RSS

Mak: Adik, nanti kalau ada masa lepas pkul 8 pg ke atas, buatlah solat duha 2 rakaat untuk rezeki


Aku: ....


* sungguh aku sangat sangat nak balik!!



Sesungguhnya Allah sedang mengujiku, ketabahanku, ketahananku, mentalitiku, semangatku, dengan dugaan yang Dia berikan sekarang ini. Dugaan yang paling sukar aku terima sekarang ini (in fact dalam proses pemulihan) adalah kegagalan mencapai tahap memuaskan pada subjek immunology. Sumpah, demi Allah aku masih terbawa-bawa perasaan tu sampai sekarang. Masih belum pulih sepenuhnya. Menunggu untuk diberi peluang ke-2 untuk tempuh balik benda tu khamis ni.


Demi Allah, aku sangat cemburu dengan mereka keluar dengan senyuman lepas jawab immunology tu. Bagi aku senyuman tu macam pisau menikam lagi semangat yang pada ketika itu ranap ditelan badai malapetaka melanda fikiran ini. Aku terasa seperti kehilangan sentuhan. Hilang tanpa arah


Bila aku sedar, itu semua adalah dugaan, dan aku perlu sedar semula. Masih berbaki lagi masa yang perlu aku cari untuk mencari semula 'sentuhan' itu.


Ya, Allah aku redha dengan dugaanMu ini, dan aku bersyukur kerana Kau masih menyanyangi diriku ini. T.T

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 no comments :):

Post a Comment