-kamu yang baca akan mengerti perasaan seorang manusia yang biasa macam aku ni, menghadapi orang yang bermacam-macam perangai dengan orang sekeliling.


Kenapa teguran baik aku disia-siakan begitu saja?? Kalau tak nak terima pun at least cakap la, terima kasih ke, apa ke, yang ni tak, cuma berlalu begitu sahaja (buat bodoh). I thought we were friends, tapi..
Apalah salah aku sampai kau macam nak tak nak tegur aku? Takkan nak ikut angin kau je nak tak nak tegur orang. Aku tau kita semua tertekan masing-masing ada masalah sendiri tapi takkan lah sebab tu you don't even want to even look at me. Aku pun pernah moody jugak, tapi moody2 aku tak de lah sampai buat muka kat orang lain. Bila kau gembira, semua orang kau main, tapi bila kau moody sampaikan orang lain semua tak boleh dekat kat kau. Ada kau pernah fikir kau akan menyakiti orang lain kalau kau terus menerus buat perangai macam tu?? Aku sedar yang kita dah tak ada apa-apa lagi, tapi demi persahabatan janganlah kau buat aku ni seperti kayu. Kau tau aku jarang moody, kalau moody pun aku tak AKAN tunjuk or buat muka depan kau orang semua, macam lah pakai masquerade tapi dalam hati hanya Allah tau betapa peritnya masalah yang aku lalui walaupun aku tak cerita kat orang lain. Tapi at least aku tau kalau aku moody dan tunjuk moody aku tu, orang lain akan terkena tempias dan akan terasa hati dengan aku. Aku perlu jaga hati orang, kawan-kawan sekeliling aku but somehow aku pulak yang sakit demi nak jaga hati orang lain. Orang lain yang takde kena mengena memang tak salah, dan tak patut kita tunjuk perangai 'angin' tu depan dorang. Tapi kau ni???


Aku tak tau la...sama ada aku sensitive sangat atau kau sendiri yang tak pernah nak berubah untuk gembirakan orang yang tak ada apa-apa macam aku.


Salahkah aku beri pendapat aku sendiri walaupun kau tak setuju? I have my own stand dan kau pun ada juga. Tujuan kita bukan untuk berbalah, aku cuma keluarkan pendapat dan kau pun sama, tapi kenapa kau mengeluarkan kata-kata itu untuk menyakiti hati aku? Aku tau 'benda' tu ada pros and cons, tapi cara kau cakap tu macamlah aku ni tak prihatin langsung. Macam tu jugak kau orang anggap aku ni ikut kepentingan diri sendiri walhal aku dah cakap depends la kalau pendapat aku tak disokong, aku tak kisah dan carry on dengan apa-apa keputusan pun. Aku terkesima dengan kata-kata kau, tapi perlahan-lahan aku telan, sebab tak mau berbalah panjang nanti buat aku tak de mood je sepanjang hari. Biarlah aku mengaku kalah, asal nak jaga hati orang lain.


Aku berharap sekali saja bende ni berlaku. Aku dah penat nak lari sana sini semata-mata nak jaga hati orang yang tak pernah nak memahami perasaan aku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment