Alhamdulillah, sudah habis exam! Serius kali ni aku memang offbalance sem ni. Allah swt saje ug boleh wat keajaiban results aku. Hopefully lecturer2 yg tanda tu x sakit jantung,demam, sakit perut, muntah2 sbb tanda paper kami. Hahaha
Sekarang ni berada dirumah mengisi masa lapang dgn famili sebelum berangkat ke sabah untuk program voluntari vet 5 hari and balik kelantan balik. Exam kali ni buat aku nak balik rumah sgt2, aku stress gila (nasib baik tak jadi betul2 gila), masalah itu ini, aku lebih beremosi sampaikan bende kecik pun jd mcm besar. Terima kasih la kawan2 sebab memahami aku ni.
So, bila balik rumah kali ni, aku bercadang nk spend masa dgn mak abah, ikut je dorang g mana2, pegi brreakfast, teman shopping dan aku minta mak aku masak lunch sume lauk fevret aku. no compromise, kalau mak x masak, mula aku buat muka mogok, nk tgk avengers pun buat muka mogok sbb mak aku nk tgk cite snow white kat wayang. Tak peduli!!! Sebelum balik lg aku dh ckp nk tgk The Avengers. So kene tgk wpun cite tu dah nk abis tayang kat cinema. So kami pun pergi kat Wangsa Walk tgk Avengers tu. hihi
Orait, cerita pasal coincidence ni kenapa?
Hmm aku rasa sekarang ni almost semua orang yg agak2 sebaya dgn aku ni suka post psl benda kawin2, berpasangan, calon2 isteri suami. Terus terang sebenarnya aku hmm agak hmmm tak hmm suka hmm. Ahahha kenapa? aku pun xtaw. Mungkin sebb aku belum jumpa lg kut,, sbb tu la xrasa pun bestnye baca benda2 ni.
Pada suatu hari, aku ikut mak aku g pasar malam sbb dia teringin makan yong tau foo. Masa tgh beratur tu tetibe pakcik yg jual yong tau foo tu (kenalan famili) ckp,, "Ni (sambil tunjuk aku) bila lagi nk kawin ni??" Mak aku dgn selambanye reply, "Oh belum lagi, tak abis belaja lg.." Aku pun blurr tp sebenarnya malu la gak, sbb pakcik tu dh anggap aku mcm dh leh kawin je. Sedihh.
Hari kedua lepas teman mak aku shopping, kami pegi la minum ice blended kak gerai kawan mak aku jugak. Pakcik tu tgk aku "Aihh Intan dan susut..bla bla bla..mesti ramai nk PIKAT Intan.."
Eee tumbuk kang pakcik tu
Hari ketiga aku tgh online tetibe ade kawan aku ni (bakal jd isteri org bulan 12 ni) tanya aku bila lg nk kawin. Arghhhhhh lagi stress aku. Tolong la,,,,kenapa semua org tanya aku ni?? Aku BUDAK lg la...aku tgk Boboiboy, masih tgk kartun dan suka main Barbie (opsss terpecah rahsia) eeee tp aku mmng BUDAK lg..haha
Pastu lak ptg tu, ade kawan lama aku kt PLKN dulu cakap tgh wat pe? Aku ckp blaja lg..dia pun reply "Study pun study gak, tp jgn lupa lupa cari teman hidup.." Errr,,,, lg sorang ni
APSAL sume org asyik ingatkan aku ni?? T.T
Then aku reply mcm ni...
"Kalau boleh aku nak cari suami terus, sbb bg aku takde masa nk bercinta, aku nk kejar kareer. Dan aku insyaAllah aku nk sambung belaja g oversea, aku nk wat mak abah aku bangga sbb anak dia dpt g oversea sambung blaja mcm anak orang lain. Psl jodoh tu, aku percaya tak ke mana, sbb aku percaya Allah lebih tau bila masa aku titipkan doa kat Tanah Suci tahun2 lalu....memang senang je ckp, itu pun belum tentu berjaya atau tidak, tapi sekarang, ini la yg aku fikir.."
Bagi rakan-rakan yg telah berpunya, bersyukurlah Allah kurniakan cinta kpd anda, jagalah sebaiknya, dn jgn wat benda melampaui batas. Bagi yg belum dan mencari, boleh join aku hahaha. As time goes by, u'll find a fine pearl in the ocean..
Aku nak pergi University California Davis USA. Ambil bidang microbiology. Boleh ker??
ps: Takut nk tgk result final nnti, semoga Allah kurniakan yg terbaik buat aku dan rakan2.
Coincidence?
Glory of love
5.40am
Menuju ke final sem 6 adalah bende yg paling risau sekarang ni. I can't believe we're marching into the exam hall already.Feels like so yesterday we entering new sem and one step away to final. Of all these while, we faced many things in life. Friends family problems come and go as part of life's game. Looking from myself from the previous day and now, i may not be the same person again. Everybody is changing. Either bad or good you judge it yourself. Perubahan dalm diri seiring dgn peningkatan umur dan pengaruh hormon dan persekitaran. (betul ke?) But now, i can see the colors sparking from each of them and realised, we cant expect everyone to be there for us, kita yg kena SURVIVE sendiri
Kepada sesiapa yg pernah hadir dan terus menceriakan diri ni, terima kasih ke atas keprihatinan anda. InsyaAllah aku akan ingat sampai bila2 :)
I just want to pass this massage to everyone who reads and cares
To whoever believe the power of friendship
If I'm not speaking to you does not mean I'm mad (even sometimes I go red)
If I'm avoiding to you does not mean I do not care
If I'm purposely did something irritating to you
I did it because...
It's just because I want you to think WHO am I to you
It's just because I want you to UNDERSTAND me,
It's just because I want you to APPRECIATE me
It's just because I want you to BEAR with me
It's just because I want you to think how much I CARE to you
It's just because I want you to realized the CUTS you've made
True enough I never hate you
Behind every single prayer,,,there's always a hope
If you cant take it anymore, there's always a door to walkout
...
2-3 hari ni tak berapa sihat, demam, tonsil pun semakin membengkak. Disesbabkan tu, mood nk pergi dinner mlm ni terencat sebab aku succumb atas katil seharian, dan rasa memang xde mood sgt2 untuk pergi mana2. Kalau diberi pilihan mmng aku tak nak pergi dinner tu tp disebabkan kawan2 aku penat buat persembahan siang mlm berlatih, so aku decide pergi la sbgai sokongan kpd mereka2 ni. Aku risau pengsan je ni..
Presentation surgery aku yg taking incharge sbb sume group member aku kene g wat rehersal bagai, so aku la yg gagahkan diri buat presentation ni dlm keadaan drowsy, groggy, shaky, smpaikan aku hampir2 terlepas subuh sbb trlmpau berat kepala nk bgun. Memang aku tak larat kalau x sihat ni...perangai aku pun akan menyakitkan hati org lain kalau aku mmng x sihat.
Next week, bermula la minggu yg berat smpai ke final exam ni..
Semalam aku jmpa kawan baik aku sorang ni, Alhamdulillah dia baru balik umrah. Jeles oo aku ni, (wpun aku pun pernah g jugak) tp entah la, time aku pergi tu budak2 lg, so x appreciate lg apa yg ade kt sana. Tapi memang aku NAK NAK NAK sgt pergi sana. InsyaAllah mak aku cakap nk pergi lepas aku graduate ni 2014. Aku minta pd Allah panjangkan umur aku dgn family. sebb aku mmang nk sujud depan Kaabah sana dan tunaikan nazar besar aku...Dan kalau boleh kalau diizinkan Allah, aku nak pergi dgn 'orang' tu...
Kawan aku ni skang ni pergi kursus kawin. Wow, bagusnye..tak terpkir pun aku. Matang dia x sama dgn matang aku. Huhu jeles lg aku dgn dia ni. Kalau aku jadi laki, mesti dah lama aku tackle budak ni, dah la baik, muslimah plak tu, matang lagi....bagusla berbanding aku ni yg sume bende tak pandai, teddy bear dgn baju aku pun dia yg jahitkan..Dia pun byk la bagi nasihat kat aku, nasihat yg berguna dan paling penting nasihat ke arah mengubah diri ke arah yg lebih baik. Bila aku dgr nasihat dia ni, hati aku automatik jadi tenang, kalau ade masalah pun boleh relax. Sbb tu la aku mmng syg dgn dia..huhu. Byk la perkara yg dia cerita kat aku, especially bab2 jodoh ni..aku kene terima hakikat bahawa aku telah pun matang sbb dh start fikir bab2 ni....hehe lambat gila
Semoga apa yg kami harapkan jadi kenyataan,, amin :)
Untunglahh..
Bebaru ni menyampah pulak dgn phase 'untungla...apa2 benda best skit mesti cakap untung la..kan bagus tuka jd alhamdulillah,untungla2 soo annoying. hishhh
sekali Allah tarik nikmat kang padan muka.
You know what makes me realised this? Abah. He's the one buat aku sedaar betapa untungnya kita ni sebenarnya. Ada 1 masa ni aku duduk makan dgn kawan aku sorang ni, we're talking then suddenly aku cakap pasal family yg byk sokong dari belakang, beli itu ini untuk memudahkan aku belajar, n amcm2 lg la, then suddenly dia cakap.."bagus la ayah ko tu, kalau ayah aku jgn harap la dia nk buat mcm tu.." her words are shredding, terdiam terus,,tak sangka rupanya I have the best father in the world. Basah mata bila aku terkenang balik apa yg kawan aku cakap ni, dan buat aku sedar yg aku lebih UNTUNG dri org yg aku rasa untung dari aku. Biarlah ayah aku bukan Datuk, bukan Menteri, bukan millionaire, tp hanya seorang pencen dan pemuzik (ehem ehem hehe) tp dia lebih mulia dari semua tu. Kalau kamu rasa ayah kamu tak mampu beri apa-apa yg kamu inginkan, just ingatla, tepuk dada tanya selera, dia juga yg jaga dan beri kamu pendidikan sehingga kamu mampu jadi manusia yg mungkin jauh lebih baik dari dia. UNTUNG kamu bukan terletak pada harta, ipad2, iphone4S, tablet, dan sebagainya tp UNTUNG kamu adalah memiliki sebuah family yg sempurna. Renung2kanlah apa yg aku sampaikan ni.,
Jangan nk tgk untung org tp diri sendiri tak bersyukur. Kufur nikmat yg teramat. Auzubilllah.
Salam,
From nothing to something, from zero to hero
Meducci
Thanks Allah!
Ya Allah, thanks for making me realise not to juggle for hope for something which is not mine.





