RSS

A priceless gift that gives a thousand meaning

Tay: Intan, kamu ada gunting?

Intan: Ada, nak pinjam?
Tay: Nak
Intan: Boleh, tapi jangan hilang tau, tu pemberian special seseorang
Tay: Seseorang? siapa? peliknya kenapa bagi gunting?
Intan: Hahaha, kawan sayalah, kenapa? gunting tak boleh jadi barang istimewakah? Awak tau tak yang barang biasa pun boleh jadi barang istimewa kalau orang yg istimewa bagi kat kita


*****************************************

Lebih kurang macam inilah aku borak dengan roomate. Terus tiba-tiba aku teringat sebuah cerita Indonesia aku tengok tahun lepas, cerita tu cerita hantu. Mengisahkan tentang seorang wanita yang ingin menyampaikan mesej cintanya pada teman lelakinya zaman sekolah menengah. Wanita tu belajar kat London dan lelaki tu masih di Jakarta. Wanita tu, dalam perjalanan pulang ke Indonesia lepas tamat study lebih kurang 4 tahun dan nak sangat jumpa lelaki tu (yg dalam cerita ini semacam sudah melupakan wanita tu). Kemalangan airplane telah membunuh wanita dan roh dia masih kembali untuk berjumpa dengan lelaki itu.


Lelaki tu selalu ternampak roh wanita tu dan dia tak tau yg wanita tu dah mati, dan dia juga ingin nak jumpa (teringin la kan) walaupun mak dia tak suka. Pada akhir cerita ini, lelaki tu dapat tau wanita tu dah mati melalui berita kemalangan kapal terbang di TV dan semasa melawat kubur wanita itu, seorang wanita (adik kepada simati tu) telah memberikan lelaki itu sebuah kotak buruk yang kecil yg katanya dijumpai sewaktu misi menyelamat mangsa kapal terbang dijalankan dan kotak itu tertera nama lelaki itu. Lelaki tu bawa balik rumah dan buka kotak buruk itu dan mendapati sebuah pengetip kuku yang kecil di dalamnya


(Aku yang tengok cerita ni pun pelik, apasal la simati tu bagi ketip kuku kat laki tu, takde benda lain ke nak bagi??)


Lelaki tu terjumpa sekeping nota yang diselitkan sekali bersama ketip kuku di bawah penutup kotak itu. Nota itu bertulis;


"Cintaku ini seperti kuku, ianya tetap tumbuh dan berkembang walaupun kau memotongnya.."


Rupanya terdapat mesej lain yang ingin disampaikan oleh simati disamping ketip kuku yang murah tu. Aku sangat terharu dengan kata-kata ikhlas datang dari hati seorang wanita yang tidak pernah meluputkan ingatan kekasihnya walaupun mereka terpisah beribu batu dalam masa yang lama. Dalam cerita ini rohnya belum sempurna sebelum dia dapat memberikan sesuatu yang ingin dia sampaikan sebelum lelaki itu.





Ps: Jadi, kalau nak beri sesuatu untuk menghargai seseorang, tak semestinya dengan harga yang mahal, tapi hati yg ikhlas dan jujur merupakan hadiah yang tak ternilai harganya untuk orang yang amat bermakna dalam kehidupan anda :)










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sowiee and sorry ^^

I am sorry (damn I am) if I got carried away easily

I can't control the excitedness
For history being by my sweetheart subject since I was in school
I am sorry for being so outspoken in class literally and it hurts people too much
I admit the mistake I have done, I am a human too, not a saint
You'll have to understand that all people have their own side of bitchyness
No one could ever resists such a word, no one could ever do
I admit my done, and I knew it was not right, so here's the word: SORRY

If you hate it, this is your chance to talk
Don't simply tell out the world a tiny-weeny mistake that was in purposely done
I am a human, an organism whom has a brain and feeling to be considered
So what if you tell the world the things you hate about me? What can it do?
It can't reverse back the time, it can't do anything,
The only thing that the world can do is the people inside it who were agreeing, liking and sending bombs to damage one heart who was reading it.

Cakap je lah, "Intan, jangan buat macam tadi, orang rasa annoying.."
I have the my diplomatic view, I wont be firing like a ass-tempered man
You should tell me in the good way, not to post on my back
I am 21 years old girl, a consideration is the my first priority, not like fighting kids
I can listen, and a good friend should remind each other and yes, I will improve.

Do you think you are good enough?
Your action has proven your immaturity


Boys and girls, just bear with me...three more years to go. We will learn from time to time


ps: I am sorry, and you should also be sorry for your stupid action

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

antara aku, kau dan bestfriendku

Sorry yer, lama tak update blog sebab kesibukan maksima 2-3 minggu lepas. InsyaAllah aku ada pelbagai cerita menarik yg nak dikongsi bersama. Aku lebih banyak menghabiskan masa update blog vet daripada update blog merapu ni. hehe

Aku cuma nak bagitau hari ni


Aku tak suka kepada lelaki yang hanya nak rapat dengan seorang perempuan sebab dia suka dan nak kenal dengan kawan perempuan tu. Jangan gunakan orang lain untuk tujuan berkenalan ini, melainkan kalau perempuan tu dah tau lelaki ni minat kawan dia. Kalau korang minat pergi je la kat dia, jangan guna orang lain!

To tell you the truth, yes, perempuan memang cepat perasan. Once dia dah tersuka, memang susah dia nak lepaskan dan terima hakikat yang lelaki tu minat KAWAN dia sendiri. Apa tah lagi bestfriend. Jangan buat macam tu yer, walau sekeras dan sekasar mana pun, kami tetap wanita. Halus perasaan dan jagalah hati kami :)


Huh, pagi-pagi dah emo. Ape cite?


Oh lupa. perempuan perlu juga macam tu kan? jgn guna laki lain untuk tackle kawan laki tu. So, ingat Intan, seminat mana pun kau kat laki, ada batasannya..mak aku beberapa kali pesan, jaga hati orang lain selagi mampu, tapi jgn la sampai hati sendiri tak terjaga..hehe


lalalalalalalala~




Flirtation and jealousy

Jumpa gambar ni. cantikkan??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Blog baru

Ok, tak tau la kalau kamu-kamu dah tau bahawasanya aku ada second blog. Blog yg diberi nama "Dr Meducci's vet blog" sebenarnya experimen untuk menguji konsistensi aku belajar dan update informasi berkaitan vet. Bila tak buat macam ni boleh lupa semua yang aku belajar dalam dan luar kelas. So I've made my decision to create a blog about veterinary medicine.

Blog ini diinspirasikan oleh seorang doktor vet yang pernah buat ceramah kat UMK. Tapi dulu-dulu mana ada blog, jadi setiap apa yang beliau dapat dan ingin kongsikan, beliau tulis dalam buku nota kecil yang bertahan dari zaman student sampai sekarang.

Dr Azri cakap: Make Merck's veterinary book as your bestfriend...

Walaupun aku sangat jarang baca buku tu, tapi at least aku baca la jugak kat internet..sebab tu aku buat blog ni.

Ni link dia


Alhamdulillah, masa yang tak banyak pun sempat aku update sikit2 blog ni dan harapannya sampai bila-bila la.

Siapa rasa nak follow, dipersilakan kerana aku baru je letak follow link kat situ. (sebelum ni xde sape boleh follow) dan anda boleh komen! Tapi jgn la blog ni korang komen kat blog vet tu..huhu


Selamat membaca!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puan ingat saya tak ada maruah ke hah??

Pn X: Eh, kamu ni siapa? student kan??


Me: Yes,

Pn X: Awak tak boleh masuk pintu tu, you are not allowed to enter here. Keluar balik, pergi pintu depan sana. Now!! Go!!! (raising her voice)

Me: Sorry..

Pn X: &%#**(&^%^*&*7^3%!#8

A moment later...


Pn X: Nak jumpa siapa?

Me: Pn Hajar, nak attach surat..

Pn X: Pergi tunggu kat kerusi tu! (tunjuk kerusi), Pn Hajar solat


30 minites later...


Pn X: (nak keluar office) awak ni nak hantar surat apa? (SHE TOOK THE LETTER IN MY HAND AND READ) .....nnti pergi jumpa dia

Pn X returned the letter and walked away and shot the door very hard depan aku =.=''


***************************************************************


First of all, memang aku tak puas hati
Ok, memang betul aku salah masuk pintu belakang office tu dan dia nmpak
Fine, memang salah aku
Tapi, aku bukan budak sekolah yang perlu nak marah
Cakap baik-baik la kalau nak tegur pun
yg ni marah-marah (halau lagi tu) aku depan sorang lecturer jepun dgn sorang staff office tu
Aku manusia yang ada maruah, aku boleh dengar kata,
Pn X nmpak aku macam low class, dia tengking halau aku keluar
Jatuh maruah aku depan staff2 kat situ yang dengar aku kena marah
Mungkin dia ingat aku budak INTECT, budak-budak yg kene repeat english
Sekalipun budak INTECT, mereka pun ada MARUAH. Mereka manusia yg boleh dengar kata
Pn tak tau ke saya budak VET???? SAYA BUDAK VET!!!(bukan nak bangga, tapi sebab geram teramat-amat!)
Pn, kalau you nak marah pun, beragak la depan orang, jaga la air muka saya
Masalah kecil je pun
Bukannya menjatuhkan nama universiti pun,
Tegurlah saya dengan cara yang baik, saya bukan budak sekolah yang perlu dimarahi


Lagi satu
Puan tak ada hak ambil surat dan baca surat saya!
Surat saya adalah hak peribadi saya dan si penerima
Puan tak ada hak untuk tau isi kandungan surat tu!
Puan tak ada kuasa!! Puan ingat ni surat cinta ke??
Saya berurusan dgn orng lain bukan dengan you
Bukannya nak hantar surat taliban
Muka saya muka pengganas ke???


Inilah Melayu kita, dah dapat pangkat tinggi nak berlagak
Sungguh menyampah
Jangan sampai student lain sumpah Puan, barulah tau langit tinggi rendah.
Mak Bapa saya tak ajar sumpah2 orang ni, especially orang tua macam Puan
Tapi sorry to say, saya dah memang hilang hormat dengan orang tua macam Puan!


ps: Mood panas!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bersabarlah..

Patience is the best virtue.


Tapi aku tidak memiliki tahap kesabaran yang tinggi. Sifat yang inherited entah dari genes siapa (tak mungkin dari mak, abah) sebab mereka sangat penyabar. Abah especially. Perkara yang buat aku tidak bertoleransi ialah perkara berkaitan dengan masa. Masa itu adalah segalanya, masa juga ibarat pedang yang boleh memancung kepala. Aku sendiri tak suka perkara yang melambatkan, walaupun aku pernah buat (tapi tak selalu). Kalau on-time, aku akan pastikan diri aku datang dulu, biarlah orang lain lambat, tapi bukan aku.

Kalau bab menunggu orang pun sama, aku memang tak suka aku kena tunggu orang dan orang tunggu aku. Kalau nak lambat tolong bagitau awal2, jgn biarkan kene tunggu macam batu tepi jalan. Setakat 5-10minit lambat tak pe lagi, yang ni kalau dah 1 jam, sesabar mana pun, meletop jugak.



Aku cuba belajar bersabar, tapi ada limitnya. Perkara yang mengajar aku bersabar semasa diuji di Padang Arafah yang sangat panas sementara tunggu waktu wukuf sampai keluar air mata sebab keadaan yang sangat panas dan kering. Sungguhpun macam tu, tangan ni tak berhenti tadah tangan doa walaupun dah terbaring dekat dataran berpasir yang dialas dengan kain kanvas. Panasnya mengajar umat Islam betapa seksanya di padang masyar, akhirat kelak yang beratus2 kali ganda umpama matahari sejengkal kepala. Insaf seketika..


Realitinya hari ni, aku tak mampu menahan kesabaran.... :(



ps: Minta maaf kepada semua yang kena tempias diatas ketidaksabaran aku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku sudah dewasa?

Malam semalam call mak (sebab dah boring mengadap falsafah ilmu). Sebelum ni perkara biasa yang kami borak-borak mak-anak yang biasa2 je la. Takde la pasal hati perasaan bab cinta-cinta ni (sebab mak aku takkan tau dan aku pun tak nak bagi tau hehe). Biasa je, pasal pelajaran, kawan-kawan, pasal Qullip, pasal katering..

Tapi malam tadi tak taulah kenapa, tiba-tiba rasa syahdu (cehh bajet ayat power) bila cakap dengan mak aku. Mak aku ada sentuh pasal pelajaran, pasal kawan-kawan, falsafah kehidupan (jgn tak tau mak aku boleh cakap pasal semua bende), pasal hidup dan keluarga. Mak aku selalu repeat yang dia suka bila dapat bagi kawan-kawan aku makan, hiburan. Bagi mak, ini adalah satu sedekah yang mana nanti akan memurahkan keluarga rezeki kami. Memang aku tak nafikan betul apa yang dia cakap. Walaupun dia keluar duit untuk belanja orang-orang yang menuntut ilmu ni, tapi akhirnya Allah kurniakan rezeki kat dia. Suka betul dia cerita pasal tempahan katering yang berlambak-lambak dan show dia hehe.

Bila dia cakap camni, aku rasa sayu pulak. Baru aku sedar susahnya mak-abah cari duit untuk bagi aku belajar. Mak cakap, duit boleh cari, kalau susah atau apa-apa, mintak je duit kat dia. Asal yang penting pelajaran aku tu. Mak aku sangat gembira bila dapat tau aku salah sorang pointer tertinggi dalam kelas, (si mamat ni bgtau =.='') mestilah dia bangga walaupun hanya Allah yang tau bebanan yang terpaksa aku tempuh..

Tanpa mak-abah aku tak mungkin dapat lalui semua ini. Tak dapat bayangkan macam mana kalau mak dgn abah dah takde lagi dalam dunia, mesti aku hilang arah. Walaupun aku mungkin sudah dewasa umur 20, tapi bagi mereka aku masih kanak-kanak lagi. Yang tak tau berdikari lagi (memang pun) yang sentiasa bertaut di lengan mereka. Aku mengaku memang aku seorang yang degil, kuat melawan, tapi hakikatnya aku bukan siapa-siapa tanpa mereka.

Mak selalu pesan doakan dia sihat supaya dapat bekerja buat bisnes katering ni. Dia buat kerja yang dia sendiri enjoy, walaupun umur dia dah 54. Bila letak phone dan fikir balik betapa beruntungnya aku ada mak macam dia, yang pastikan segala keperluan famili cukup. Ada kawan-kawan aku yang mak mereka hidup susah, ada yang sakit, sampaikan anak sendiri tak ada duit, buat aku sedar beruntungnya aku..

Walaupun mungkin aku tak ada lagi someone special, tak macam kawan-kawan lain yang berbahagia dgn pasangan masing-masing, tapi mereka tak ada mak macam mak aku, satu benda yang sepatutnya aku harus bersyukur, Allah maha ADIL! Ada kalanya kita tak sedar yang baik hanya depan mata, tapi nak juga kerja benda yang tak pasti. Cinta...biarkanlah aku sendirian. Kau datanglah lepas aku graduate k...shoo shoo..

Nak laki baik, nak laki baik lagi, nak laki yg memahami, nak laki sporting, nak laki yang selalu bagi telinga kat aku (so boleh bebel nonstop) nak laki kaya(?) nak laki yang sempurna di mata aku walaupun dia tak sempurna depan mata orang lain dan yang penting mak abah aku berkenan...hehe family arrange?? NO NO NEVER NEVER!! (astaga,nanti jadi kang baru tau =.='')

Kelakar la pulak bila aku dah mula berfikir macam ni. Apakah aku sudah dewasa dan kenal erti kehidupan?? Realitinya masih jauh lagi, adakah aku akan jadi seorang anak seperti yang diinginkan mak dan abah?


ps: pugut >.<''

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ada apa dengan cinta?

Satu masa tak terlewati
Benci dan rindu merasuk di kalbu
Ada apa dengan cintaku?
Sulit untuk aku ungkap semula

Jangan pernah bibir tertutup
Bicara semua yang kau rasakan
Cinta itu kita yang rasa
Bila sengsara hati kan merana

Wahai pujangga cinta
Biar membelai indah
Telaga dikalbuku
jujurlah pada hatimu

Ada apa dengan cinta?
Perbedaan aku dan engkau
Biar menjadi bait
Dalam puisi cinta terindah

Andai bumi terbelah dua
Biar kita tetap saling berpeluk

Wahai pujangga cinta
Biar membelai indah
Telaga dikalbuku
jujurlah pada hatimu

Ada apa dengan cinta?
Perbedaan aku dan engkau
Biar menjadi bait
Dalam puisi cinta terindah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS