RSS

St Micheal


After one year...

Tetibe teringat sebuah drama yg pernah budak2 sekolah St Michael pernah mereka present kat sekolah aku dulu. Nak dijadikan cerita, sekolah aku jadi tuan rumah pertandingan drama english peringkat wilayah persekutuan sebab tahun sebelumnya sekolah aku juara drama english so sekolah yg menang kena anjurkan pertandingan yg sama. So, kami kene jadi AJK pertandingan tu la. Aku ingat lagi, masa tu aku kene jadi time keeper. So kerje aku tekan loceng jela dengan member aku, Kimberly. Banyak la sekolah2 yg bertanding, semua sekolah hebat2 belaka. Yang tak boleh bla tu, sekolah paling aku benci time tu, MGS dtg dengan lagaknya. Seriously, go to hell la...(masa tu aku ckp)

So persembahan after persembahan, tibalah giliran sekolah St Michael present drama dorang. Bebudak tu xde la hensem mcm aku bayangkan selama ni, dorang biase2 je. Melayu elit la katekan. Masa aku tengok drama dorang tu, aku rasa satu perasaan yg lain. Aku tak rasa pun cerita dorang tu drama, tapi aku rasa mcam cerita real life pulak. Sedih sangat cerita tu, aku yang dok depan tekan loceng pun nak nangis tgk drama dorang.

Drama tu mcm ni. Situasi berlaku kat bank, dimana masa tu waktu bekerja, semua org tengah busy. Tetibe ade sekumpulan lelaki pkai topeng masuk nak rompak bank tu dan tahan org2 jadi tebusan dlm bank tu. Ade sorang laki ni ugut pekerja bank masukkan duit dalam bag. Bla bla bla,,,polis datang kepung bank dan suruh laki ni lepaskan hostage dan serah diri. Kawan2 laki ni sume dah takut tapi dorang tetap tak menyerah diri. Pastu bila keadaan dah jadi tensen, laki (watak utama) tetibe dia jadi mcm tensen dan kene  emotional breakdown. Salah sorang hostage yg duduk dekat situ (watak utama) pun nmpak dia dah tensen so dia ambil kesempatan. Dia pun start conversation dgn laki perompak tu. Dia tanye kenapa jadi mcm ni, (laki hostage ni actually pandai buat reverse psychology) so dia semacam push2 laki jahat tu jawab soalan dia. Masa keadaan yg sgt tense tu, laki jahat tu dia luahkan segala-galanya. Dia cakap dia kene rompak bank sebab dia nak duit untuk anak perempuan dia. Anak perempuan dia tenat kat hospital, perlu dibedah segera tapi dia takde duit nak bayar. Lepas dia cakap tu, dia terus menangis semahu-mahunya smpai terduduk sebelah hostage tu. (dis nangis betul wehhhhhh). So dia cerita lagi masalah diri dia, masalah kerja dia, masalah tu ini. Hostage tu pulak mula la pujuk laki ni serah diri, dia bg nasihat kat laki ni. Dia pegang tgn si jahat ni, dia ambik pistol tu tolak tepi sambil peluk laki tu minta sabar. At the same time polis dah start masuk bank tu dan kawan2 laki jahat tu lari dan tembak2 kat polis. Laki jahat ni dgr bunyi tembakan dia panik pastu terus ambik balik pistol tu, acu kat hostage. tapi dia tak sanggup, kawan2 laki tu semua dah cabut, ade yg kene tangkap tinggal dia sorang tu. Masa dia acu pistol tu, hostage tu dengan beraninya cakap lagi dengan laki tu, psycho2 laki tu sampai akhirnya dia letak pistol dan nangis lagi. Akhirnya dia ditangkap oleh polis. Hostage tu kene angkat jadi hero cerita ni. 


Suasana dewan masa tu sangat sunyi. Ade jugak penonton yg menangis tgk drama ni. Banyak message tersembunyi yang disampai dalam cerita. Nak dijadikan cerita, as i expected, St Michael johan pertandingan drama ni. Memang patut pun. sekolah MGS yg gedik2 tu kalah jua..hahahaha padan muka.


Takde kerja aku tulis cerita ni. Tpi entah kenapa, tetibe teringat balik cerita ni after so many years

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Antara sabar dan..

Its been another unhealthy day. Ever since I moved into a new place, never got a chance to do some workout like i used to do in my old hostel. Everything so bizarre and different. The truth is,, aku tak suka tempat nih! :(

Ever since the histeria event and subsequently another event after that, those things ruined everything we build here.A friend use to be a friend and somehow became cold, a mother scold her daugther for sleeping outside, best friend became foe. Imagine how the life will be if those 'thing' kept on haunting our mind. Everybody seems so paranoid smpaikan bunyi angin pun takut. Aku pun takut jugak, tp i keep on telling myself sampai bila nak takut?? kene beranikan diri jugak. *cehh nnti kene depan mata baru tau..

Satu lg tempat ni, masalah selalu xde air tu mcm xde jln penyelesaian. Kelantan oh kelantan.

So, back about me again. How am I doing so far? Ok la kut. This semester tak banyak assigment unlike previous semester. Semester ni relax sikit even though subjek2 diseases semakin menakutkan aku. Aku memang suka disease tp suka2 pun mesti kantoi gak kan. Hmm,,

Buat je la, mcm aku pernah ckp kt junior haritu,..."dulu we start with a scratch, semua xde, senior xde, lecturer berape kerat je, tp apa yg ade masa ialah semangat because we choose this path....." lebih kurang cmtu la, so bende2 mcm ni la yg wat aku lagi semangat nk blaja. Keep on doing walaupun aku terkantoi test avian hari tu, aku sedih tp nk buat cmne, first time is always the hardest.


Happy Birthday Best friend

Baru2 ni birthday bestfriend aku kt UMK ni. Ingat dulu, masa aku susah, dia yg banyak tolong aku, kuatkan semangat untuk carry on hidup kt sini. Lepas satu satu terjadi, aku rase my life was so meaningless dan hadirnya dia mengubah segalanya. Sekarang aku telah bangkit dan mampu membuka mata semua org untuk buktikan bahawa PAST IS PAST dan aku mampu laluinya. Bila dia pulak yg susah, aku lakukan exactly the way she helped me and Alhamdulillah we become tighter ever since.

I'm very encourage seeing her. Selalu tolong mak dia, tak pernah malu untuk lakukan sesuatu. Somehow aku dapat rasakan hidup dia akan jadi senang kelak. Selalu tolong kawan2, suka sedekah, pandai lak tu, selalu belanja kawan2 ect ect...sape2 laki yg sukakan perempuan baik dan rajin tolong la pilih dia ni jadi calon bini,, haha

Happy Birthday Asma, Thanks for everything and you will always be a good friend to me :)


Birthday girl



Comel la plak gamba ni



Makan sup yg sedap


The Probono's after three years :)




Apakah? xde kena mengena dgn tajuk...



Harapan agar semuanya berjalan lancar dan hidup kami diberkati oleh Allah swt.


Sabo je la..

Aku memang terkenal dgn sikap yg agak straight forward dan agak mengada-ngada. Aku pun selalu mengamuk walaupun kadang2 aku yg salah. Salah pun aku tak malu untuk minta maaf. Tapi kes kali ni memang buat aku angin 1 badan, Kalau masuk mahkamah dunia pun cnfirm aku menang tak payah guna lawyer pun. Malam tu tumpuan aku terganggu sebab hamba Allah swt sorang ni. Aku malas nk ulas pasal apa, aku TAU DIA BACA BLOG AKU DAN SILALAH TERASA WAHAI MANUSIA. Aku cuma nak cakap, aku dipihak yang betul, tak ade niat pun nak sorokkan sesuatu dari orang lain, kau je yang fikir lebih-lebih. Dan ingatlah, memang aku terasa sangat sakit hati SILALAH TERASA WAHAI MANUSIA. Sikap kau yg mcm tu, buat ramai yang tak nak kawan dgn kau, SILALAH TERASA WAHAI MANUSIA. Aku tak perlukan kau untuk minta maaf kat aku pun, tapi cuma aku nak kau tolongla berubahlah sebelum ade lagi makhluk yg tulis psal kau kat blog, twitter, fb pasal perangai kau tu SILALAH TERASA. Kenapa kau sendiri nak cipta ramai musuh sedangkan kami tak nak langsung bermusuh dengan kau?. Don't create a story saying urself the victim, padahal u urself a master in disguise!






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

New semester new resolution


Assalamualaikum!! Dah lama betul tak update blog nih. Haha. Sibuk je kt klinik tu,,buku log+report pun tak terbuat apatah lagi blog ni. Macamla ade org nk tggu sgt post blog aku ni. Lols.

Meh sini update story psl 'kehilangan' aku di blog ni

#1. Puasa

Puasa kali ni 2 minggu kat UMK, 2 minggu kat rumah. Puasa ni biase2 je, tapi yg best UMK bagi makan free almost everyday. Alhamdulillah..jimat la x pyh keluar pun sbb budak2 vet je yg tinggal kt umk ni. Kalau xde makan free kami masak... nk jadi bini org kene la pndai masak. hehe


ni kawan aku yg masakkan. Aku ni potong bawang pun fail ==''


#2. Raya

Beraya macam biase..kat KL dan Ulu yam. Tapi tahun ni berbeza skit, sebelum ni kalau raya tidur kat kampung tp kalu ni famili aku tido kat hotel pulak. Sebab ramai sedara mara beranak pinak ramai so give way for them nak selesa tido kat kampung.


Baju raya aku kaler putih. Tu pun nasib baik mak belikan. hee~

Raya tahun ni pelik skit. Langsung x mkn makanan raya. 1st 2nd day raya makan marry brown depan hotel. Hahaha. Aku la yg byk merengek dgn mak nk makan marry brown.

Duit Raya? Alhamdulillah dpt la RM300++ makcik pakcik bagi. :) Tapi DAH HABIS ==''


Kucing gemok!


Bestfriend time sekolah dulu dtg beraya
Vashini pun dah balik US..gonna miss u girl :)


#3. Praktikal

Aku praktikal di sebuah klinik haiwan kat KL. Tak boleh mention nama klinik tu sbb dean aku dh bagi warning awal2 jgn cite kt fb, blog, twitter dsb..

First day praktikal (time tu pose) memang penat nak mampus. Tak penah aku berdiri tak duduk2 lebih 10 jam! Gile r..tapi doktor kat klinik ni baik, wpun bukan islam tp bagi pekerja dia yg islam smayang kt bilik surgery. Pastu tak pernah marah2 pekerja, kalu nk suruh pape lembut je suara


Eventually aku ade kawan sebaya kerja kat sini. Dia pun nak masuk vet umk gak smpai sggup terbang kelantan jumpe dean aku. Nice girl. Aku berdoa dia dpt masuk vet sbb mmng very passionate budak ni nak masuk vet! So junior2 yg baca ni (i know u would) bersyukurlah dpt masuk vet ni dan jgn bla mcm tu je. Kesian org lain yg nk masuk tp x dpt.


Dan aku byk blaja kt sini. Kucing2 comel, dah nak mati, sakit teruk, xde sakit sume aku jmpe. Kucing2 milik datin, datuk, artis sume ade kt sini. Tgh hari mesti abah dtg klinik bwk lunch aku. Hehe syg abah :) Dan aku memang RAJIN pun kt klinik tu. Sume kucing, anjing, arnab aku pegang. Doktor punye percaya smpai dia suruh aku PE kat kucing depan2 client. Hehehe. BANGGA. 1 lg psl aku suka psl diri aku ni, balik kerja penat cmne mesti aku siapkan buku log! (puji diri).




dub dub dub..


Ni la keje aku tiap2 mlm..update buku log psl daily cases


Ni lagi. At least aku blaja la gak skit drpd x blaja pape


EYA..jmpe CLIENT yg cerewet nk mmpos..kalau aku owner klinik tu dah lama aku halau dia kuar. Ade client baik, belanja big apple, ade client x phm bahasa, ade client cabut lari x byr bil pun ade =='' risiko la bukak klinik ni.


Kucing klinik..cimie mustafa (jgn tanye knape name dia mustafa)

Satu perkara yg aku blajar kt klinik ni ialah etika profesionalisme dan kesabaran yg tinggi. Dokto2 kt klinik ni tetap dtg klinik pkul 11 mlm monitor kucing yg masuk ward. Kesian pun ade gak aku tgk doktor ni, tetap dgn kerja wpun penat..

Being a clinician is no longer my interest. xde life!

So last week masa aku dh nak abis, mmng aku jatuh cinta dgn klinik ni. Sayu rasanya nk tinggalkan klinik ni. Aku paling suka konsep kekeluargaan dlm ni, semua pekerja dia layan dgn baik, belanja makan dsb. Alhamdulillah bersyukur dot tmpat kt sini. Dan bonding diantara kami ni rapat smpai rasa doktor tu mcm kawan, makan sesame, gossip sesama. Ya Allah,, bestnye hidup!! Kawan baik aku yg nk masuk vet ni bawak aku keluar makan tgk movie sesama (dia belanja) wpun kami tak smpai sebulan kenal. Tapi dh mcm best friend. :)


Last day kt clinic


Ni Doctor belanja time bday kawn aku kt atas ni


Kene belanja makan lg....hehe

Rindu dgn klinik...even dah sampai umk pun doktor call tanye kabar. I miss u all :(

Malam last day aku kt clinik kebetulan ade open house jamu mak dara. Haha ape lg, aku g la jmpe si mak dara tu. Wakaka


Thanks for everything


Ni dia tauke mak dara. Woo badan dia kalah Neelofa weyh!

ps: sibuk je makcik marhaban tepi aku ni..




#4. Hanan

Kakak angkat aku dari Perancis dtg nk melawat Malaysia kali ke 3 dgn husband dia. Tau kan cmne aku leh kenal dia? bak kata pepatah setiap musibah ada hikmahnya. Masa aku g paris few years ago abang aku tercicir train tiket so kami sume xleh nak train..last2 terjumpe dia ni dn dia tolong kami smpai kami balik hotel. Terus melekat smpai sekrang. Dia ni islam, ade keturunan morocco

So bila kali kedua dia dtg msia, kami bwkla dia g makan satay



Overexcited Hanan dgn satay

Husband dia aku xamik gmba. Hensem weyhhh!! Kalah remy ishak!


#5. Kelantan

Seriously, kali ni memang xde MOOD langsung nak balik kelantan. Dah la praktikal abis hari jumaat, pastu ahad dh kene fly balik KB dagn isnin present case report. Wahh memang tansion la. Nasib baik presentation aku tak kene hentam dgn examiner. Thanks to doctor tmpat aku praktikal tu ajar aku cmne nk present. Alhamdulillah. Lepas dah abis exam aku kene sibukkan diri dgn program junior lak. AIShh semoga Allah swt permudahkan segalanya.. amin

Dah masuk tahun 4 ni ake ade bermacam-macam resolution

  • Nak jadi baik (tak baik2 pun dari awal tahun haha)
  • Nak dpt dean list lg
  • Nak jimat duit. No more shopping.
  • NAK KURUS!! (azam jenis mcm ni slalu turun naik)
  • Nak study hard.
  • Nak jaga kata2..ade org ckp mulut aku ni tajam..haha
  • Kurang berangan
  • Service kereta at least sebulan sekali
  • No more cry bende yg kecik2 (aku mmng terkenal dgn ke-sensitiviti-an)
  • Nak jadi budak masjid (ni paling payah nk buat)
Apa-apapun aku nk cuba lupakan kenangan sem lepas yg tak perlu berada dlm kepala aku ni, just carry on apa yg aku ada sekarang ni. Kalau dulu aku seorng yg tak boleh hidup sorang2 dan kene selalu ade org sebelah aku, sekrang ni aku lihat diri aku dh mampu pergi sorang2 tnpa perlu org lain. Dan aku nak jadi yg terbaik dari yg terbaik. InsyaAllah..UC Davis, im on my way! :)


Sebelum minta diri, tgk la ape yg Qullip buat ni



Ni Qullip kene mandi dgn shampoo kutu



Q tido lepas teman aku wat buku log. Mcm dia lak yg g keje ==''













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tak salahkan kalau kita mengharapkan dia itu menjadi milik kita kan?

Hmm..hmm...hmm..
Tapi dia tu adalah yg terbaik dari yg terbaik aku rasa
macam imposibble je kan...
dia pun tak mungkin pandang aku yg takde apa-apa ni, aku ade kulip je (xde kene mengena)
or maybe he has someone in his heart?
Baik tak payah tau, mesti frust menonggeng nnti. Haha

Aku berharap agar Allah dapat pertemukan kami satu hari nanti
Pernah dgr Ustaz Idrus cakap, kalau kita nk yg terbaik (mcm dia) kita pun kene berusaha jadi yang terbaik juga.

Terbaik ke aku ni?? Soklan mcm ni pun even aku sendiri xde jawapannya

What I have in me? Ade ke org sejuk hati nk pndang aku?
Berbanding dia yg hebat..tu? jadi Imam kot. Wow. aku nk jadi bilal pompuan pun takut2. Terbuktila yg dia tu lebih baik dari aku. and may deserve the best

Aku redha je (wpun frust) kalau dia bukan milik aku. Mungkin betul la aku kene ubah diri jadi yg terbaik boleh deserve yg terbaik

Cuma aku tak tau bila aku boleh berubah.


ps: Am I falling in love?opps

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Me gusta

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-mubarak!! Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. :)





Me on 2007



Me on 2011



Some may ask..what happen to me? This is what happened when you turn yourself into something you really love to do; with no boundaries.


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bersujud

Aku mengaku aku bukan seorang yg muslimah yang sejati. Aku biasa-biasa saja, tak pandai berkata-kata hikmah, hanya pandai marah orang, pandai perli orang tapi tak mudah memujuk dan menasihati. Aku bukan seperti orang lain yg punyai hati bersih, jauh dari sifat mazmudah, tapi hati ini penuh was-was, penuh rasa iri hati dan sebagainya. Yeah this is me. Tak mampu jadi baik alim-alim kucing depan orang.


Tapi..ada satu lagu yg sgt menyentuh hati aku...




Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku jaga
Ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padaMu

Bila bahagia mula menyentuh
seakan ku bisa ku hidup lebih lama
Namun harusku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud~




Ps: Bersujudlah walaupun ianya hanya seketika. Diri ini bukan sempurna tapi siapa yang peduli. Hanya Allah saja tempat bergantung


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Coret-coret sem 6 part 1

Assalamualaikum..Kali ni xnak cite panjang, nk post gamba je. Gambar2 kenangan abis sem 6 sebelum memulakan sesi Tahun 4 bulan september ni, InsyaAllah..


Gambar diambil mula masa aku dgn Tablet samsung 7.0 plus. Hehe. Boleh tahan gak camera dia nih..huhu


My family



Ni Persie. Kucing Parsi abang aku. Ade lg sekor betina nama Bubu. Dua-dua jahat nak mampos



Ni Kulip posing lepas makan rambutan. Rindu2 ehehe



Cik kereta masuk workshop tukar tayar depan..huhu




FMD case kt Rantau Panjang



Doktor2 dan AVO. Dah mcm nk g bulan je aku tgk hehe



Ni la lembu sakit tu. Sampai meleleh2 air liur tahan sakit mouth ulcers



Birthday Papa Aung



Sambut bday daddy haha


Pameran kucing kt KTC. Muka takut je kucing ni. American Curl
Anak kucing American curl ni je dah RM3k. Anak kucing belakang umah aku tu FOC je haha



Exotic breed: Persian


Bengal breed. Tengok dari jauh je xleh pegang. Kalau dah terpegang tu memang wajib kene beli. Kucing ni paling murah (corak x brapa cantik) RM10k. Paling mahal RM30k atau lebih lagi..kene duduk dlm aircon je kucing ni. Cuba letak tgh panas dalam sejam cnfirm jadi arwah hehe



Wedding bed



Kipas lama. Kalau masih wujud gak kipas ni mesti kene campak kt luar sbb mcm xde angin je. Panas menggelupur la



Laptop zaman dulu. Kalau buat thesis mesti kene repeat berkali-kali sbb xde backspace button



Dalam small animal clinic practice. Tu kucing tipu nama dia Fluffy. Si Q tu tgh tunjuk cara nak restrain kucing yg si Paan tu tgh tunjuk cara nak ambik darah kt leher kucing. Tgk dia pegang jarum kalau aku jd pemilik kucing mesti aku dh ketok2 pale dia sbb mcm nk bunuh kucing aku je..haha (gurau je tau paan :b )



Ni pulak aku dgn Q. Nape la aku rasa mcm kurus je padahal... ==''



Bandage tangan. Ehh silap2, tgk blaja bandage kaki burung. Xde burung guna la org haha.
Nama teknik tu ball bandage. Applicable kat burung yang patah kaki



Laili tgh pikir: "Sape la nk kawen dgn aku ni??"



Macam org putus cinta dok tepi2 pantai nasib baik tak terjun hehe



Ni sebenarnya dia tiru Neelofa nak masuk Dewi Remaja tp kene reject. So sbb tu la dia wat free posing kt pantai ni



Ni plak model cucuk-cucuk 2012.



Ketam celup tepung. Aku yg post gambar ni aku plak yg terliur. Syiook!



Cucuk-cucuk lg



Time makan cucuk2. Si Akmal ni dah nmpak makanan xnk pndang camera pun haha



Study beb! Kt pantai plak tu bagus x? Anak sape la ni???



Ni kucing kt gerai. Dia ske wat aksi 18 SX dgn harapan org kesian kat dia



Apahal ni? Kembar kepala kucing hihihi



Ni kek marjerin aku buat sendiri. Aku buat sorang je tau.
Bru nk berjinak-jinak dgn bakeri. huhu



Ok la, setakat ni dulu. Nanti upload gambar aku g Sabah pulak



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS